RAMADAN bakal menjelma, dan selain keterujaan menyambut bulan penuh keberkatan, ramai sudah mula merancang pengalaman iftar yang benar-benar bermakna. Persediaan awal sentiasa memudahkan, terutama apabila mencari lokasi berbuka yang selesa, sedap dan sesuai untuk seluruh keluarga mahupun insan tersayang.
MiCasa All Suite Hotel kembali dengan sentuhan baharu untuk Ramadan akan datang, meneruskan tradisi mereka menyediakan sajian yang meriah dengan rasa, warisan dan kreativiti moden.
Untuk edisi 2026, MiCasa memperkenalkan seleksi hidangan yang diinspirasikan daripada lima budaya kulinari iaitu Melayu, Cina, India, Thailand dan Indonesia.
Perjalanan rasa ini dirangka dengan teliti oleh Chef Adrian bersama pasukannya, yang mahu menghadirkan pengalaman santapan yang autentik, penuh karakter dan tetap setia kepada keaslian setiap masakan.
Sajian 5 Negara, 1 Pengalaman Rasa
Jelajah kulinari ini bermula dengan pembuka selera yang menceriakan mood berbuka. Kerabu Maggi dan Kerabu Kerang Tauge memberikan sentuhan pedas dan segar yang menyelerakan, sementara Som Tam Thai dan Gado-Gado Indonesia menawarkan keseimbangan rasa manis, masam dan rangup.
Hidangan utama pula tampil dengan variasi lebih berani. Pad Kra Pao Beef Thai yang wangi, Ayam Sambal Hijau yang membangkitkan selera, Daging Dendeng yang kaya dengan rempah, Lamb Madras yang harum berempah dan Aloo Masala yang lembut, semuanya diperkaya dengan sentuhan sos dan perisa Mahsuri yang menaikkan keaslian setiap sajian.
Untuk hidangan khas Ramadan, MiCasa menghidangkan Sup Gearbox yang hangat dan mengenyangkan, bersama hidangan Lautan Makanan Laut yang kembali atas permintaan ramai. Pengunjung turut boleh memilih antara Sup Krim Jagung & Isi Ketam atau Sup Labu & Bayam yang lembut dan menenangkan.
Di Stesen Carving pula, Kambing Panggang yang diperap sempurna dihiris segar, sebelum diakhiri dengan sentuhan unik 'Locing Thai' yang menambah kelainan.
Aksi memasak secara langsung turut menjadi sebahagian daripada pengalaman berbuka di sini. Stesen India sering menjadi tumpuan, dengan aroma Roti Canai dan Roti Boom panas yang ditebar di depan mata. Murtabak yang padat dengan inti berempah dan dimasak segar melengkapkan kemeriahan suasana.
Bagi mereka yang menggemari snek ringkas, cucur dan goreng-gorengan seperti Cucur Bakwan serta Pisang Goreng berkaramel pasti menjadi pilihan mudah yang tetap memuaskan.
Manisan pula menjadi penamat yang memikat, dengan pelbagai jenis kuih tradisional, ABC dan Cendol yang sejuk menyegarkan, serta Pulut Mangga yang manis dan lembut.
Minuman seperti Teh Tarik dan Kelapa Laut berais pula memberi titik akhir yang menenangkan setelah menikmati pelbagai hidangan.
Suasana di MiCasa All Suite Hotel turut melengkapkan pengalaman berbuka. Ruang makan yang luas dan selesa memberikan peluang untuk keluarga, rakan sekerja atau kumpulan besar berkumpul dalam suasana penuh harmoni, sesuai dengan semangat kebersamaan yang diraikan sepanjang Ramadan.
Bufet Ramadan ini dibuka pada 26 Februari hingga 17 Mac 2026, bermula jam 6.30 petang hingga 10 malam. MiCasa mengalu-alukan tetamu untuk menikmati pengalaman berbuka yang santai, menyeluruh dan berinspirasikan Asia, disempurnakan dengan sentuhan rasa autentik yang kekal dekat di hati.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments