Pemandangan indah di Gyeongbok Palace, Korea Selatan (kiri) dan The Jungfrau Train di Switzerland | FOTO: KLOOK
MENJELAN hujung tahun, semakin ramai pelancong memilih percutian yang bukan sekadar menyeronokkan tetapi juga 'cool' dalam setiap erti kata.
Menurut platform pelancongan dan pengalaman terkemuka, Klook, fenomena ini disebut sebagai ‘cool’cations iaitu percutian di destinasi yang sama ada sejuk secara iklim atau sejuk secara sosial.
Bagi yang mengimpikan suasana bersalji, udara segar dan lampu perayaan yang bergemerlapan, hujung tahun memang waktu terbaik untuk menikmati keindahan musim sejuk.
Destinasi bersalji kini kembali menjadi tumpuan utama, terutama bagi penggemar aktiviti seperti ski dan snowboarding.
Destinasi Paling ‘Cool’ Pilihan Pengguna Klook
1. Jepun
Jepun kekal di tangga teratas destinasi musim sejuk paling popular, menarik pelancong ke bandar onsen yang ikonik dan festival salji yang menakjubkan.
Dari arca ais di Hokkaido yang terkenal di seluruh dunia hingga lereng bersalji Nagano, Jepun menggabungkan tradisi dan pengembaraan dengan begitu sempurna.
Dengan kolam air panas, sajian musim sejuk yang menggoda, serta acara bermusim yang meriah, negara ini menawarkan pengalaman musim sejuk yang benar-benar menyeluruh.
Malah, aktiviti ski dalam kalangan pelancong Malaysia ke Jepun meningkat sebanyak 131 peratus (%) berbanding tahun sebelumnya.
2. Korea Selatan
Bagi yang mencari keseimbangan antara keseronokan dan keselesaan, Korea Selatan antara pilihan utama musim ini. Dengan resort ski bertaraf dunia, taman tema musim sejuk dan sajian stew panas yang menyelerakan, gabungan 'thrill dan warmth' ini menjadi daya tarik utama.
Selain bandar besar, kuil di puncak gunung bersalji, pulau indah dan taman negara yang menenangkan turut mempamerkan sisi tenang musim sejuk Korea.
3. Switzerland
Dikenali sebagai destinasi musim sejuk klasik, Switzerland memikat dengan landskap Alpen yang dramatik serta bandar gunung yang kelihatan seperti poskad hidup.
Daya tarik utamanya termasuk lereng ski bertaraf dunia, pasar Krismas meriah, dan chalet yang selesa di tengah puncak bersalji. Setiap kali salji turun, Switzerland berubah menjadi simbol keanggunan musim sejuk Eropah yang abadi.
‘Cool’ di Tropika: Percutian Tanpa Salji Tapi Tetap Bergaya
Bagi pelancong Asia Tenggara yang memilih untuk kekal dalam kehangatan tropika, ‘cool’cation bermaksud mencari cara lebih segar untuk menikmati pengalaman perjalanan.
Data Klook menunjukkan peningkatan minat terhadap pengalaman yang menawarkan peluang untuk lar' seketika daripada 'kepanasan' seperti pelayaran sungai di Singapura dan Thailand, atau pengembaraan alam semula jadi seperti lawatan ke air terjun dan aktiviti menelusuri gaung di Indonesia dan Filipina.
Aktiviti malam juga semakin popular, seperti meneroka istana bersejarah selepas gelap, menyertai lawatan berpemandu waktu malam, atau menikmati glamping di bawah sinaran bintang.
Ramai kini menemui cara baharu menikmati destinasi selepas matahari terbenam sambil menikmati udara malam yang lebih nyaman.
Bagi yang mahu merasai suasana musim sejuk tanpa meninggalkan Asia Tenggara, Sapa, Vietnam menawarkan pengalaman istimewa itu. Bandar pergunungan tenang di utara Hanoi ini terkenal dengan sawah padi bertingkat dan suasana damai.
Antara Disember hingga Februari, Sapa berubah menjadi 'dunia ajaib' di mana ia diselimuti kabus dan kadang-kala salji nipis, pemandangan yang jarang dapat dilihat di rantau ini.
‘Cool’ bukan sekadar tentang cuaca, tapi juga tentang vibe. Semakin ramai pengguna Klook kini keluar dari ibu kota dan menuju ke destinasi yang lebih autentik, tempat yang belum terlalu sesak, tetapi sarat dengan budaya dan keunikan tempatan.
Destinasi seperti ini mungkin sedikit jauh dari laluan utama, namun tetap mudah diakses melalui jalan darat atau penerbangan pendek.
Bagi mereka yang sanggup berusaha lebih sedikit, ganjarannya ialah apa yang digelar sebagai faktor 'sejuk secara sosial', kepuasan menemui sesuatu tempat lebih awal daripada orang lain.
Destinasi Cool Pilihan Pengguna Klook untuk Akhir Tahun
1. Lijiang, China
Terletak di kaki Pergunungan Himalaya, Lijiang memikat dengan bandar lama berbatu, terusan yang berliku dan warisan budaya Naxi. Gunung Jade Dragon yang diselaputi salji menjadi latar belakang menakjubkan, manakala kampung Shuhe dan Tasik Lugu menawarkan ketenangan dalam keindahan semula jadi.
2. Chiang Rai, Thailand
Permata tersembunyi di utara Thailand ini mempesona dengan kuil-kuil yang putih, biru dan hitam dengan setiap satunya hasil seni tempatan yang unik. Di luar bandar, ladang teh dan pemandangan pergunungan menjadikan Chiang Rai tempat percutian damai tetapi penuh budaya.
3. Phu Quoc, Vietnam
Pulau tropika di Teluk Thailand ini terkenal dengan air laut biru jernih, pantai pasir putih dan suasana santai yang memikat. Selain pantai yang mempesona, Phu Quoc menonjol dengan hutan hujan tropika, pasar malam meriah dan trend eko-luxury yang semakin berkembang.
China: Sejuk Dalam Iklim dan Budaya
China kini muncul sebagai destinasi yang menampilkan kesejukan dari dua segi iaitu cuaca dan budaya. Dari landskap ais di Harbin hingga kawasan seni kreatif di Shanghai, pelancong sedang meneroka China dengan perspektif baharu yang banyak dikongsi di media sosial.
Polisi bebas visa yang diperluas serta sambungan perjalanan yang semakin baik menjadikan pengembaraan ke China kini lebih mudah. Kerajaan tempatan turut giat menambah tarikan baharu dan menaik taraf kemudahan pelancongan, termasuk sistem dwibahasa dan platform tempahan digital yang memudahkan pelawat antarabangsa.
Klook turut merekodkan peningkatan jualan China Rail Pass serta permintaan tinggi untuk lawatan persendirian dengan pemandu professional, pilihan fleksibel yang membolehkan pelancong merancang itinerari mereka sendiri sambil meneroka bandar kecil dan destinasi semula jadi yang kurang dikenali.
Perjalanan Lebih Lancar ke Destinasi ‘Cool’
Menariknya, perjalanan ke destinasi ‘cool’ kini lebih mudah daripada sebelumnya. Semakin ramai pengguna Klook menggunakan pas pengangkutan berbilang destinasi yang memudahkan pergerakan antara bandar dan negara.
Contohnya, Swiss Travel Pass menawarkan perjalanan tanpa had menaiki kereta api, bas dan bot ke destinasi popular seperti Zurich, Lucerne dan Mount Titlis termasuk akses percuma ke lebih 500 muzium serta pengembaraan di pergunungan. Jualan Eurail Pass turut meningkat, membolehkan perjalanan tanpa had ke 33 bandar Eropah.
Sementara itu, permintaan untuk kereta api laju di China, Hong Kong, Taiwan dan Jepun meningkat lebih 140% dari suku ke suku tahun ini menjadi tanda momentum perjalanan hujung tahun yang semakin rancak.
Sama ada menaiki kereta api panorama, funicular di gunung, atau feri di tepi sungai, pas ini memudahkan pelancong merancang perjalanan ‘cool’ mereka dengan lancer, daripada tempahan dalam talian hingga sambungan di lapangan.
‘Cool’cations: Cara Baharu Menutup Tahun
Daripada memburu salji hingga mencari pengalaman baharu, ‘cool’cations’ kini menjadi cara moden menutup tahun dengan penuh gaya. Ia bukan sekadar tentang cuaca yang sejuk, tetapi tentang pengalaman yang menenangkan, menyegarkan dan memberi inspirasi.
Akhirnya, percutian paling bermakna ialah yang meninggalkan rasa 'cool' di hati, kenangan, dan cara bagaimana kita melihat dunia. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments