[Trivia] Our sweet heart , Goh Liu Ying


GOH LIU YING,
satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya pada peminat sukan Badminton yang pernah menjadi saksi kehebatannya beraksi di gelanggang dalam acara Beregu Campuran (Mixed Doubles) bersama Chan Peng Soon.

Momen yang paling diingati tentunya aksi hebat mereka ketika berada ke pentas final Olimpik Rio pada 2016, sekali gus membawa pulang pingat Perak buat pertama kalinya dalam acara ini untuk Malaysia.

Luar biasa. Bukan sahaja aksinya, tetapi personaliti dan perjalanan dilalui Liu Ying untuk berada pada tahap itu juga luar biasa.

Bagaimanapun, selepas berakhirnya World Tour Final BWF yang berlangsung di Bali, Indonesia pada minggu lalu, pasangan ini mengumumkan sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing selepas 13 tahun bersama. 

Peng Soon kembali ke pangkuan BAM dan dipasangkan dengan Valerie Siow. Selepas lebih dua bulan, Liu Ying mengumumkan bakal berpasangan dengan Ong Yew Sin. Ketika ini Yew Sin yang juga merupakan pemain profesional acara Beregu Lelaki bersama Teo Eei Yi dan masih lagi bermain dalam acara itu meski bersama dengan Liu Ying untuk Mixed Doubles. 

Dalam perkembangan terkini, Liu Ying sudah menamatkan gandingannya bersama Ong Yew Sin selepas menyertai tiga kejohanan antarabangsa dan tampil dengan pasangan baharu, Soong Joo Ven dengan debut pada kejohanan BWF Indonesia Masters di Istora, Indonesia yang berlangsung pada 7 Jun 2022.

Peng Soon pula kembali membentuk gandingan bersama Cheah Yee See dan turut membuat debut pada kejohanan sama. 

Kami kumpulkan trivia menarik ini buat peminat Liu Ying, sekali gus tribute istimewa buat si cantik yang sangat besar jiwa dan perjuangannya.



  • Merupakan anak kelahiran Alor Gajah, Melaka.
  • Lahir pada 30 Mei 1989 dan kini berusia 33 tahun.
  • Bernaung di bawah zodiak Gemini.
  • Tinggi 1.68m dan berat badan 50kg.
  • Mendaftar masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 13 tahun.

  • Merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Dua adiknya lelakinya bernama Goh Qi Hao dan Goh Qi Liang.
  • Berpersonaliti menarik dan sangat disenangi ramai kerana sikap merendah dirinya.
  • Kini dikenali dan lebih mesra dengan panggilan 'Mummy' oleh para peminatnya selepas terlibat dengan siri tournament panjang sepanjang Oktober hingga Disember 2021 bersama rakan-rakan pemain badminton seangkatan daripada team profesional. Merupakan 'Mummy' kesayangan Low Juan Shen (Zubear), Ong Yew Sin (Yassin) dan Teo Ee Yi (Zaiyi). 



  • Bapanya, menjadi sumber inspirasi terpenting dalam hidup Liu Ying yang membawanya pada sukan badminton dan berada pada kedudukan hari ini.
  • Mula memegang raket badminton pada usia lima tahun atas galakan daripada bapanya yang memasang impian untuk melihat di beraksi di pentas Olimpik.

  • Sangat menghargai peminat sehingga Liu Ying menyediakan satu ruang khas untuk menyimpan segala hadiah pemberian peminat sebagai tanda terima kasihnya.
  • Menulis sebuah buku autobiografi tentang perjalanannya jatuh bangunnya sebagai seorang pemain badminton dalam buku berjudul I'm Just Goh Liu Ying.


  • Debut badminton pertama Liu Ying sebagai pemain kebangsaan pada tahun 2007 menerusi acara Beregu Wanita.
  • Mula dipasangkan dengan Chan Peng Soon sebagai Beregu Campuran pada tahun 2009.
  • Menjalani pembedahan pada kedua-dua belah lututnya pada tahun 2014 selepas mengalami kecederaan serius. Biarpun menjalani pembedahan, semangat Liu Ying tetap kuat untuk berjuang di gelanggang badminton. Liu Ying berehat daripada bermain badminton selama setahun lebih sebelum kembali pada tahun 2015.

  • Dalam tempoh setahun selepas pembedahan, setiap kali selesai perlawanan, Liu Ying perlu mengambil pain killer kerana kedua-dua lututnya akan membengkak selepas bermain.
  • Pada tahun 2017 (selepas memenangi pingat perak di sukan Olympik Rio - 2016), Liu Ying sekali lagi mengalami kecederaan di bahu kiri dan terpaksa menjalani pembedahan di Jerman dan sekali lagi perlu berehat panjang dan melupakan badminton buat seketika.


  • Merupakan perintis dan bacth pertama pasangan Beregu Campuran di Malaysia yang sebelum ini lebih popular dalam acara Perseorangan Lelaki dan Beregu Lelaki.
  • Memenangi pingat Perak di Sukan Olimpik Rio pada tahun 2016 dalam acara Beregu Campuran bersama Chan Peng Soon. Ia merupakan pingat pertama buat Malaysia dalam acara tersebut di sukan Olimpik.
  • Acara Beregu Campuran mula menarik perhatian ramai, malah nama Liu Ying juga mula meniti di bibir ramai orang.

  • Pada tahun 2019, Liu Ying dan Peng Soon mengambil keputusan untuk keluar daripada BAM dan bergerak sendiri sebagai pemain profesional.
  • Liu Ying menganggap tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai pembawa Jalur Gemilang bersama pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia pada acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 merupakan detik paling manis dan sukar dilupakan sebagai atlet negara.
  • Liu Ying dan Peng Soon terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 biarpun sudah memberikan yang terbaik dalm persembahan mereka.  

  • Setakat ini, Liu Ying sudah beraksi di sukan Olimpik sebanyak tiga kali iaitu di Olimpik London 2012, Olimpik Rio 2016 dan Olimpik Tokyo 2020.
  • Pernah merancang untuk bersara daripada sukan badminton pada tahun 2020, tertapi tertangguh kerana layak ke sukan Olimpik Tokyo 2020.
  • Bukan sahaja mempunyai ramai peminat di Malaysia, tetapi Liu Ying juga mendapat perhatian peminat badminton Indonesia. Setiap kali beraksi di Indonesia, dia menerima sokongan padu peminat badminton di sana (kecuali ketika perlawanan menentang pemain Indonesia).
  • Populariti yang dimiliki Liu Ying di Indonesia membuatkan dia turut menjadi buruan media di sana untuk mendapatkan liputan. Bukan hanya berkaitan kerjayanya sebagai pemain sukan, tetapi juga cerita peribadinya. 

  • Pada 6 Disember 2021, Chan Peng Soon mengumumkan kembali menyertai BAM dan berpisah dengan Liu Ying setelah 13 tahun bersama sebagai pasangan Mixed Doubles Malaysia yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Peng Soon kemudiannya dipasangkan dengan pemain muda, Valeree Siow untuk Mixed Doubles. Bermula Jun 2022, Peng Soon kembali kembali dipasangkan dengan Cheah Yee See yang baru sahaja menamatkan gandingannya bersama Hoo Pang Ron.
  • Selepas dua bulan membuat pertimbangan tentang hala tuju kerjayanya, Liu Ying pada 31 Januari lalu akhirnya mengumumkan bakal berpasangan dengan Ong Yew Sin sebagai pasangan baharunya dalam acara Mixed Doubles. Yew Sin yang merupakan pemain profesional acara Beregu Lelaki bersama Teo Ee Yi, akan bermain untuk dua acara iaitu Mixed Doubles dan Men's Doubles. Mereka sempat menyertai tiga kejohanan antarabangsa iaitu Jerman Open, All England dan Korea Open sebelum menamatkan gandingan.
  • Liu Ying membentu gandingan baharu bersama Soong Joo Ven yang juga merupakan pemain perseorangan profesional negara dan membuat debut pada kejohanan Indonesia Master pada 7 Jun 2022 di Stadium Istora, Indonesia.


  • Liu Ying dianggap sebagai ikon fesyen dalam kalangan peminat badminton kerana sering tampil dengan gaya dan stail yang tersendiri setiap kali turun ke gelanggang. Biarpun lincah beraksi, tetapi Liu Ying tetap nampak feminin menerusi penampilannya.
  • Jarang berambut pendek kerana mahu menampakkan sesi feminin dirinya sebagaimana diminta bapanya sendiri.
  • Jersi yang dipakai Liu Ying sering menarik perhatian ramai kerana tampil berbeza dan bergaya dengan pemain-pemain badminton wanita lain.


  • Mula aktif dalam bidang modelling untuk mencari penajaan sukan badminton apabila bergerak secara profesional.
  • Pernah mengikuti kelas modelling dan memperoleh sijil khas daripada Amber Chia Academy.
  • Dilantik sebagai duta pelbagai jenama produk dan dijemput dalam pelbagai program sukan di TV. Antaranya Li-Ning, Daikin, Himalaya, My News, Callie, BP Healthcare, Honor dan banyak lagi.


  • Selain bergelar pemain badminton profesional, Liu Ying merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai beberapa jenis perniagaan termasuk IT (diusahakan bersama adiknya), aplikasi tempahan makanan yang dikenali sebagai Fast Order, XCycle dan lain-lain.
  • Mempunyai label sendiri, GLY Store.

  • Ramai yang perasan penguasaan bahasa Melayu Liu Ying semakin baik. Menerusi pemerhatian,  selepas beraksi di Olimpik Rio 2016 Liu Ying pada setiap sesi temubual melibatkan dirinya, memperlihatkan penguasaan bahasa Melayu yang jauh lebih baik berbanding awal dia dikenali dulu. 
  • Sering digosipkan dengan Peng Soon kerana keserasian mereka di gelanggang, sedangkan ramai tidak tahu Peng Soon sudahpun berkahwin dan merupakan bapa kepada empat anak.
  • Liu Ying sebelum ini (ketika usia 19 tahun) pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemain badminton negara yang beraksi dalam acara Beregu Lelaki iaitu Ong Jian Guo. Mereka yang sama-sama berasal dari Melaka, bercinta selama lapan tahun sebelum mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada 2017.
  • Dalam satu temu bual program sukan, Liu Ying berkata mahu mencari pasangan atau teman hidup yang bukan daripada sukan badminton.


Post a Comment

Previous Post Next Post