Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Brick-or-Treat Monster Party Kembali — Halloween Paling Fun di LEGOLAND Malaysia Resort!


HALLOWEEN kembali hidup di LEGOLAND Malaysia Resort dengan kemunculan semula acara tahunan yang dinanti-nantikan, Brick-or-Treat Monster Party.

Tahun
ini dijanjikan lebih meriah, lebih menyeronokkan, dan paling penting, lebih 'spooktacular' daripada sebelumnya.

Mulai
2 Oktober hingga 2 November 2025, seluruh taman tema akan berubah menjadi 'monster wonderland, dunia penuh warna dan kejutan menyeramkan yang pasti mencuit hati kanak-kanak dan keluarga.

Dari
pada bengkel interaktif, persembahan langsung, hinggalah ke aktiviti misteri di setiap sudut, suasana Halloween kali ini memang all-out.

Aktiviti
Menyeronokkan Sepanjang

Acara
dimulakan di Beginning Area, di mana para pengunjung akan disambut oleh sekumpulan Tricksters nakal dan rakan-rakan monster yang ceria.

Di
sini, kanak-kanak boleh menunjukkan kreativiti mereka dengan aktiviti seperti LEGO Spider Build dan Frankenstein Comes to Bricks. Kalau suka cabaran keluarga, jangan lepaskan Scare Slam Dunk atau Build-a-LEGO Monster.

Keseronokan
terus berlanjutan di Kingdom Castle, yang menjadi lokasi Witches’ Party dan Vampire Carnival.

Untuk
mereka yang berani, boleh cuba nasib dalam Wicked Maze Runner atau sertai Lord Vampyre’s Carnival yang menampilkan Frankenstein’s Games Room, Candy Corn Hunt, dan Trick-or-Trade Station, tempat paling popular untuk dapatkan limited-edition Minifigure Halloween.

Setiap
hari juga ada pelbagai persembahan langsungdaripada Monstrous Morning Bash dan Zombie Cheer Squad, hinggalah ke The Great Candy Caper dan Wizard’s Spellbound yang pasti menghiburkan seisi keluarga.

Jika
mahu habiskan hari dengan vibe yang menyeronokkan, sertai Monster Mash Mob atau Jam with the Monsters. Dan untuk malam Jumaat dan Sabtu, bersiap sedia untuk kejutan istimewa, Monster Flash Mob.

Aktiviti
& Cabaran Halloween

Setiap
hujung minggu, Candy Trail kembali membawa tradisi trick-or-treat di seluruh taman dengan pelbagai manisan menarik menanti si kecil.

Bagi
anak-anak yang suka aktiviti dapur, Boo-tiful Bakes Workshop membolehkan mereka menghias kek cawan bertema Halloween dengan rekaan seram yang comel dan boleh dimakan.

Pertandingan
kostum tahunan juga kembali dengan hadiah untuk kategori Best Family Costume, Most Creative Costume, dan Most Monster-est Costume! Pemenang dan tempat kedua akan membawa pulang set LEGO eksklusif.


Selain
itu, pengunjung juga boleh berjumpa dan bergambar dengan karakter popular seperti Frankenstein, Lord Vampyre, Green Witch, dan Zombie Cheer Leader dalam sesi LEGO Monsters Meet & Greet.

J
angan lepaskan The Great Monster Chase 4D, sebuah pengalaman filem interaktif dengan kesan khas cahaya, angin dan bunyi yang buat setiap babak kejar-kejar monster terasa hidup.

Promosi
Musim Seram

Sepanjang
tempoh 2 Oktober hingga 2 November, kanak-kanak berusia 3 hingga 11 tahun yang datang dengan kostum Halloween penuh akan menikmati kemasukan percuma bersama seorang dewasa yang membeli tiket.

Jadi
jika anda mencari aktiviti keluarga yang menyeronokkan sepanjang musim Halloween, Brick-or-Treat Monster Party di LEGOLAND Malaysia Resort adalah destinasi wajib tahun iniPenuh dengan keriangan, ketawa, dan sedikit elemen spooky yang pasti meninggalkan kenangan manis- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments