LARIAN hari ini bukan lagi sekadar tentang mengejar jarak atau mencatat masa terpantas. Bagi sesetengah orang, ia menjadi ruang untuk mencabar diri, mencari keseimbangan dan menikmati setiap langkah mengikut kemampuan sendiri.
Cara masyarakat melihat dunia larian yang semakin terbuka ini turut melahirkan komuniti dengan latar dan matlamat yang pelbagai. Ada yang baru mahu mencuba, ada yang menjadikannya sebahagian daripada rutin, manakala pelari berpengalaman pula terus mencari ruang untuk mencabar kemampuan diri.
Perubahan inilah yang turut mewarnai perjalanan HOKA di Malaysia. Selepas mula bertapak di pasaran tempatan pada 2024, jenama kasut dan pakaian berprestasi global itu kini meneruskan perkembangannya menerusi pembukaan ruang baharu di Pavilion Kuala Lumpur.
Langkah ini hadir pada ketika dunia larian tempatan terus berkembang, sekali gus memberi HOKA ruang untuk membawa pendekatan serta inovasi prestasinya kepada lebih ramai individu dengan keperluan dan tahap pengalaman yang berbeza.
Daripada larian jalan raya dan trail hinggalah hiking serta berjalan kaki, koleksi kasut dan pakaian yang ditawarkan mencerminkan kepelbagaian cara seseorang memilih untuk bergerak. Ia bukan hanya tentang mereka yang mengejar masa terpantas, tetapi juga individu yang mahu menikmati pergerakan mengikut rentak dan gaya hidup sendiri.
Dalam aspek prestasi pula, teknologi kasut HOKA menampilkan ciri cushioning dan keselesaan yang menjadi antara identiti jenama tersebut.
Pendekatan ini merangkumi keperluan pelbagai peringkat, daripada mereka yang baru mahu mengambil langkah pertama dalam larian hinggalah pelari berpengalaman yang terus mencabar kemampuan diri.
Lebih Daripada Sekadar Langkah
Menurut wakil REV Edition Sdn Bhd, Regine Wong, perkembangan HOKA di Malaysia bukan hanya mengenai pertambahan lokasi, tetapi turut mencerminkan usaha untuk membina hubungan yang lebih dekat dengan masyarakat yang aktif bergerak.
“Selain menjadi ruang untuk mengenali jenama kami, HOKA Pavilion Kuala Lumpur mewakili bab baharu dan komitmen untuk membawa inovasi prestasi lebih dekat kepada pelari, pejalan kaki serta mereka yang aktif dalam kehidupan seharian,” katanya.
Pembukaan ini juga menjadi permulaan kepada perancangan HOKA untuk terus memperluaskan kehadirannya di seluruh negara pada tahun-tahun akan datang.
Dalam masa yang sama, jenama itu mahu mencari lebih banyak pendekatan untuk berhubung dengan rakyat Malaysia menerusi aktiviti komuniti, inisiatif jenama dan kerjasama strategik.
Perkembangan tersebut turut dapat dilihat menerusi HOKA Suria KLCC yang baru-baru ini tampil dengan pembaharuan. Kehadiran dua lokasi di Kuala Lumpur ini memberi lebih banyak ruang untuk komuniti meneroka rangkaian prestasi HOKA mengikut keperluan masing-masing.
Namun, bagi jenama yang membina identitinya melalui dunia pergerakan, hubungan dengan komuniti tidak berhenti pada koleksi yang ditawarkan.
HOKA turut meneruskan usaha menghimpunkan pelari menerusi HOKA Run Club dan Run It Again, yang menggabungkan aktiviti larian komuniti serta sesi latihan.
Daripada berlari bersama kepada berusaha mencapai sasaran masing-masing, inisiatif ini memberi ruang untuk pelari berkongsi pengalaman dan berkembang dalam perjalanan mereka sendiri.
Semangat tersebut selari dengan Fly Human Fly, iaitu kepercayaan HOKA bahawa pergerakan mampu membuka lebih banyak kemungkinan dan membantu seseorang menyedari apa yang mampu dicapai.
Pada akhirnya, setiap pencapaian bermula dengan satu langkah, sama ada langkah pertama seseorang mengenali dunia larian atau langkah seterusnya seorang pelari yang mahu pergi lebih jauh. Setiap langkah membawa makna yang tersendiri, dan tiada dua perjalanan yang benar-benar sama. Apa yang penting, terus bergerak mengikut rentak sendiri dan nikmati setiap langkah sepanjang perjalanan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments