DEMAM FIFA World Cup 2026 semakin terasa dan kemeriahannya kini boleh dinikmati dengan lebih dekat menerusi pelbagai aktiviti menarik yang dibawakan oleh Rexona dan Clear Men.Menyambut acara sukan terbesar dunia itu, kedua-dua jenama ini tampil dengan pelbagai pengalaman istimewa buat peminat bola sepak di Malaysia, selain memperkenalkan inovasi produk baharu yang direka untuk menyokong gaya hidup aktif masa kini.
Di Malaysia, bola sepak sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hati peminat. Daripada sesi tontonan bersama rakan-rakan hingga sorakan penuh semangat setiap kali jaringan terhasil, sukan ini terus menjadi medium yang menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Semangat itulah yang menjadi inspirasi kepada kempen terbaharu Rexona dan Clear Men, yang bertujuan membawa pengalaman FIFA World Cup 2026 lebih dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Bermula Jun ini, orang ramai boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung di beberapa lokasi terpilih. Antara yang menjadi tumpuan ialah Kejohanan Bola Sepak 3v3 Rexona x Clear Men di MyTOWN Shopping Centre dari 5 hingga 7 Jun 2026.
Acara tersebut menjanjikan suasana bola sepak jalanan yang penuh bertenaga dengan hadiah keseluruhan bernilai RM6,000 untuk dimenangi. Pengunjung juga berpeluang bertemu pemain bola sepak tempatan Safawi Rasid, menyaksikan persembahan freestyle football serta menikmati pelbagai aktiviti interaktif yang direka khas untuk peminat sukan berkenaan.
Selain itu, Rexona Arctic Station yang bakal berlangsung di Stesen MRT Bukit Bintang dari 15 hingga 19 Jun 2026 turut menawarkan pengalaman unik menerusi zon penyejukan khas, sesi mencuba produk dan cabaran bertemakan bola sepak.
Direka Untuk Gaya Hidup Aktif Lelaki ModenDi sebalik kemeriahan sambutan FIFA World Cup 2026, Rexona dan Clear Men turut memberi perhatian kepada keperluan penjagaan diri lelaki yang aktif dan sentiasa bergerak.
Bersempena kempen ini, kedua-dua jenama memperkenalkan produk baharu yang direka khusus untuk membantu pengguna berdepan cuaca panas serta cabaran rutin harian.
Rexona Men Arctic Rush hadir dengan sensasi dingin segera yang membantu memberikan kesegaran berpanjangan, terutama dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia. Produk ini turut dilengkapi perlindungan anti-noda serta kawalan peluh dan bau yang direka untuk memberikan keselesaan lebih lama sepanjang hari.
Melengkapkan rutin penjagaan diri harian, Clear Men Ultra Hydro Boost pula diformulasikan untuk membantu mengatasi masalah kulit kepala kering yang sering berpunca daripada tekanan harian dan faktor persekitaran.
Formula yang digunakan memberi fokus kepada hidrasi kulit kepala, selain membantu mengurangkan masalah kelemumur dan kegatalan yang sering dialami lelaki aktif. Kulit kepala yang terhidrat juga membantu mengekalkan lapisan perlindungan semula jadi, sekali gus mengurangkan risiko ketidakselesaan sepanjang hari.
Di sebalik kempen yang dijalankan, bola sepak dilihat terus memainkan peranan sebagai medium yang menyatukan masyarakat menerusi semangat kebersamaan dan keterujaan yang tercipta sepanjang musim kejohanan.
Kerjasama bersama FIFA World Cup 2026 turut mencerminkan usaha Rexona dan Clear Men untuk mendekati peminat bola sepak menerusi pelbagai pengalaman interaktif, di samping menawarkan produk yang memenuhi keperluan gaya hidup aktif lelaki moden.
Dengan gabungan aktiviti komuniti dan inovasi produk, kempen ini bukan sahaja membawa kemeriahan temasya bola sepak terbesar dunia lebih dekat kepada rakyat Malaysia, malah memberi peluang kepada peminat untuk turut merasai bahang kejohanan menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang musim FIFA World Cup 2026.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments