OGOS bakal menyajikan pelbagai pilihan tontonan baharu di Prime Video, daripada drama remaja yang menyentuh emosi, aksi penuh debaran, kisah jenayah sebenar sehinggalah dokumentari mengenai ikon sukan dunia.Gabungan siri, filem dan kandungan tempatan ini menawarkan pengalaman tontonan yang pelbagai, sama ada untuk peminat kisah penuh aksi, cerita inspirasi mahupun naratif yang mengangkat perjalanan hidup luar biasa.
Siri Baharu Dengan Kisah Penuh Emosi dan Aksi
Sterling Point5 Ogos 2026
Mengisahkan Annie Jacobson (Ella Rubin), remaja berusia 17 tahun yang menemui perubahan besar dalam hidupnya selepas mewarisi sebuah pulau misteri milik datuknya di Kanada. Di lokasi baharu itu, dia menemui persahabatan, cinta pertama serta rahsia keluarga yang selama ini tersembunyi.
The Chosen in the Wild with Bear Grylls
9 Ogos 2026
Barisan pelakon siri popular
The Chosen bersama pencipta siri Dallas Jenkins menyahut cabaran alam liar menerusi pengembaraan bersama Bear Grylls. Mereka akan menguji ketahanan diri di beberapa lokasi mencabar termasuk gurun, sungai dan hutan.
Reacher Season 4
12 Ogos 2026
Jack Reacher (Alan Ritchson) kembali dengan misi baharu yang lebih berbahaya. Berdasarkan novel Gone Tomorrow karya Lee Child, musim keempat ini menyaksikan Reacher terperangkap dalam permainan maut selepas satu pertemuan tidak dijangka membawanya berdepan musuh berpengaruh.
Filem Baharu Membawa Aksi, Inspirasi dan Kisah Sebenar
Beast Race
7 Ogos 2026
Berlatarbelakangkan masa depan distopia di Rio de Janeiro, filem ini mengikuti Mano, seorang lelaki yang terpaksa menyertai perlumbaan maut selepas adiknya dijadikan cagaran. Perlumbaan yang menjadi simbol penindasan itu memaksanya mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan keluarga dan mengubah sistem yang kejam.
Novak Djokovic: The Wolf in Winter
20 Ogos 2026
Dokumentari ini menyelami perjalanan hidup Novak Djokovic, daripada zaman kanak-kanak di Serbia yang dilanda konflik sehinggalah kejayaannya sebagai salah seorang pemain tenis terhebat dunia dengan 24 gelaran Grand Slam. Lebih daripada sekadar kisah kemenangan, dokumentari ini meneroka sisi peribadi Djokovic, cabaran yang dihadapi serta karakter seorang atlet yang sering menjadi perhatian dunia.
The Last Sunrise
26 Ogos 2026
Berdasarkan novel popular, filem ini mengikuti Ry (Maia Reficco), seorang pelajar kolej yang menghidap penyakit kronik dan menghabiskan musim panas bersama ibunya (Eva Longoria) di Mallorca. Pertemuan dengan Julián (Fernando Lindez) membuka peluang untuknya menikmati kehidupan, namun rahsia keluarga dan keadaan kesihatannya mula mengubah segalanya.
Barreda
28 Ogos 2026
Filem drama fiksyen ini diinspirasikan daripada salah satu kes jenayah paling mengejutkan Argentina. Berlatarbelakangkan tragedi pembunuhan keluarga pada 1992, filem ini mengangkat perspektif berbeza dengan memberi tumpuan kepada kisah wanita yang selama ini tidak didengari.
Kandungan Tempatan Turut Menjadi Pilihan
Bar Boys: After School
14 Ogos 2026
Berlatarkan 10 tahun selepas kisah filem pertama, sekuel ini meneroka perubahan hubungan, impian dan perjalanan hidup watak-wataknya. Ia membawa kisah tentang cabaran mengejar cita-cita serta harga yang perlu dibayar dalam membina masa depan.
Sepanjang Ogos 2026, pilihan tontonan di Prime Video hadir dengan pelbagai warna, daripada aksi mendebarkan dan kisah survival, hinggalah perjalanan hidup tokoh terkenal serta cerita yang dekat dengan emosi manusia.
Dengan gabungan kandungan antarabangsa dan tempatan, bulan ini menjanjikan pelbagai pilihan untuk menemani masa santai penonton.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments