Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tekan Butang Rehat: Nikmati Sehari Penuh Self-Care di Hotel & Resort Marriott Bonvoy


DALAM kesibukan dunia penuh mesyuarat, notifikasi telefon dan tanggungjawab harian, ramai antara kita sedang mendambakan satu perkara iaitu ketenangan. Mungkin juga tidur malam yang betul-betul berkualiti.

Kalau ini yang anda perlukan, anggap ini sebagai isyarat untuk ‘pause’ sekejap dan beri ruang untuk diri sendiri.

Daripada spa pod yang terapung di atas laut hinggalah ke urutan di tengah rimba, hotel dan resort terpilih di bawah Marriott Bonvoy ini benar-benar mengangkat konsep 'self-care' ke tahap baharu.

Lupakan sekejap dunia luar, kini masa untuk manjakan diri. Kadang-kadang kita terlalu sibuk memenuhi keperluan orang lain, hingga terlupa untuk berhenti dan bertanya pada diri sendiri,  “Apa yang aku perlukan hari ini?” Hari ini, beri ruang untuk diri sendiri bernafas, berehat, dan merasa cukup.

The Ritz-Carlton, Langkawi

Bayangkan spa pod terapung di atas laut, panorama hutan hujan yang rimbun dan ritual purba yang menyegarkan tubuh serta jiwa. Itulah yang ditawarkan The Ritz-Carlton, Langkawi.

Di sini, anda boleh menikmati Mandi Bunga Ritual, iaitu mandian bunga tradisional bersama urutan untuk menyelaraskan semula tenaga dalaman. Atau lepaskan segala tekanan dengan Mystical Ocean & Earth Massage, gabungan lumpur marin dan batu panas yang menenangkan otot-otot tegang.

Bagi pengalaman klasik, cuba Urut Melayu Tradisional atau Hot Stone Massage yang terbukti memberi kelegaan.

Sebelum memulakan aktiviti spa, anda juga boleh menjelajah rimba menerusi jungle walk bersama naturalis bertauliah UNESCO, atau berkayak ke pantai tersembunyi untuk berkelah di syurga tropika.

The St. Regis Kuala Lumpur

Di Iridium Spa, self-care bukan sekadar rutin tetapi ia satu bentuk seni. Berlatarbelakangkan keindahan Perdana Botanical Gardens, spa ini menggabungkan ritual mewah dengan rawatan berfokus hasil.

Legakan otot tegang dengan Revival Touch Massage atau Summer Serenity Express. Mahu lebih eksklusif? Tempah The Art of Wellness, satu pakej lengkap termasuk urutan khas, menu vegetarian dan daftar keluar lewat untuk kamu betul-betul 'recharge' sepanjang hari.


The St. Regis Langkawi

Self-care di The St. Regis Langkawi adalah pengalaman yang menyeluruh yang dipandu oleh alam, diperhalusi dengan sentuhan elegan.

Menghadap Laut Andaman dan diselimuti kehijauan hutan hujan, The St. Regis Spa menawarkan rawatan pemulihan seperti Lang Mary Treatment, skrub detoks diinspirasikan daripada herba tempatan, dan Sound Bath Opulence, pengalaman meditasi menggunakan kuasa getaran bunyi yang menenangkan minda serta tubuh.

Perhentian Marriott Resort & Spa

Diiktiraf sebagai spa hotel terbaik No.2 di Asia Tenggara oleh Travel + Leisure, resort ini adalah destinasi terbaik untuk melarikan diri dari rutin.

Terletak betul-betul di tepi pantai, Qi Forest Spa & Wellness menggabungkan teknik tradisional dan ritual moden seperti mandian Mandi Bunga yang dipenuhi bunga tropika, serta Qi Forest Signature Massage yang dimulakan dan ditutup dengan getaran mangkuk nyanyian Tibet.

Kulit kusam? Rawatan Elemis Pro-Glow Smooth Facial akan memulihkan tekstur kulit dan mengurangkan garis halus.

Anda juga boleh sertai yoga menghadap Laut China Selatan, berendam dengan minyak terapi atau mencuba aktiviti batik painting. Semua ini diiringi bunyi ombak dan kesunyian hutan sekeliling.


The Westin Langkawi Resort & Spa

Terletak di antara laut dan hutan, spa yang memenangi anugerah di sini, Heavenly Spa menyatukan elemen tradisional dan ketenangan alam.

Rawatan seperti Urutan Malaysia dan Sonic Serenity Fusion membantu mengembalikan keseimbangan dalaman.

Bagi anda yang sukakan healing secara aktif, cuba aktiviti Mindful Movement seperti yoga matahari terbit, aerobik air atau jalan-jalan dalam alam semula jadi.

Nak lebih mendalam? Sertai sesi bersama Yoga Master yang mengajar pernafasan, penjajaran tubuh dan penyembuhan dalaman.

The Westin Desaru Coast Resort

Tidur adalah kemewahan utama di sini. Dengan rawatan Sleep Well, mandian hidroterapi, katil Heavenly Bed eksklusif dan menu bantal, semuanya direka untuk tidur lena yang menyegarkan.

Heavenly Spa by Westin juga menawarkan terapi berasaskan elemen laut dan ruang meditatif yang menenangkan tubuh dan minda.

Nikmati juga pengalaman spa bermusim yang dicipta untuk pasangan, rakan-rakan atau keluarga. Di sini, setiap saat terasa seperti satu helaan nafas yang memulihkan jiwa.

Tidak kira di mana anda berada, sama ada dalam jubah spa atau sedang berendam dalam bunga-bungaan, hotel dan resort Marriott Bonvoy ini membuktikan bahawa self-care bukanlah satu kemewahan kosong. Ia satu keperluan.

Jadi, jangan tunggu lagi. Tempah urutan, hirup teh halia dan biarkan tekanan cair seperti lilin dalam bilik batu panas. Self-love escape anda sedang menanti. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments