Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sparkling Golden Festive Season di Element Kuala Lumpur


MUSIM perayaan kali ini hadir dengan sentuhan glam di TRACE Restaurant & Bar, aras 40 Element Kuala Lumpur, ruang yang memadukan panorama langit bandar, mood perayaan dan kehangatan berkumpul bersama insan tersayang.

Sepanjang Sparkling Golden Festive Season berlangsung, tetamu dihidangkan dengan rangkaian bufet meriah yang dirangka untuk mencipta memori berharga sepanjang hujung tahun.

TRACE memperkenalkan Festive Buffets bermula 14 November 2025 hingga 1 Januari 2026, membuka peluang untuk sesi awal 'year-end catch-up' bersama keluarga atau rakan.

Di bawah bimbingan Executive Chef Taib Ridhwan dan Senior Sous Chef Hasrul Hawari, pasukan kulinari menghadirkan pilihan hidangan yang menggabungkan tradisi perayaan dan sentuhan moden.

Antara sajian yang menanti ialah bar salad organik, seafood-on-ice, seleksi panggang segar dari grill station, hidangan berinspirasikan Asia serta pencuci mulut istimewa yang hanya muncul sempena musim ini.


Festive Lunch & Dinner Buffets

Dari 14 November hingga 28 Disember 2025, tetamu boleh menikmati sajian perayaan yang menampilkan pilihan grill signature seperti Classic Mediterranean Garlic Rosemary Lamb Shoulder, Lemon Herb Chicken dan Honey-Soy Ginger Marinated Fish. Setiap hidangan dipersiapkan dengan penekanan pada rasa yang seimbang dan aroma yang memikat.

Kedua-dua bufet tengah hari dan malam turut hadir dengan pilihan pencuci mulut yang manis dan memberi kenikmatan, termasuk festive logs, chocolate cake, panna cotta dan pelbagai dessert lain untuk melengkapkan suasana meriah.

Festive Dinner Buffet menambah kemeriahan dengan live churros station, menghadirkan churros panas yang rangup dan wangi.

Tahun ini, Festive Dinner Buffet berharga RM168 nett ditambah dengan seafood-on-ice station baharu, menyajikan pelbagai hasil laut segar yang melengkapkan kemeriahan hidangan bertema ‘golden feast’.

Setiap Sabtu malam pula, suasana menjadi lebih syahdu dengan persembahan muzik secara langsung, menjadikan makan malam berteman langit Kuala Lumpur sebagai pengalaman yang lebih bermakna.


Christmas & New Year Buffets

Sambutan Krismas dan Tahun Baharu di TRACE diraikan dengan bufet istimewa yang mencuri perhatian menerusi Brown Sugar & Dijon Glazed Roasted Whole Turkey, sentuhan klasik yang diberi dimensi manis dan savory.

Pada malam menjelang Krismas, bufet ini diperhebatkan lagi dengan Roasted Whole Wagyu Beef, terkenal dengan marbling yang kaya dan rasa yang mewah.

Bufet lain turut menampilkan hidangan premium seperti Oven-Baked Black Angus Beef Striploin with Grain Mustard Glaze serta Roasted Whole Beef BBQ Prime Rib yang membawa karakter smoky dan juicy. Pilihan Baked Salmon juga dihidangkan untuk kedua-dua bufet tengah hari dan malam.

Live stations menambah elemen lokal dengan Char Kueh Kak dengan XO Sauce untuk makan malam dan Char Kway Teow untuk makan tengah hari, kedua-duanya membawa aroma wok hei yang digemari ramai.

Stesen seafood-on-ice menawarkan tiram, blue swimmer crabs, udang, kupang dan half-shell scallops, manakala bufet krismas diraikan lebih meriah dengan sajian lobster.

Untuk pencuci mulut, tetamu boleh menikmati pilihan manisan yang ditambah baik khas untuk musim perayaan, menggabungkan kesempurnaan tekstur dan rasa untuk menutup hidangan dengan elegan.


Enchanted Holiday Afternoon Tea

Bermula 17 November 2025 hingga 18 Januari 2026, TRACE mempersembahkan pengalaman afternoon tea bertema percutian yang tersedia setiap hari dari jam 1 hingga 5 petang. Berharga RM199 nett untuk dua orang, setiap set turut disertakan mocktail.

Menu ini menawarkan tujuh hidangan savoury yang disusun pada papan bertema hutan untuk memberikan suasana 'enchanted'. Antara yang menambah seri ialah Mango Scampi Salad, Pumpkin Tartlets dan Truffle Cheese Potato Croquette. Set savoury ini dihidangkan sekali setiap set.

Kemudian hadir pula dessert trolley bertema Krismas yang menawarkan lapan pilihan manisan tanpa had. Antaranya Raspberry Mousse Cream Puff, Rose Lychee Bliss Panna Cotta dan Festive Fruit Cake.

Semua pencuci mulut boleh diambil semula mengikut selera, menjadikan petang bersama sahabat lebih manis dan santai sambil menikmati pemandangan bandar dari ketinggian.

Bagi tetamu yang membuat tempahan awal sebelum atau pada 8 Disember 2025, diskaun sehingga RM40 seorang ditawarkan untuk Festive Lunch Buffet dan Festive Dinner Buffet. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments