Oleh: SORAYA AFNAN
TIDAK semua perjalanan mempunyai destinasi yang jelas. Sesetengahnya membawa kita melalui laluan yang tidak dijangka, mempertemukan kita dengan tempat baharu dan meninggalkan kenangan yang akhirnya menjadi sebahagian daripada cerita.Namun, di sebalik setiap perjalanan, sentiasa ada ruang untuk imaginasi, penemuan dan cerita yang tercipta di sepanjang jalan.
Semangat itulah yang diterjemahkan Carlo Rino menerusi The Wandering Stitch, koleksi Autumn/Winter 2026 (AW26) yang mengangkat tema pengembaraan, imaginasi dan penemuan diri.
Dibayangkan dalam sebuah dunia seperti mimpi, koleksi ini mengajak wanita mengikuti perjalanan seorang pengembara yang penuh rasa ingin tahu ketika meneroka dunia yang dihiasi istana tersembunyi, taman yang berkembang mekar dan laluan sunyi yang seolah-olah menyimpan kisah tersendiri.
Setiap penemuan sepanjang perjalanan menjadi memori dan cerita, sebelum diterjemahkan pula ke dalam gaya yang mencerminkan keperibadian serta keindahan pengalaman yang dilalui.
Dari Imaginasi Kepada RekaanDi sebalik The Wandering Stitch ialah pandangan bahawa fesyen tidak sekadar berkisar tentang apa yang dipakai, sebaliknya boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan seseorang.
Inspirasi itu diterjemahkan menerusi pilihan rekaan yang merangkumi Matrix Trunkette Collection, selain beg, kasut dan aksesori yang melengkapi rutin serta pengembaraan harian wanita moden.
Perincian yang dipertimbangkan dengan teliti dan siluet yang lebih versatil menjadikan setiap rekaan bukan sekadar tempat untuk membawa barangan keperluan. Ia dibayangkan sebagai teman yang turut menyertai perjalanan, menyimpan memori, rahsia dan cerita yang dikumpulkan sepanjang melalui satu pengalaman ke pengalaman yang lain.
Sentuhan kreatif pada setiap rekaan turut menyerlahkan sisi imaginatif yang menjadi teras koleksi. Dalam dunia The Wandering Stitch, perjalanan dilihat sebagai ruang untuk menemukan sesuatu yang baharu, sama ada melalui tempat yang diterokai, pengalaman yang dilalui mahupun cerita yang tercipta di sepanjang jalan.
Koleksi The Wandering Stitch Autumn/Winter 2026 daripada Carlo Rino bakal dilancarkan tidak lama lagi. Perkembangan terkini mengenai koleksi ini akan dikongsikan menerusi saluran media sosial rasmi Carlo Rino dan rangkaian butiknya.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments