Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bumi Berputar Lebih Cepat — Hari Paling Pendek Direkodkan Julai 2025

BARU-BARU ini, para saintis mengesahkan salah satu fenomena menarik dalam dunia sains di mana putaran Bumi dicatatkan lebih laju daripada biasa, menjadikan hari-hari tertentu dalam Julai 2025 antara hari paling pendek dalam sejarah moden.

Antara yang p
aling ketara, pada 9 Julai lalu, di mana putaran Bumi direkodkan lebih cepat kira-kira 1.3 hingga 1.6 milisaat, daripada tempoh purata 24 jam.

Walaupun
perubahan ini sangat kecil dan langsung tidak dirasai dalam kehidupan harian, ia tetap memberi kesan besar kepada sistem masa global yang berasaskan ketepatan mutlak.

Fenomena
Disebabkan Oleh Kedudukan Bulan

Apa
yang menyebabkan Bumi tiba-tibapecut’? Menurut saintis, fenomena ini berkait dengan kedudukan Bulan yang berada dalam jajaran tertentu, menyebabkan tarikan graviti tambahan terhadap Bumi.

Apabila
Bulan berada lebih dekat ke kutub Bumi berbanding khatulistiwa, daya tarikan graviti ini mempercepatkan sedikit putaran Bumi. Seakan pergerakan atlet luncur ais yang berpusing lebih laju apabila merapatkan tangan ke badan.

Selain
9 Julai, saintis menjangkakan fenomena serupa berpotensi berulang pada 22 Julai dan 5 Ogos 2025, walaupun dengan variasi kelajuan yang mungkin berbeza.

Apa
Implikasinya Kepada Kita?

Bagi
kebanyakan orang, perubahan ini tidak beri kesan ketara dalam rutin harian. Tetapi bagi komunii saintifik yang memantau sistem masa dunia seperti jam atom, GPS, dan satelit komunikasi, perubahan sekecil milisaat pun sangat kritikal.

Organisasi
seperti International Earth Rotation and Reference Systems Service (IERS) sedang menilai keperluan untuk memperkenalkan 'negative leap second' iaitu proses menolak satu saat daripada sistem masa dunia untuk menyelaras kembali dengan kelajuan sebenar putaran Bumi.

Sejak
beberapa tahun kebelakangan ini, saintis memang mengesan corak perubahan kecil dalam kelajuan putaran Bumi, dengan rekod terdahulu hari paling pendek berlaku pada 5 Julai 2024. Fenomena Julai ini membuktikan trend itu sedang berterusan.

Bumi
Sentiasa Bergerak dan Berubah

Fenomena
ini bukanlah sesuatu yang membimbangkan, tetapi ia mengingatkan kita bahawa planet yang kita diami ini sentiasa dinamik dan penuh kejutan.

Setiap
perubahan walau sekecil 1 milisaat, tetap memberi kesan kepada dunia yang bergantung kepada sistem masa yang tepat.

Fenomena
ini bukan sekadar soal saintifik, tetapi ia gambaran betapa kompleks dan hidupnya dunia yang didiami. Ia juga mengingatkan kita bahawa planet ini sentiasa berubah, dan sains terus memainkan peranan penting dalam memahami perubahan itu, walau sekecil satu milisaat. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments