Advertisement

Responsive Advertisement

Step Up Your Style: FILA Lancar Koleksi Eksklusif The Powerpuff Girls


FILA, jenama sukan ikonik, menghidupkan nostalgia dan gaya moden dengan pelancaran koleksi FILA x The Powerpuff Girls di Oasis, Sunway Pyramid.

Koleksi ini menekankan ekspresi gaya peribadi dan praktikal, membolehkan peminat menonjolkan identiti diri melalui fesyen sambil mengekalkan keselesaan dan trend terkini.

Diolah semula untuk generasi pencipta trend masa kini, koleksi ini membawa trio hero kartun Blossom, Bubbles, dan Buttercup ke dalam rekaan moden yang unik dan penuh karakter.

Dengan warna-warni yang ceria, rekaan ini menggabungkan gaya sporty ikonik FILA dengan elemen karakter The Powerpuff Girls, menonjolkan kekuatan, keyakinan, dan kebebasan bergaya bagi wanita.

Koleksi ini menampilkan kasut dan beg yang menjiwai karakter kartun terkenal tersebut, sambil kekal setia pada estetik berani FILA.

Antara produk tumpuan adalah Cloud Shoulder Bag, yang hadir dalam warna ikonik trio Powerpuff sebagai aksesori harian bergaya; rangkaian Superbubbles Sneakers, direka untuk keselesaan sepanjang hari dengan sentuhan trendi; dan Disruptor Sneakers, menonjol dengan perincian tepi berani dan aksen mencuri perhatian.

Koleksi ini hadir dalam rona merah jambu, biru dan hijau, mengajak peminat bereksperimen memadankan produk dengan gaya sendiri dan melangkah penuh keyakinan.

Meriahkan Gaya dan Energi Positif

Pelancaran koleksi ini menampilkan semangat girl power melalui kehadiran Gen1es Elyn, Tammy Leong dan Jerene Leong, yang memukau dalam koleksi FILA x The Powerpuff Girls.

Terinspirasi daripada karakter asal, trio ini menyerlahkan persaudaraan dan personaliti unik masing-masing melalui gaya fesyen. Elyn menonjol dengan chic penuh keyakinan, Tammy ceria, manakala Jerene menyerlah dengan stail penuh karakter.

Elyn berkongsi meminati Blossom sejak kecil kerana watak itu bijak, yakin, dan sentiasa positif, yang mencerminkan dirinya sendiri.

"The Powerpuff Girls dekat di hati ramai kerana kami membesar menonton siri animasi ini. Mengenakan warna Blossom daripada koleksi FILA membuatkan saya rasa lebih yakin dan anggun, sambil tetap mengekspresikan identiti diri.

"Padanan elemen sporty FILA dengan sentuhan feminin mencipta gaya moden, ceria dan penuh tenaga positif, menjadikan kolaborasi ini sangat bermakna," ujarnya.

Sepanjang pelancaran dari 5-7 Disember 2025, pengunjung dapat menikmati keseronokan di tiga zon interaktif. Zon Pink Blossom untuk koleksi charm eksklusif, Zon Biru Bubbles bagi yang mahu bergaya dan merakam kreativiti di kios foto, serta Zon Hijau Buttercup untuk menguji kelajuan dalam permainan pantas. Bagi peminat yang melengkapkan ketiga-tiga misi menerima cenderahati unik sebagai penghargaan.



Koleksi FILA x The Powerpuff Girls bukan sekadar fesyen, ia meraikan keunikan diri, tenaga positif dan keyakinan.

Sweet Qismina, yang turut hadir, berkongsi bahawa dia juga meminati Buttercup kerana karakter itu memancarkan kekuatan dan semangat.

"Koleksi ini membolehkan saya menonjol dan kekal bergaya sambil meraikan sisi feminin. Dengan FILA, saya dapat mengekspresikan diri dengan yakin dan tetap menjadi diri sendiri," katanya.

Kini, koleksi eksklusif ini boleh didapatkan di FILA Sunway Pyramid dan secara dalam talian, menawarkan peluang bagi peminat untuk memiliki rekaan ikonik sebelum ia diperluas ke butik lain. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments