Liu Ying buang memori, sedia lawan Peng Soon



[KREDIT HARIAN METRO: https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2022/07/860806/liu-ying-buang-memori-sedia-lawan-peng-soon]

Kuala Lumpur: Bakal menentang bekas rakan sepasukan di gelanggang lawan yang dahulunya pernah mengecapi kejayaan bersama sehingga kemuncaknya meraih pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016.

Begitulah akan dilalui pemain beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying yang akan bertemu bekas gandingannya, Chan Peng Soon yang kini bergandingan dengan Cheah Yee See pada pusingan pertama Terbuka Singapura, esok.

Liu Ying yang kini bergandingan bersama Soong Joo Ven mahu memastikan dapat meraih keputusan lebih baik di Singapura selepas sering teringkir awal sejak bergandingan dengan Joo Ven yang lebih dikenali sebagai pemain perseorangan.

"Kalau dulu saya tak perlu fikir sangat mengenai cara permainan sebab sudah serasi dengan Peng Soon. Tapi sekarang situasinya agak berbeza. Saya perlu fikirkan sendiri apakah corak permainan yang sesuai untuk diri saya serta Joo Ven.

"Apapun, saya rasa seronok bergandingan dengan Joo Ven dan kami perlu terus memperbaiki corak permainan masing-masing serta meningkatkan tahap persefahaman.

"Sudah pasti juga kami mengharapkan keputusan lebih baik pada kejohanan yang akan disertai selepas ini termasuk di Terbuka Singapura," katanya.

Sementara itu, Joo Ven pula berharap dapat terus memperbaiki prestasinya dalam acara beregu campuran selepas sekian lama fokus kepada acara perseorangan.

"Saya masih jalani latihan untuk acara perseorangan, jadi latihan bagi beregu campuran agak kurang. Saya rasa kami memerlukan masa untuk memperbaiki kombinasi di dalam gelanggang," katanya.





Post a Comment

Previous Post Next Post