JENAMA hiburan interaktif global, HoYoverse, baru saja memperkenalkan permainan terbaharu, Petit Planet, sebuah simulasi kehidupan bertemakan angkasa lepas yang membawa pemain mengembara dalam dunia penuh kejutan di bawah langit berbintang.Dengan slogan 'Weave Your Dreams Beneath the Stars', permainan ini menggabungkan elemen mencipta, meneroka dan membina komuniti, menjadikan seluruh galaksi sebagai kanvas untuk membentuk kehidupan mengikut imaginasi pemain.
Dalam
Petit Planet, pemain membangunkan planet sendiri yang didiami makhluk comel dikenali sebagai Neighbors, di mana setiap hubungan yang terjalin akan mempengaruhi kesuburan dan keindahan planet tersebut.
Permainan ini menawarkan pelbagai aktiviti santai seperti menanam, memancing, melombong, memasak dan menghasilkan kraftangan, selain membolehkan pemain menghias watak, rumah, serta landskap planet mengikut cita rasa tersendiri dan semuanya hidup dengan tenaga misteri bernama Luca.
Petit Planet turut memberi tumpuan kepada persahabatan dan interaksi sosial, sama ada dengan Neighbors di planet sendiri atau bersama pemain lain melalui aktiviti seperti Starsea Voyage dan Galactic Bazaar, pusat komuniti meriah di seluruh galaksi.
Dengan gaya seni 3D yang berwarna-warni dan bergaya kartun,
Petit Planet menandakan langkah pertama HoYoverse dalam genre simulasi kehidupan.
Pendaftaran untuk Closed Beta Coziness Test kini dibuka di
planet.hoyoverse.com dan beberapa pemain bertuah akan terpilih untuk mencubanya lebih awal sebelum pelancaran rasmi.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments