SUNSHINE Bakeries terus memperluaskan rangkaian produk roti premium mereka dengan memperkenalkan Shokupan Gold Shiro Barley, yang mula berada di pasaran bermula 10 Jun 2025.
Diperbuat daripada tepung barli berkualiti tinggi dari Kanada, roti ini menonjol dengan tekstur lembut dan aroma semula jadi yang menyegarkan.
Kandungan barli bukan sahaja memberikan rasa yang unik, tetapi turut menambah nilai pemakanan dalam setiap keping roti.
Shokupan Gold Shiro Barley menjadi pelengkap kepada dua varian terdahulu yang mendapat sambutan hangat, iaitu Shokupan Gold Brioche Butter dan Purple Sweet Potato. Kali ini, fokus diberikan kepada keaslian rasa barli dan pengalaman roti yang lebih halus dan ringan.
Menurut Sunshine Bakeries, pilihan barli Kanada dibuat kerana faktor kualiti bahan mentah serta kaedah penanaman yang diyakini menghasilkan tepung bermutu. Hasilnya, pengguna akan dapat menikmati roti dengan rasa semula jadi dan tekstur gebu yang mudah dinikmati pada bila-bila masa.
Menepati gaya hidup pantas hari ini, Shokupan Gold Shiro Barley sesuai dimakan begitu sahaja, dinikmati bersama sapuan kegemaran atau dijadikan sandwic ringkas.
Roti ini juga direka untuk menjadi sebahagian daripada rutin harian, sama ada untuk sarapan cepat, snek tengah hari atau hidangan santai.
Shokupan Gold Shiro Barley kini boleh didapati di pasar raya utama dan kedai serbaneka terpilih di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor Bahru. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments