30 Jun 2018

,

PELBAGAI jenis karektor seorang ketua yang ada dalam dunia ini. Menjawat jawatan sebagai seorang ketua sinonim dilabel dengan gelaran bos yang hanya pandai mengarah, bos yang ‘kejap ada, kejap tiada’, bos yang emosi, bos yang ‘sempurna’ dan ego. 

Justeru anda sebagai pekerja bagaimana anda cuba untuk menanganinya? Adakah cukup dengan menurut sahaja atau pun berani bersuara menegakkan kebenaran? Realiti alam pekerjaan ini cuba ditonjolkan RTM menerusi sebuah drama bersiri Korea, My Horrible Boss yang sedang bersiaran mulai 12 Jun yang lalu, setiap Isnin hingga Selasa, pukul 8.30 malam di TV2. 

Berpewatakan emosional dengan latar kehidupan peribadi yang penuh duka kerana mengalami tiga kali penceraian, Ok Da-jung (Lee Yo Won) dilantik menjadi pengarah termuda dalam syarikat kosmetik terkenal Korea, Golden Chemical. 

Da-Jung menjadi kebanggaan syarikat meskipun kalangan pekerja bawahannya kurang menyenangi sikapnya yang panas baran. 

Sementara itu, pemuda pendiam bernama Nam Jung-ki (Yoon Sang Hyun) yang juga bekerja di Golden Chemical, dikenali dengan sikapnya yang menyenangkan dalam melakukan berbagai tugas syarikat, termasuk meningkat presentasi syarikat dengan sempurna. 

Ketenangan itu ternyata membuahkan kejayaan, salah satunya apabila syarikat mereka berjaya melancarkan produk serum herbal terbaru.


 


Demi memastikan projek tersebut berhasil, Jung-ki diminta bekerjasama dengan ketua baru yang tidak diketahui watak dan cara kerjanya. Ketika dalam perjalanan menuju ke pejabat untuk menemui bos barunya itu, Jung-ki mengalami sesuatu tak terduga sehingga membuatnya datang lambat. 

Apa yang terjadi kemudiannya, Jung-ki terkejut apabila mengetahui siapakah gerangan bos barunya itu. Bos yang dimaksudkan adalah Da-jung. Sedangkan bagi Da-jung, kelewatan itulah yang membuatnya membenci Jung-ki.

Bermula dari pertemuan awal yang buruk, seterusnya Da-Jung enggan bekerjasama dengan Jung-Ki kerana beranggapan bukanlah rakan yang sepadan dengannya untuk merealisasikan tugasan tersebut. Tak berhenti di situ sahaja, situasi semakin rumit setelah Jung-ki menyedari Da-jung merupakan jiran sebelah rumahnya. 

Kenyataan itu membuatkan kehidupan Jung-Ki semakin tertekan, baik di pejabat mahu pun di rumah. Tambahan pula Jung-Ki terpaksa menyara adik kandungnya, Nam Bong-gi (Chansung) yang menganggur dan selalu menyusahkannya. Bong-gi sebenarnya cukup bijak kerana mampu belajar dari pengalaman.

Sayangnya, dia tidak mampu bertahan dalam sesebuah perusahaan lebih dari tiga bulan. Ini disebabkan keangkuhan Bong-gi; tabiat yang berlawanan dengan abangnya. 



Drama My Horibble Boss
Bahasa: Korea
Episod: 24   
Hari: Isnin & Selasa
Masa: 8.30 
Saluran: TV2  
Pelakon: Lee Yo Won, Yoon Sang Hyun


[KREDIT: RTM]

29 Jun 2018

,

SEGALANYA tentang aktiviti dan sukan yang berkaitan roda dalam sebuah program travelog terbaharu, Dunia Roda menemui penonton setia saluran RTM mulai 30 Jun ini, setiap Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi TV Okey (Astro 109).

Menampilkan hos Nadia Hasnan, 13 episod program ini berkongsi antara jenis aktiviti dan sukan yang berkaitan sukan bermotor, sukan berbasikal, kereta mainan dan kawalan jauh serta peminat kereta atau motor klasik. 

Pengacara akan menyertai individu atau kumpulan terbabit ke sesuatu lokasi dan merasai sendiri pengalaman serta pengendalian kenderaan tersebut. Ia juga melibatkan sesi wawancara dengan individu terbabit untuk berkongsi pengalaman penglibatan mereka.

Episod pengenalan menampilkan topik ‘Pacuan 4 Roda’ dengan berkunjung ke bengkel Kay Adventure berkongsi tentang persiapan yang dilakukan sebelum memulakan sesuatu ekspedisi. Beliau juga menerangkan tentang konsep serta saranan pengubahsuaian yang dilakukan terhadap sesebuah kenderaan pacuan 4 roda. 

Nadia bersama pasukan 4X4 melalui jalan ‘offroad’ sejauh 15km. Beliau berpeluang memandu sendiri kenderaan tersebut merentasi sungai dan trek berlumpur. Kenderaan yang tersangkut juga perlu melakukan proses ‘winching’ untuk mengatasi masalah tersebut. 

Motor Honda Cub merupakan antara model yang terlaris jualannya di seluruh dunia. Nadia berkunjung ke Ipoh untuk mengenali lebih dekat tentang dunia Honda Cub. 

Nadia menemu ramah pemilik bengkel ubahsuai motor Honda Cub di Ipoh yang sudah mengubahsuai lebih 60 buah Honda Cub model C70, bertemu pengumpul koleksi Honda Cub termasuk model C70 seawal tahun 1978 dan merasai pengalaman berkonvoi bersama dengan ‘Kelab Ipoh Street Cub’ yang menampilkan pelbagai jenis motor yang diubahsuai berdasarkan kepada kreativiti masing-masing.

Dalam topik ‘Motosikal Lasak’ yang semakin berkembang maju di Malaysia, Nadia berkunjung ke bengkel AXE Motorworks berkongsi maklumat berkaitan dengan sukan tersebut yang pernah memenangi beberapa kejuaraan. 

Nadia berkesempatan ke litar / trek motosikal lasak dan melihat sendiri satu pertandingan yang dijalankan. Beliau berpeluang menemu bual beberapa orang pelumba motosikal lasak yang berkongsi pengalaman mereka sepanjang penglibatan mereka dalam sukan tersebut. 

Diteruskan dalam topik ‘Basikal’ pula Nadia menunggang basikal jenis ‘mountain bike’ berada di kawasan berbukit bersama Kelab KMPB untuk mencuba pengalaman mengayuh basikal jenis tersebut. 

Ahli kelab berkongsi maklumat tentang sukan MTB ini berkaitan ciri-ciri basikal, kesesuaian, persediaan dan penggunaan gear yang betul. Nadia berpeluang merasai aktiviti ‘kayuhan malam’ bersama ahli ‘Kuantan Foldies Bike Club’ yang menggunakan basikal lipat. Ia menjadi semakin popular memandangkan jenis basikal tersebut mudah dibawa bersama dengan kereta berdasarkan fungsinya boleh dilipat bagi mendapatkan saiz yang lebih kecil.



Tambah menarik Nadia berkunjung ke sebuah bengkel motor Vespa yang dikenali sebagai Vespa Empire dan berkongsi pelbagai maklumat termasuk sejarah Vespa serta penglibatannya. Nadia juga berkunjung ke sebuah kafe berkonsepkan ‘vintage’ iaitu Abah & SonsCo. 

Antara barangan ‘vintage’ yang dipamerkan di kafe tersebut ialah beberapa buah motor Vespa serta aksesorinya. Nadia cuba belajar menunggang Vespa yang diakuinya agak sukar untuk mengendalikannya. Beliau kemudiannya berkonvoi ke Dataran Merdeka untuk perjumpaan Vespa dengan fesyen pakaian ‘vintage’ yang tersendiri.

Saksikan juga kunjungan Nadia ke ATV Adventure Park Larut, Taiping, Perak mengupas lanjut topik ATV. Nadia berkongsi maklumat tentang cara penggunaan dan faktor keselamatan. Di sana Nadia berpeluang untuk memandu sendiri ATV dengan bantuan jurulatih di kawasan persekitaran untuk mendapat pengalaman pertama. 

Ikuti perkongsian pengalaman Nadia dalam episod lain antaranya tentang go-kart, kereta mini, ladies bikers, Pocket Bike, dan buggy.

Akhir sekali topik istimewa iaitu ‘Proton’ dikupas oleh Nadia. Proton menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia di mana Proton Saga merupakan model kereta nasional pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985. 

Proton Saga mencipta sejarah sebagai model kereta paling lama tempoh pengeluarannya. Nadia melawat ke Galeri Pameran Proton berkongsi maklumat seperti sejarah dan perkembangan Proton. Nadia juga berpeluang menemui pemenang peraduan ‘Pemilik Proton Paling Lama’ yang masih menggunakan kereta Proton Saga yang dibeli mereka pada tahun 1985. 

Di akhir rancangan, Nadia bertemu dengan sekumpulan individu yang mempunyai kereta Proton Saga dan berpeluang berkonvoi bersama mereka.



Travelog Dunia Roda
Episod: 13    
Hari: Setiap Sabtu
Masa: 2.00 Petang 
Saluran: TV Okey
Terbitan: RTM  
Pengacara: Nadia Hasnan


[KREDIT: RTM]
,

PROJECTOR BAND yang lebih dikenali dengan genre band rock telah ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Band ini dianggotai oleh 5 orang anak muda yang terdiri daripada Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad  Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai pemain drum. 

Pada awal kemunculan mereka, Projector Band telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk Sudah Ku Tahu yang diilhamkan oleh Razif, pemain gitar utama dalam band ini. Lagu pertama mereka telah menjadi viral di media sosial dan menjadi fenomena yang besar dalam industri muzik tempatan. 

Lagu ini juga telah berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan memenangi tempat ke-3 pada malam tersebut. Mereka juga berjaya dalam merangkul anugerah tontonan muzik video paling tertinggi di Youtube.

Mereka juga pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM22), Lagu Terbaik dan Lagu Paling Emo di Anugerah Digital ERA 2016 (DMA), Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Bintang Popular 2017 (ABPBH 3.0), Artis Baru Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Meletop ERA 2017 (AME), Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik  2017 (APM).

Mereka terus bertahan dalam industri muzik tempatan dengan empat lagi single yang bertajuk Pasti Ada Kamu, Aisyah, Meskipun Kay tahu, dan Percaya Hati, lagu duet pertama bersama Eka Sharif, bekas peserta Akademi Fantasia 9. 

Setelah hampir 3 tahun mencipta nama di dalam industri muzik tanah air, Projector Band telah mendapat peluang untuk mengadakan konsert pertama mereka anjuran JW Live Productions Sdn Bhd bertempat di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur. 

Konsert ini akan diadakan pada 28 Julai 2018 bersamaan dengan hari Sabtu pada pukul 6.00 malam (satu jam). Di konsert ini juga, mereka akan mempersembahkan single terbaru mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun ini yang bertajuk Setia Menantiku

Pelancaran tiket konsert akan diadakan pada 30 Jun 2018 di Quill City Mall, Kuala Lumpur, Ticketing Hub (Ground Floor) pada pukul 4 petang. Projector Band akan membuat penampilan khas pada hari tersebut dan membuat persembahan. Sesiapa yang hadir berpeluang untuk bergambar dan beramah mesra bersama mereka. 

Tiket boleh didapati di Ticket Charge Quill City Mall, Kuala Lumpur atau di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP).  

Antara yang terawal membeli tiket akan mendapat Album Projector Band secara percuma (stok adalah terhad). Kami berharap konsert ini akan mendapat sambutan yang hangat dan meriah dari peminat-peminat muzik tanah air. 


[KREDIT: Projector  Band]
,

KESALAHAN di atas jalan raya seperti mengantuk dan letih ketika memandu, memandu sambil menggunakan telefon juga memandu dengan laju seringkali berlaku dalam kehidupan kita samaada kita sedar atau tidak

Begitu juga dengan kesalahan yang lebih berat seperti memandu secara melulu dan sikap tidak sabar, terlibat dalam lumba haram, memandu di bawah pengaruh alkohol, juga tabiat melanggar lampu merah juga adakalanya diambil mudah. 

Bertindak untuk menyuntik kesedaran orang ramai, RTM menyiarkan program majalah terbaharu bertemakan keselamatan jalan raya bertajuk X-Sikap mulai 29 Jun ini, setiap Jumaat, pukul 9.30 malam di TV1. 

Menampilkan Hos Qazem Nor, program 13 episod ini mengupas tentang sikap berkaitan dengan keselamatan jalan raya dipaparkan melalui sesi temu ramah serta tips dan nasihat yang berguna sebagai panduan.

Memulakan episod dengan isu ‘lumba haram’ yang menemu ramah Mohd Aswat Abdullah, bekas ‘kaki rempit’. Beliau berkongsi sejarah pembabitannya dalam aktiviti lumba haram sejak beliau berusia 20 tahun. 

Kemalangan yang dialami telah menyedarkannya bahawa semuanya sudah terlambat kerana kaki beliau mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan ketika berlumba haram. 

Sesi temu ramah diadakan bersama DSP Goh Lee Shen dari IPD Shah Alam yang mengulas tentang lumba haram yang merupakan satu bentuk gejala sosial yang perlu diatasi. 

Episod seterusnya membincangkan isu ‘mengantuk dan letih ketika memandu’ dengan menemui bual Abdul Halim Mohd Zaki dan isterinya sudi untuk berkongsi pengalaman mereka yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Karak beberapa tahun lepas. 

Beliau bersikap degil untuk terus memandu walaupun isteri telah mencadangkannya untuk menangguhkan perjalanan mereka. En. Abdul Halim mengalami patah kaki dan tulang rusuk serta koma beberapa hari. 

Qazem Nor berbincang dengan mangsa tentang sikap pemandu tentang isu ‘penyelenggaraan kenderaan’ yang boleh mendatangkan kesan yang buruk sekiranya kita mengambil mudah aspek tersebut. 

Antara mangsa kes ini ialah Mohd Aswat Abdullah yang lalai dan mengambil mudah berkaitan isu brek keretanya walaupun sudah diingatkan oleh isterinya. Beliau mengalami kemalangan apabila brek keretanya tidak berfungsi dengan sempurna dan terperosok di bawah sebuah lori di Cameron Highland. 

Beliau mengalami kecederaan yang serius di mana tempurung kepalanya retak, menjadi trauma selama 5 tahun sehingga tidak memandu kenderaan sehingga saat ini. 

Kes memandu di bawah pengaruh alkohol merupakan isu yang dibincangkan dalam episod berikutnya. Puan Yana Tioh berkongsi pengalaman tentang kemalangan yang menimpa suaminya di mana kereta yang dipandu melanggar pengadang jalan. 

Beliau berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku dan menyebabkannya koma selama setahun. Puan Yana terpaksa menjual rumah bagi menampung kos perubatan selama suaminya dirawat di hospital. 

Ada juga kes tentang sikap pemandu ‘memandu dengan laju’ yang boleh mendatangkan kesan yang buruk sekiranya kita mengambil mudah aspek tersebut. 

Antara mangsa kes ini ialah Mohammad Zamzum yang terlibat dengan kemalangan akibat sikapnya menunggang motosikal dengan laju dan tidak sabar sehingga terlanggar sebuah topi keledar yang terjatuh di atas jalan raya. 

Isterinya terpaksa berkorban menjaganya di hospital akibat patah tangan dan sehingga sekarang pergerakan tangannya terhad akibat bentuk tangan yang bengkok dan melengkung. 

Lain-lain isu yang dibincangkan seperti keburukan dan kes memandu sambil menggunakan telefon, isu tekanan perasaan yang boleh mendatangkan kesan buruk sekiranya kita mengambil mudah aspek tersebut.

Tentang sikap pemandu yang suka mengekori kereta dengan jarak yang rapat, memandu secara melulu dan sikap tidak sabra, tabiat melanggar lampu merah, sikap pemandu wanita tentang isu bersolek ketika memandu, membawa lebih muatan dan banyak lagi. 



Program X-Sikap
Episod: 13    
Hari: Setiap Jumaat
Masa: 9.30 Malam 
Saluran: TV1 
Terbitan: RTM  
Pengacara: Qazem Nor

[KREDIT: RTM]

28 Jun 2018

,

BASED on the book with the same title, Eiffel I'm in Love tells the story about a teenage girl, Tita, who led a perfect life. she had a lovely family, a patient boyfriend and 2 best friends who are always by her side. 

However, her mother was overly protective towards her and she is not allowed to go out. Her life completely changes when her parents good friend and his son, Adith, came from France to stay with them. 



Tita was supposed to pick both of them from the airport. However, she waited at the wrong terminal and only realized that when Adith accidentally bumped into her and asked her whether she was the one who supposed to picked him and his father up. 

Adith was very cold to Tita from the start, however, her parents saw him as a reliable man and trust him to take care of their daughter. Things became worse when Adith told Tita that their parents were planning to match make them.



[CREDIT: GSC MOVIES]
,

BRANYO merupakan tarian Portugis yang didedahkan sewaktu pendudukan Portugis. Ia disesuaiakn mengikut budaya Melayu pada waktu itu. Lama kelamaan tarian ini diubah kepada tarian joget yang diketahui oleh masyarakat Malaysia sekarang. 

Tarian ini telah melalui evolusi di mana perjalanannya kepada tarian joget dan  sejarah tarian ini.


SINOPSIS

Langgang Branyo adalah gabungan daripada perkataan 'Gelanggang' dan 'Branyo'. Ia diinspirasikan daripada evolusi Tarian Joget dari zaman dahulu sehinggalah zaman sekarang. 

Tujuan utama Langgang Branyo ini diadakan adalah untuk mengenalpasti bila dan dimanakah joget ini bermula pada asalnya. Pada masa yang sama, persembahan ini akan diselitkan dengan budaya, stail sekaligus dengan busana yang digunakan mengikut era perkembangan nya yang tersendiri.


Fakulti Pengurus Aswara akan menjayakan sebuah persembahan baharu yang bertajuk Langgang Branyo  pada 29 & 30 Jun ini di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  

Ia bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat Malaysia supaya menghargai seni  budaya negara dan menjadikan tradisi sebagai satu lambing jati diri masyarakat Malaysia dengan mempelajari evolusi tari joget dari zaman ke zaman.

Acara ini menyaksikan kerjasama dengan penggiat tari yang aktif dalam pelbagai seni tarian iaitu JKKN. Jalinan kerjasama ini sekaligus menawarkan naratif dan perspektif baharu mengenai kisah rakyat Malaysia.

Langgang Branyo juga bertujuan mendedahkan kepada masyarakat tentang jenis-jenis tarian joget yang wujud di Malaysia, selain memantapkan usaha dalam memulihara seni dan warisan bangsa serta menambahkan pengetahuan tentang seni dan budaya warisan negara Malaysia.


[KREDIT: Aswara]
,

BERIKANLAH watak apa sahaja pasti pelakon cantik Rita Rudaini cuba menghayatinya dengan baik sekaligus meninggalkan kesan di hati penonton. 

Dia pernah berlakon drama sedih yang memerlukannya berendam air mata. Dia juga pernah membintangi drama komedi yang membuatkan penonton tak kering gusi dengan karektor lawaknya. 

Begitu pun menerusi telefilem terbaharu bertajuk Akak Mekanik yang bakal disiarkan RTM mengisi slot Citra di TV2 pada 29 Jun ini, pukul 9.30 malam, peminat Rita berpeluang menyaksikannya melakonkan watak berbeza iaitu sebagai mekanik wanita.    

Selain Rita Rudaini, telefilem genre komedi romantik ini turut menampilkan pelakon Amar Ashraf, Jaslin Puasa, Sheila Mambo dan Jaafar Onn. 




Mengangkat kisah pencarian cinta hati seorang gadis pada seorang lelaki berdasarkan kenangan ‘cinta monyet’ zaman sekolah, plot ceritanya bermula dengan watak utama iaitu Qaira berkenalan dengan Alief apabila membantu beliau membaiki kereta Alief yang rosak di tepi jalan. 

Pertemuan tanpa sengaja itu membuka peluang kepada mereka melanjutkan lagi perkenalan yang baru bermula. Kebetulan Alief sedang mencari mekanik untuk bekerja di bengkel miliknya. Setelah meneliti sijil kemahiran Qaira, Alief menawarkan Qaira bekerja sebagai mekanik di bengkelnya.  

Pada masa sama Qaira gembira dengan tawaran tersebut walaupun pada awalnya kurang dipersetujui oleh ibunya, Mak Ton. Mak Ton pula beria mahu menjodohkan Qaira dengan Ismail, jodoh yang dipilih untuk anaknya itu.




Ketika Qaira mula rapat dengan Alief, Ismail terbaca diari Qaira yang sukakan seorang pelajar bernama Ismail, semasa mereka bersekolah rendah. Dia mula memikirkan strategi untuk membuatkan Qaira menerimanya walau dengan apa cara sekalipun.

Kemuncaknya bila Ismail menyamar sebagai ‘Ismail’ idaman Qaira. Akhirnya dia berjaya meyakinkan Qaira berdasarkan maklumat yang curi-curi diperolehinya dari diari milik Qaira. Namun takdir menentukan sebaliknya bila tembelang Ismail terbongkar apabila Qaira melihat kad pengenalan Ismail yang mengesahkan mereka berbeza umur. 

Ketika itu Qaira mula sedar dirinya tertipu dengan tembelang Ismail selama ini. Qaira kembali mencari Alief untuk meminta maaf atas sikap dinginnya dan mendapati Alief adalah orang yang dicarinya selama ini dengan nama penuhnya, Alief Ismail.



Telemovie Akak Mekanik
Tarikh Tayangan: 29 June 2018
Hari: Jumaat
Masa: 9.30 Malam
Saluran: TV2
Pelakon: Rita Rudani, Amar Ashraf, Jaslin Puasa, Sheila Mambo, Jaafar Onn


[KREDIT: RTM]

27 Jun 2018

,

PERUBATAN dan rawatan tradisional Melayu merupakan cabang ilmu perubatan yang menjadi tradisi turun-temurun sejak beberapa abad yang lalu. Namun, disebabkan kepesatan teknologi yang semakin canggih, petua yang diturunkan oleh nenek moyang kita semakin dilupakan. 

tonton, sebuah platform OTT di Malaysia, membawakan Petua Nenek untuk tatapan 8.1 juta penggunanya dalam mempelajari perubatan tradisional sambil berhibur dengan jalan cerita yang mencuit hati ini.

Drama komedi melayu baru, Petua Nenek disiarkan eksklusif di tonton mulai 15 Jun 2018 ini dalam format definisi tinggi (HD), menampilkan plot yang berbeza dan lebih menarik. Inilah masa untuk anda bergelak ketawa bersama keluarga menerusi tontonan kesemua 20 episod drama ini 4 bulan lebih awal dari tanyangan TV, menerusi slot saluran di tonton 'First'.

Qaseh Arina seorang gadis kampung yang dibesarkan oleh Nek Embun tanpa mengenali kedua ibu bapanya. Nek Embun merupakan seorang bidan terkenal di kampung dan menyimpan beribu jenis petua yang diamalkan hasil peninggalan turun temurun. 

Qaseh Arina begitu teruja dengan hasil penggunaan ubatan traditional membuatkan dia menulis kesemua petua tersebut di dalam sebuah buku. 

Qaseh yang meningkat dewasa menanam hasrat untuk berkahwin muda seperti Nek Embun. Penghijrahan Qaseh ke kota raya untuk menyambung pengajiannya di Universiti Kuala Lumpur menemukan dia dengan kekasih hatinya, Nash. 

Nash, seorang jejaka kota sama sekali tidak percaya akan petua orang tua yang dianggap ketinggalan zaman. Pelbagai aksi mencuit hati diantara Qaseh dan Nash dalam mempraktikkan petua nenek yang pasti membuatkan penonton tidak kering gusi. 

Drama tidak terhenti disitu apabila Afifah ibu kandung Qaseh telah muncul untuk bertemu dengannya. Afifah datang dan merungkai seribu persoalan Qaseh mengenai kehilangan ibu bapanya sejak kecil. 

Menurut ibunya, bapa Qaseh telah meninggal dunia ketika dia masih dalam kandungan. Afifah yang jatuh cinta kepada seorang lelaki berbangsa Afrika telah menyerahkan Qaseh kepada Nek Embun untuk dibesarkan setelah percintaan mereka tidak mendapat restu. 

Menampilkan barisan bintang antaranya Adibah Yunus sebagai Qaseh Arina dan Raja Afiq sebagai Nash; selain turut disertai oleh Liza Abdullah serta Zaidi Omar; drama komedi ini mampu membuatkan anda pecah perut dengan pelbagai aksi melucukan menerusi tayangan 4 bulan lebih awal dari TV.

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,

"tonton meraikan 8.1 juta pelanggan keseluruhannya dengan menawarkan program terbaik untuk tatapan semua. Petua Nenek sebuah karya yang mampu membuatkan penonton bergelak ketawa sesuai dengan usaha tonton menjadi sebuah platform penstriman terbesar di Malaysia’’
Tambahnya lagi,

 "Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama komedi yang menjanjikan anda bergelak tawa menerusi kesemua 20 episod, 4 bulan lebih awal dari tayangan di TV dalam format definisi tinggi (HD), eksklusif di tonton.’’


Petua Nenek
Tayangan: Setiap Jumaat (bermula 15 June)
Deskripsi: Disiarkan empat bulan lebih awal daripada tayangan di TV3 
Durasi: 60 minit
Episod: 20
Produksi / Diterbitkan: A.Aida Production 
Pengarah: Along Kamaludin 
Penulis Skrip: Azlina Din & Azni Ishak
Pelakon: Raja Afiq, Adibah Yunus, Liza Abdullah, Zaidi Omar 




[KREDIT: Tonton]

26 Jun 2018

,

TINGGAL beberapa hari lagi dan khalayak di Kuala Lumpur akan menyaksikan konsert ulung Padi Reborn Exclusive Live In KL. 

Selain kumpulan Pitahati yang terkenal dengan lagu Sahabat akan membuka acara konsert yang dibawakan oleh Qew Communications Sdn Bhd ini, pihak penganjur juga turut berbesar hati mengundang dua lagi nama pemuzik yang bakal memeriahkan konsert tersebut.




Aizat Amdan yang kini popular dengan Sampai Ke Hari Tua akan muncul sebagai penyanyi undangan yang akan berduet dengan Padi Reborn. Buat penyanyi berusia 27 tahun ini, undangan ini merupakan sebuah penghargaan buat dirinya. 

Merupakan salah seorang peminat lagu-lagu Padi, Aizat mahu pun penganjur masih merahsiakan lagu yang bakal dipersembahkan oleh mereka. Ini merupakan salah satu unsur gimik yang bakal disaksikan dalam konsert yang akan berlangsung pada 30 Jun ini bermula 8 malam di KL Live Centre, Kuala Lumpur.



Manakala pemuzik cilik iaitu pemain drum, Amira Syahira juga dijemput oleh pihak penganjur untuk menambahkan lagi keriuhan konsert ini nanti. Amira merupakan salah seorang pemain drum yang kini mendapat perhatian khalayak kerana kebolehannya akan menunjukkan kehebatannya di malam itu nanti apabila bergabung dengan Yoyo Prasetyo yang merupakan antara pemain drum terbaik Nusantara dari Padi Reborn. 

Sudah tentunya untuk Amira yang kini berusia 15 tahun, ini merupakan sebuah platform yang baik untuk dirinya memperkembangkan bakat dan menonjolkan skil yang ada pada dirinya. 

Berita baik lagi buat peminat Padi Reborn yang belum mendapatkan tiket konsert ini. Pihak penganjur sangat prihatin dengan musim perayaan yang menuntut pelbagai komitmen. Oleh kerana itu, buytickets.com.my  dengan berbesar hati menawarkan harga promosi untuk para peminat Padi Reborn. 

Harga tiket platinum dijual pada harga RM169 manakala tiket Meet and Greet boleh didapati pada harga RM275. Manakala mereka yang membeli dua tiket platinum akan diberi harga promosi RM299 untuk sepasang tiket. Para pelajar yang berminat untuk menonton konsert ini pula boleh menghubungi pihak Qew Communications Sdn Bhd di talian 013-4626891 (Sha) dan 012-9545434 (Iza) untuk mendapat tiket pelajar pada harga RM130 dibawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) .




Malahan bagi tujuan promosi dan memeriahkan lagi suasana menunggu ketibaan hari konsert, pihak penganjur mendapat sokongan kumpulan-kumpulan tempatan yang muncul dalam acara SUNDAZE PRE PARTY OF PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL. Acara yang akan diadakan pada 24 Jun ini di The Bee Publika bermula 3 petang ini akan menyaksikan persembahan oleh kumpulan seperti SOG, Margosa, Kapow, Oceanlights dan Pesawat.    

Segala aktiviti dan promosi berkaitan konsert ini boleh didapati di http://www.facebook.com/padirebornexclusiveinkl, https://www.facebook.com/qewcomm atau Instagram https://www.instagram.com/padireborn_liveinkl 

PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL dianjurkan oleh Qew Communications Sdn Bhd

INFO
Tarikh: 30 Jun 2018 (Sabtu)
Masa: 8 malam
Lokasi: KL Live, Kuala Lumpur
Harga tiket: Harga promosi untuk 2 tiket platinum RM299
                              Harga tiket platinum RM 169 
                              Harga tiket pelajar RM130 (hanya di qewcomm dibawah program CSR)
Tiket: www.buytickets.com.my
Artis undangan:  Aizat Amdan, Amira Syahira dan Pitahati


[KREDIT: Qew Communications Sdn Bhd]

25 Jun 2018

,

ANTARA aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

(Kepada anda di luar sana yang mahu menghebahkan acara-acara yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel:  7klikseven@gmail.com)




[XTVT: RAKAMAN FINAL SPONTAN TEPI JALAN]




[TEATER: THE VENOM SEBUAH MUZIKAL]





[EVENT: KELANTAN MOTOFEST]




[SHOW: LANGGANG BRANYO]




[KONSERT: MATRIX AIDLFITRI FESTIVAL]




[XTVT: KARNIVAL PUSPANITA]




[SHOW: MUSIC AT ILHAM]





[XTVT: MAHABBAH IDUL FITRI]




[EVENT: PAMERAN SOLO MAISARAH LOOCAPTIVATING NYONYA SERIES]





[KONSERT: PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL]




[SHOW: GISELLE]