Dunia Siti Nurhaliza Kini Lebih Dekat Dengan AFFIN LuminouSITI Visa Debit Card

Siti Nurhaliza bersama replika AFFIN LuminouSITI Visa Debit Card

DUNIA muzik dan gaya hidup Biduanita Negara Datuk Sri Siti Nurhaliza kini dibawa lebih dekat kepada peminat menerusi satu kerjasama baharu bersama AFFIN Group.

Bukan sekadar berkait dengan urusan perbankan harian, AFFIN LuminouSITI Visa Debit Card menggabungkan kemudahan tersebut dengan beberapa keistimewaan yang diinspirasikan daripada dunia penyanyi tersohor berkenaan.

Kad debit gaya hidup itu diperkenalkan AFFIN sebagai sebahagian daripada usaha menghubungkan perbankan dengan minat dan rutin seharian pelanggan, selain mengetengahkan elemen yang dekat dengan perjalanan Siti sebagai penyanyi, usahawan, ibu dan figura budaya.

Antara keistimewaan yang ditawarkan termasuk pengecualian yuran tahunan kad debit untuk sepanjang hayat serta promosi Visa yang membolehkan pemegang kad mengumpul mata untuk ditebus dengan barangan terpilih dan tiket konsert.

Pelanggan yang membuka akaun AFFIN LuminouSITI SA/-i di Menara AFFIN @ TRX dari 23 hingga 25 September 2026 pula berpeluang menerima salah satu daripada 1,000 palet solekan SimplySiti eksklusif yang disediakan untuk kempen tersebut.

Pemegang kad turut boleh mendapatkan diskaun 20 peratus (%) bagi tiket konsert Gema Bumantara yang menampilkan Siti pada 17 Oktober 2026 di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, selain potongan 20%untuk produk terpilih SimplySiti dan AFIYA. Lebih banyak keistimewaan turut akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah, menjelaskan bahawa kerjasama ini membawa elemen daripada dunia Siti ke dalam kehidupan seharian pelanggan, merangkumi muzik, kecantikan, beli-belah, pelancongan dan sajian.


Pendekatan tersebut turut berkait dengan tema ‘Dunia Penuh Pesona’, yang memberi gambaran tentang pilihan peribadi dan perkara kegemaran Siti berdasarkan perjalanan kerjayanya sebagai seorang artis, usahawan, ibu serta ikon budaya.

Dunia LuminouSITI

Bagi Siti, kerjasama ini menjadi satu lagi pencapaian dalam perjalanan kerjayanya, khususnya menerusi usaha menggabungkan kemudahan perbankan harian dengan keistimewaan gaya hidup yang relevan.

“Kerjasama ini menandakan satu lagi pencapaian dalam perjalanan kerjaya saya. AFFIN LuminouSITI Visa Debit Card mencerminkan komitmen bersama kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menggabungkan kemudahan perbankan harian dan keistimewaan gaya hidup yang relevan.

“Saya percaya ia dapat memberikan nilai tambah kepada pelanggan AFFIN, selain memberi peluang kepada saya untuk berkongsi sesuatu yang dekat dengan hati saya bersama peminat,” ujarnya.
Pelancaran kad tersebut turut selari dengan fokus bank tersebut menerusi pelan AFFIN Axelerate 2028 (AX28), yang memberi tumpuan kepada produk dan perkhidmatan yang lebih dekat dengan minat serta kehidupan seharian pelanggan.

AFFIN LuminouSITI Visa Debit Card akan tersedia mulai 17 Oktober 2026 di reruai AFFIN di TM Stadium Nasional Bukit Jalil sempena konsert Gema Bumantara, sebelum ditawarkan di cawangan AFFIN terpilih mulai 19 Oktober 2026.  - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments