DISNEY+ Hotstar baru sahaja melancarkan treler rasmi bagi musim keempat Welcome to Wrexham, siri dokumentari pemenang Anugerah Emmy® terbitan FX yang dikendalikan oleh Rob McElhenney dan Ryan Reynolds.
Musim baharu ini bakal ditayangkan bermula Jumaat, 16 Mei, dengan dua episod pertama daripada lapan keseluruhan, eksklusif di Disney+ Hotstar Malaysia.
Welcome to Wrexham mengisahkan perjalanan dua bintang Hollywood yang menguruskan kelab bola sepak profesional ketiga tertua di dunia iaitu Wrexham AFC.
Siri ini bukan hanya tentang bola sepak, tetapi juga tentang impian dan cabaran masyarakat Wrexham, sebuah bandar kelas pekerja di North Wales, United Kingdom.
Sejak pengambil-alihan kelab pada tahun 2020 oleh Rob dan Ryan, Wrexham menjadi perhatian dunia. Misi mereka: mengubah pasukan dari divisyen kelima menjadi kisah ‘underdog’ yang memberi inspirasi.
Hasilnya, kelab ini berjaya mencapai dua kali promosi berturut-turut dan kini beraksi dalam League One buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.
Namun kejayaan membawa cabaran baharu, tekanan tinggi, persaingan sengit, kos yang meningkat, dan isu kecederaan yang berterusan.
Dalam masa sama, penyokong mendesak penambahan pemain berbakat. Staf dan penyokong setia terus meraikan setiap pencapaian, sambil bersedia menghadapi rintangan di setiap peringkat baharu liga.
Pasukan wanita
Pasukan wanita
Musim ini turut menampilkan perjalanan pasukan wanita Wrexham AFC yang bersaing dalam Welsh Adran Premier League. Dengan semangat dan sokongan yang berterusan, mereka berusaha untuk menonjol dalam kelompok pemain bola sepak wanita yang semakin kompetitif.
Dalam sisi yang lebih ringan, penonton juga akan mengikuti Humphrey Ker, Pengarah Eksekutif Wrexham AFC yang menyertai maraton demi kutipan dana amal. Mampukah dia melengkapkan larian sejauh 26.2 batu tanpa mengalami kecederaan atau rasa malu?
Dengan akses eksklusif di atas padang, bilik persalinan dan detik-detik penting bersama pemain, Welcome to Wrexham menjanjikan paparan yang penuh emosi dan inspirasi sepanjang musim terbaharu ini.
Siri ini diterbitkan oleh Rob McElhenney, Ryan Reynolds, Josh Drisko, Bryan Rowland, Jeff Luini, Humphrey Ker, Nick Frenkel, George Dewey dan Boardwalk Pictures melalui Andrew Fried, Dane Lillegard, Sarina Roma, dan Andy Thomas.
Ia turut melibatkan More Better Productions, Maximum Effort Productions, 3 Arts Entertainment dan Boardwalk Pictures sebagai syarikat produksi.
Untuk tontonan seisi keluarga, Disney+ Hotstar menyediakan kawalan ibu bapa yang komprehensif bagi memastikan pengalaman menonton yang selamat dan sesuai. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments