DUNIA fesyen kembali berputar apabila sekuel penuh gaya, The Devil Wears Prada 2, bakal menemui penonton secara eksklusif di Disney+ bermula 29 Julai.Menghidupkan semula aura ikonik dunia Runway Magazine, filem ini menyaksikan kemunculan semula Meryl Streep, Anne Hathaway, Emily Blunt dan Stanley Tucci, yang kembali ke jalanan glamor kota New York serta pejabat mewah majalah fesyen tersebut.
Sebagaiamana yang diulas Tony Bravo dari San Francisco Chronicle, sekuel ini disifatkan sebagai “seenak filem pertama”.
Selepas mencipta fenomena di pawagam pada Mei lalu, filem ini bukan sahaja mencuri perhatian dunia fesyen dan media, malah mencatat kutipan lebih USD676 juta di seluruh dunia. Francais
The Devil Wears Prada juga kini telah melepasi pencapaian luar biasa dengan kutipan keseluruhan melebihi USD1 bilion.
Lebih daripada sekadar kisah di layar, filem ini turut menjadi perayaan dunia fesyen global, menampilkan pelbagai jenama ikonik seperti Dior, Versace, Armani, Givenchy, Cartier, Dolce & Gabbana, Tiffany dan Fendi.
Turut mencuri perhatian adalah kemunculan khas figura terkenal dari dunia fesyen dan muzik, menjadikan setiap babak terasa seperti pentas peragaan sebenar.
Sekuel kepada fenomena 2006 yang pernah menjadi simbol generasi itu diarahkan oleh David Frankel, dengan skrip oleh Aline Brosh McKenna.
The Devil Wears Prada 2 mengisahkan Andy Sachs lakonan Anne Hathaway yang kembali ke Runway sebagai editor baharu bahagian features. Kepulangannya mempertemukan semula dirinya dengan bekas mentornya yang tegas, Miranda Priestly (Meryl Streep), yang kini berdepan cabaran besar mempertahankan empayar majalah cetak yang semakin terancam. Dalam dunia yang penuh persaingan dan perubahan, pertembungan lama dan wajah baharu menjadikan suasana di Runway semakin tidak terduga.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments