Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Keunikan tarian Portugis, Langgang Branyo


BRANYO merupakan tarian Portugis yang didedahkan sewaktu pendudukan Portugis. Ia disesuaiakn mengikut budaya Melayu pada waktu itu. Lama kelamaan tarian ini diubah kepada tarian joget yang diketahui oleh masyarakat Malaysia sekarang. 

Tarian ini telah melalui evolusi di mana perjalanannya kepada tarian joget dan  sejarah tarian ini.


SINOPSIS

Langgang Branyo adalah gabungan daripada perkataan 'Gelanggang' dan 'Branyo'. Ia diinspirasikan daripada evolusi Tarian Joget dari zaman dahulu sehinggalah zaman sekarang. 

Tujuan utama Langgang Branyo ini diadakan adalah untuk mengenalpasti bila dan dimanakah joget ini bermula pada asalnya. Pada masa yang sama, persembahan ini akan diselitkan dengan budaya, stail sekaligus dengan busana yang digunakan mengikut era perkembangan nya yang tersendiri.


Fakulti Pengurus Aswara akan menjayakan sebuah persembahan baharu yang bertajuk Langgang Branyo  pada 29 & 30 Jun ini di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  

Ia bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat Malaysia supaya menghargai seni  budaya negara dan menjadikan tradisi sebagai satu lambing jati diri masyarakat Malaysia dengan mempelajari evolusi tari joget dari zaman ke zaman.

Acara ini menyaksikan kerjasama dengan penggiat tari yang aktif dalam pelbagai seni tarian iaitu JKKN. Jalinan kerjasama ini sekaligus menawarkan naratif dan perspektif baharu mengenai kisah rakyat Malaysia.

Langgang Branyo juga bertujuan mendedahkan kepada masyarakat tentang jenis-jenis tarian joget yang wujud di Malaysia, selain memantapkan usaha dalam memulihara seni dan warisan bangsa serta menambahkan pengetahuan tentang seni dan budaya warisan negara Malaysia.


[KREDIT: Aswara]

Post a Comment

0 Comments