Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Malaysia Jadi Tuan Rumah Pertandingan Badminton Special Olympics Asia Pasifik


BUAT pertama kali dalam sejarah, Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Badminton Serantau Special Olympics Asia Pasifik, yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 20 September 2025 di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Acara
berprestij ini menghimpunkan atlet dari seluruh rantau Asia Pasifik, meraikan bakat dan semangat individu dengan kurang upaya intelektual dan perkembangan (Intellectual and Developmental Disabilities – IDD).

Matlamatnya
bukan sekadar mempamerkan kemahiran di gelanggang, tetapi untuk memupuk rasa hormat, kefahaman, dan keterangkuman sosial melalui kuasa sukan.

Sebagai
penganjur, Malaysia akan menyambut 81 pemain badminton yang terdiri daripada 64 atlet dengan IDD dan 17 rakan unified partners, iaitu individu tanpa kurang upaya yang bersukan bersama mereka sebagai simbol kesepaduan.

Mereka
mewakili 10 negara yang terdiri daripada Bangladesh, India, Indonesia, Maldives, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Bagi
tuan rumah, pasukan negara dibarisi 12 atlet dengan IDD dan empat unified partners, bersedia memberikan aksi terbaik dengan sorakan padu penyokong tanah air.

Memperkasa
Sukan Inklusif di Asia Pasifik

Bagi
komuniti IDD, kejohanan ini adalah lebih daripada sekadar pertandingan. Ia adalah pentas untuk menyerlah, dilihat, dan diraikan.

Menurut
Pengarah Kebangsaan Special Olympics Malaysia, Connie Yee, menjadi tuan rumah adalah satu pencapaian penting dalam gerakan sukan inklusif di Malaysia.

Sukan berupaya merapatkan jurang, membina keyakinan, dan menyatukan komuniti. Acara ini memberi tumpuan kepada golongan yang sering dipinggirkan dan ia benar-benar mencerminkan semangat keterangkuman, maruah, dan peluang sama rata,” katanya.

Pertandingan
ini mempertandingkan acara Perseorangan dan Beregu Lelaki serta Wanita, termasuk kategori unik Beregu Unified, di mana atlet dengan dan tanpa IDD berpasangan di gelanggangIa diadakan dalam dua kategori umur iaitu 16–21 tahun dan 22–33 tahun, melambangkan bahawa inklusiviti tidak mengenal usia.



Jurulatih
Special Olympics Kuching, Badrul Hisham Bin Majid, berkongsi bahawa sukan memberi para atlet lebih daripada sekadar kemahiran bermain.

Ramai bermula dengan rasa ragu pada diri sendiri. Tetapi dengan latihan, disiplin, dan semangat berpasukan, mereka mula membina keyakinan, membentuk rutin, dan percaya pada potensi diri, bukan sahaja sebagai atlet, tetapi sebagai insan,” ujarnya.

Antara
bintang tempatan yang bakal beraksi ialah Muhammad Hafiyyan Mat Noor, 21 tahun, dari Putrajaya.

Dikenali
dengan gaya permainan pantas dan bertenaga, Hafiyyan mula bermain badminton pada usia 10 tahun. Bapanya yang juga jurulatih, Mat Noor Ramli, menjelaskan bahawa sukan ini membantu mengurangkan risiko sawan yang dihadapinya.

Hafiyyan
, yang pernah meraih pingat emas di Kejohanan Badminton Unified Special Olympics Malaysia 2024, kini memburu kejayaan di pentas serantau.

Terpilih wakili Malaysia sekali lagi adalah impian yang jadi kenyataan. Badminton ajar saya untuk terus kuat walau berdepan cabaran. Saya sentiasa ingatkan diri untuk jangan putus asa dan bermain dengan penuh kebanggaan,” katanya penuh semangat.

Sertai
Gerakan Ini

Special Olympics Malaysia
menyeru semua pihak untuk menyokong acara bersejarah ini, kerana setiap sorakan dan sumbangan akan membantu mengukuhkan gerakan keterangkuman yang lebih luas.

Bagi
individu dengan IDD, peluang seperti ini jarang hadir dan apabila ia datang, ia membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar kejayaan di podium.

Ini bukan sekadar pertandingan. Ia adalah simbol harapan, keadilan, dan keyakinan bahawa setiap orang layak diberi peluang untuk bersinar,” tambah Connie Yee.

Bagi
organisasi atau penaja yang ingin menyokong kejohanan ini, boleh menghubungi secretariat@specialolympicsmalaysia.org. Mari kita jadikan September 2025 bukan sahaja bulan kejohanan badminton, tetapi juga bulan meraikan semangat inklusif tanpa sempadan- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments