Che Puan Sarimah Ibrahim Jadi Duta Labrich, Dua Rangkaian TriBio Baharu Dilancarkan


PENJAGAAN kesihatan hari ini bukan lagi sekadar tertumpu kepada rawatan apabila sakit, sebaliknya semakin ramai memberi perhatian kepada usaha mencegah penyakit dan mengekalkan kesejahteraan sejak awal.

Mengambil pendekatan itu, jenama kesihatan tempatan Labrich melancarkan dua produk baharu, Labrich TriBio Women Wellness dan Labrich TriBio Kids, dalam majlis The Labrich Reveal: Nurturing Generations, Empowering Vitality yang berlangsung di Hemisphere Luxury Hall, KL Tower.

Majlis sama turut menyaksikan pengumuman rasmi Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai duta jenama, sekali gus memperkukuhkan imej Labrich yang kini memperluaskan fokus daripada penjagaan kesihatan usus kepada penyelesaian kesejahteraan untuk wanita, kanak-kanak dan seisi keluarga.

Pemilihan Sarimah dilihat bertepatan dengan imejnya yang sinonim dengan gaya hidup aktif dan mengutamakan kesihatan, selain menjadi antara wajah yang mewakili aspirasi baharu jenama itu.

Dari kesihatan usus kepada penyelesaian lebih menyeluruh

Menurut pengasas Labrich, jenama itu bermula daripada pengalaman klinikal merawat pesakit yang berdepan peningkatan penyakit kronik berkaitan masalah metabolik seperti berat badan berlebihan dan insulin resistance.

Pemerhatian itu mendorong pembangunan produk pertama mereka, Labrich TriBio, yang memfokuskan kepada kesihatan usus menerusi gabungan prebiotik, probiotik dan postbiotik.

Selepas memperkenalkan TriBio dan rangkaian TriBio SkinAX, Labrich kini memperluaskan lagi penawarannya menerusi dua produk baharu yang diperkenalkan pada majlis berkenaan.

TriBio Women Wellness dibangunkan bagi memenuhi keperluan wanita moden yang sering berdepan cabaran mengimbangi kerjaya, keluarga dan rutin harian.

Produk dalam bentuk serbuk berperisa cranberry itu memfokuskan kepada sokongan terhadap kesihatan usus, metabolisme, keseimbangan emosi serta kesihatan saluran kencing melalui gabungan probiotik dan beberapa bahan aktif lain.

Dalam masa sama, TriBio Kids diperkenalkan susulan permintaan daripada komuniti pengguna sedia ada yang mahukan formulasi khusus untuk kanak-kanak. Produk tablet kunyah berperisa strawberi itu dirumus bagi menyokong kesihatan pencernaan, sistem imun serta perkembangan kanak-kanak.


Pelancaran kedua-dua rangkaian baharu ini menandakan perkembangan Labrich daripada jenama yang memfokuskan kepada kesihatan usus kepada penyedia penyelesaian kesihatan yang lebih menyeluruh untuk pelbagai peringkat usia.

Seiring pengumuman Sarimah sebagai duta, syarikat itu turut menyatakan komitmennya untuk terus membangunkan produk berasaskan penyelidikan sains yang menyokong kesejahteraan masyarakat.

Perkembangan ini memperlihatkan satu lagi langkah dalam usaha memperluaskan pilihan kesihatan yang lebih dekat dengan keperluan semasa. Ia juga menggambarkan bagaimana industri terus bergerak seiring perubahan gaya hidup masyarakat hari ini. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments