27 Jun 2018

PETUA NENEK, PANDUAN TURUN-TUMURUN


PERUBATAN dan rawatan tradisional Melayu merupakan cabang ilmu perubatan yang menjadi tradisi turun-temurun sejak beberapa abad yang lalu. Namun, disebabkan kepesatan teknologi yang semakin canggih, petua yang diturunkan oleh nenek moyang kita semakin dilupakan. 

tonton, sebuah platform OTT di Malaysia, membawakan Petua Nenek untuk tatapan 8.1 juta penggunanya dalam mempelajari perubatan tradisional sambil berhibur dengan jalan cerita yang mencuit hati ini.

Drama komedi melayu baru, Petua Nenek disiarkan eksklusif di tonton mulai 15 Jun 2018 ini dalam format definisi tinggi (HD), menampilkan plot yang berbeza dan lebih menarik. Inilah masa untuk anda bergelak ketawa bersama keluarga menerusi tontonan kesemua 20 episod drama ini 4 bulan lebih awal dari tanyangan TV, menerusi slot saluran di tonton 'First'.

Qaseh Arina seorang gadis kampung yang dibesarkan oleh Nek Embun tanpa mengenali kedua ibu bapanya. Nek Embun merupakan seorang bidan terkenal di kampung dan menyimpan beribu jenis petua yang diamalkan hasil peninggalan turun temurun. 

Qaseh Arina begitu teruja dengan hasil penggunaan ubatan traditional membuatkan dia menulis kesemua petua tersebut di dalam sebuah buku. 

Qaseh yang meningkat dewasa menanam hasrat untuk berkahwin muda seperti Nek Embun. Penghijrahan Qaseh ke kota raya untuk menyambung pengajiannya di Universiti Kuala Lumpur menemukan dia dengan kekasih hatinya, Nash. 

Nash, seorang jejaka kota sama sekali tidak percaya akan petua orang tua yang dianggap ketinggalan zaman. Pelbagai aksi mencuit hati diantara Qaseh dan Nash dalam mempraktikkan petua nenek yang pasti membuatkan penonton tidak kering gusi. 

Drama tidak terhenti disitu apabila Afifah ibu kandung Qaseh telah muncul untuk bertemu dengannya. Afifah datang dan merungkai seribu persoalan Qaseh mengenai kehilangan ibu bapanya sejak kecil. 

Menurut ibunya, bapa Qaseh telah meninggal dunia ketika dia masih dalam kandungan. Afifah yang jatuh cinta kepada seorang lelaki berbangsa Afrika telah menyerahkan Qaseh kepada Nek Embun untuk dibesarkan setelah percintaan mereka tidak mendapat restu. 

Menampilkan barisan bintang antaranya Adibah Yunus sebagai Qaseh Arina dan Raja Afiq sebagai Nash; selain turut disertai oleh Liza Abdullah serta Zaidi Omar; drama komedi ini mampu membuatkan anda pecah perut dengan pelbagai aksi melucukan menerusi tayangan 4 bulan lebih awal dari TV.

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,

"tonton meraikan 8.1 juta pelanggan keseluruhannya dengan menawarkan program terbaik untuk tatapan semua. Petua Nenek sebuah karya yang mampu membuatkan penonton bergelak ketawa sesuai dengan usaha tonton menjadi sebuah platform penstriman terbesar di Malaysia’’
Tambahnya lagi,

 "Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama komedi yang menjanjikan anda bergelak tawa menerusi kesemua 20 episod, 4 bulan lebih awal dari tayangan di TV dalam format definisi tinggi (HD), eksklusif di tonton.’’


Petua Nenek
Tayangan: Setiap Jumaat (bermula 15 June)
Deskripsi: Disiarkan empat bulan lebih awal daripada tayangan di TV3 
Durasi: 60 minit
Episod: 20
Produksi / Diterbitkan: A.Aida Production 
Pengarah: Along Kamaludin 
Penulis Skrip: Azlina Din & Azni Ishak
Pelakon: Raja Afiq, Adibah Yunus, Liza Abdullah, Zaidi Omar 




[KREDIT: Tonton]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan