Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Shell Café Perkenal Donut Premium Baharu Dengan 5 Rasa Memikat


Oleh: SORAYA AFNAN

SHELL Café. 
 jenama di sebalik sosej 'firecracker yang pernah tular satu Malaysia kini kembali dengan cara yang lebih manis untuk menceriakan perjalanan anda.

Selari
dengan tagline 'Worth Stopping For', rangkaian ini memperkenalkan koleksi donut baharu yang dirumus dengan bahan premium, dicipta khas untuk menawarkan detik indulgence ringkas di mana sahaja.

Daripada
singgah sekejap mengisi minyak, menikmati kopi panas hingga membeli sekotak manisan untuk dibawa pulang, koleksi donut terbaharu Shell Café menjanjikan rasa yang lembut dan benar-benar memuaskan.

Setiap
donut menampilkan personaliti uniknya sendiri di mana ada yang penuh coklat dan ada yang segar dengan rasa buah, supaya setiap yang merasainya mendapat pengalaman manisan yang tepat.

Donut-donut
ini juga berfungsi sebagai pembangkit mood mudah alih, sesuai dikongsi bersama rakan, menceriakan pemanduan jauh, atau menaikkan seri waktu rehat dengan kopi serta sedikit sentuhan manis.

Antara
pilihan rasa yang ditawarkan termasuk:

  • Cookies & Cream: 
    Kombinasi krim dan kerangupan yang memberi ledakan manis penuh karakter.

  • Nutty Hazel:
    Kaya,
    berempah kacang, dan ideal untuk pencinta coklat yang suka rasa lebih mendalam.

  • Strawberry Jelly: 
    Lembut, berinti jem strawberi dan penuh aura nostalgia.

  • Apple Glaze:
    Twist
    buah-buahan yang menyeimbangkan manis dan masam segar, lengkap dengan potongan jelly berperisa epal di atasnya.

  • Cocoa Delight: 
    Pilihan klasik yang halus, lembut, dan memikat tanpa gagal.


Mengukuhkan lagi daya tarikannya, setiap donut menggunakan bahan berkualiti tinggi dari Eropah termasuk coklat Belgium, mentega, serta biji vanila Madagascar.

Tanpa
perisa dan pewarna tiruan, ia memberi indulgence yang bukan saja sedap, tetapi juga terasa lebih asli dan memuaskan.

Momen
Ringkas Yang Lebih Bermakna

Menurut
General Manager, Mobility, Shell Malaysia, Seow Lee Ming, Shell Café dibangunkan sebagai ruang singgah yang mampu memberi lebih daripada sekadar tempat mengisi minyak.

“Di Shell Café, kami
mahu ia menjadi tempat untuk anda ‘recharge’, bukan sekadar pit stop. Sebab itu kami sentiasa mencari cara untuk menaik taraf tawaran.

"Donut baharu ini melengkapi rangkaian makanan segar sedia ada, menjadikan setiap kunjungan sedikit lebih manis. Sama ada digandingkan dengan kopi pagi, dikongsi bersama rakan atau dinikmati sepanjang perjalanan, setiap gigitan memang dibuat untuk memberi kepuasan. One bite, no turning back,” katanya.

Sempena
pelancaran ini, Shell Café menawarkan promosi menarik iaitu beli 2 donut dan nikmati minuman bersaiz regular secara percuma. Pilih saja antara Americano, Teh Tarik atau Iced Lemon Tea, semuanya disediakan segar di Shell Café.

Ahli Shell App pula
boleh menikmati ganjaran eksklusif 'Buy 5, Free 1'. Hanya kumpulkan lima pembelian donut di dalam aplikasi dan donut keenam adalah milik anda tanpa bayaran.

Jadi,
apa tunggu lagi? Singgah di Shell Café terdekat, pilih rasa kegemaran anda dan jadikan persinggahan seterusnya lebih bermakna (dan lebih manis).  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments