RAMADAN sering mencipta momen istimewa dalam mengeratkan hubungan silaturrahim saat menikmati hidangan berbuka puasa bersama di meja makan.
Mahu memberi lebih makna kepada detik ini, Element Kuala Lumpur memperkenalkan Bufet Makan Malam Tradisi Kita di TRACE Restaurant, satu pengalaman menjamu selera yang mengangkat kekayaan warisan kulinari Malaysia serta nilai tradisi yang terus hidup merentas generasi.
Terletak di aras 40, TRACE Restaurant menawarkan suasana menjamu selera yang tersendiri dengan pemandangan panoramik bandar Kuala Lumpur sebagai latar. Lokasinya yang tinggi dan tenang menjadikan ia pilihan sesuai untuk pertemuan bersama keluarga, insan tersayang, mahupun rakan sekerja sepanjang bulan ini.
Bufet Makan Malam Tradisi Kita ini hadir sebagai usaha memperkenalkan semula keindahan masakan tradisional tempatan, terutamanya kepada generasi muda.
Setiap hidangan dipilih dengan teliti untuk mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia, menghimpunkan resipi klasik yang telah lama menjadi sebahagian daripada memori kolektif masyarakat.
Baik hidangan yang sering dinikmati di meja makan keluarga hinggalah kepada rasa nostalgia yang mengingatkan tentang kampung halaman.
Hidangan Klasik dengan Sentuhan Nostalgia
Antara sajian yang menjadi tumpuan termasuk Gulai Daging Rias Pisang yang dimasak perlahan selama beberapa jam bagi menghasilkan rasa yang lebih mendalam, Udang Goreng Mentega Telur Masin, Tauhu Sumbat Bakar serta Ubi Kayu Kukus yang dihidangkan bersama Sambal Ikan Bilis.
Turut melengkapkan pilihan ialah Nasi Ayam Hainan yang disediakan berdasarkan resipi keluarga turun-temurun, serta Pani Puri, snek jalanan popular dari India yang menambah kepelbagaian rasa dalam hidangan bufet ini.
Untuk pencinta sup, pilihan Sup Tiga Sekawan menampilkan Sup Tulang, Sup Merah Lamb Shank dan Sup Ayam Mamak, semuanya dimasak sempurna untuk menghasilkan rasa yang kaya dan menghangatkan.
Bagi hidangan utama, tetamu boleh menikmati pelbagai sajian yang menggabungkan cita rasa tempatan dan antarabangsa, termasuk Herb-Crusted Black Angus Beef Striploin bersalut herba, salmon bakar ala Portugis dengan sos sambal pedas manis, serta Roasted Lamb Mandi Rice.
Hidangan manis seperti Onde-Onde dan pelbagai jenis pencuci mulut tradisional Malaysia menanti di penghujung bufet, dilengkapi Air Balang dengan variasi minuman tempatan.

 |
| Hidangan tradisional disajikan dengan sentuhan moden, memikat selera dan menyulam nostalgia |
Setiap hidangan membawa identiti tersendiri yang dekat dengan selera tempatan, memikat deria rasa dan menambah kehangatan pada momen berbuka yang penuh makna.
Momen berbuka puasa di TRACE Restaurant bukan sekadar santapan biasa, tetapi juga peluang untuk mengukir kenangan, menyulam kehangatan silaturrahim, dan menyelami keunikan rasa tradisi Malaysia dalam suasana moden yang eksklusif.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments