KOPI bukan sekadar minuman, ia kadang-kadang menjadi teman setia ketika kita memulakan hari, mencari semangat, atau sekadar berhenti sejenak untuk bernafas.
Dengan semangat itulah, NESCAFÉ memperkenalkan gerakan aspirasi terbaharunya, Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama, yang meraikan kisah kehidupan harian rakyat Malaysia iaitu kisah tentang ketabahan, harapan dan kekuatan yang menggerakkan negara ini ke hadapan.
Setiap daripada kita punya impian di mana ada yang berjuang demi keluarga, ada yang bekerja keras untuk komuniti, dan ada juga yang mengejar cita-cita peribadi.
Namun di sebalik perbezaan itu, ada satu benang halus yang menyatukan kita semua, semangat untuk kekal kental menghadapi apa jua cabaran kehidupan.
Sebagai simbol penghargaan kepada semangat itu, NESCAFÉ menampilkan tiga figura inspirasi yang mewakili jiwa rakyat Malaysia sebenar.
Dr. Madhu, atau lebih dikenali sebagai Dr. Teddy Bear, merupakan seorang doktor yang mendedikasikan masanya memberi rawatan percuma kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur.
Di sisi lain, Kak Dell iaitu pemandu Grab dan guru tuisyen terus mengejar impiannya untuk menjadi seorang penulis, membuktikan bahawa cita-cita tak pernah mati walau dalam kesibukan hidup.
Sementara Black Hanifah, penyanyi serta penulis lagu tema Kental Bersama, menjadikan asal-usulnya yang sederhana dan kasih sayang terhadap keluarga sebagai sumber kekuatan dalam muzik dan kehidupannya.
Ketiga-tiga kisah ini diabadikan dalam muzik video Kental Bersama, lagu yang turut dinyanyikan oleh Black sendiri. Melalui liriknya, Black menggambarkan harapan serta perjuangan rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti demi keluarga, komuniti, dan impian yang menjadi nadi kekuatan kita bersama.
“Lagu ni tentang kita semua. Tentang semangat untuk terus mara walau apa pun rintangan. Ia mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar wujud bila kita kekal kental bersama,” ujarnya.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, inisiatif ini bukan sekadar kempen jenama.
“NESCAFÉ dah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia, dari pagi sibuk, ke malam yang penuh cerita. Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama ialah cara kami menghargai semangat rakyat Malaysia yang tak pernah padam dalam mengejar harapan,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink Nestlé Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini, menambah bahawa semangat ini turut diterjemahkan dalam inovasi produk baharu, NESCAFÉ Triple Shot, minuman kopi yang dicipta khas untuk peminat rasa kopi lebih pekat dan mantap.
“Permintaan terhadap kopi yang lebih kuat meningkat hampir dua kali ganda. Jadi, pelancaran Triple Shot ni bukan sekadar memenuhi citarasa, tapi juga simbol tenaga dan semangat rakyat Malaysia yang sentiasa ingin terus ke depan,” katanya.
Melalui gerakan ini, NESCAFÉ bukan sekadar mengangkat kisah harian rakyat tetapi ia mengingatkan kita bahawa dalam setiap cawan kopi, ada kekuatan kecil yang menyatukan semua.
Sama ada kita doktor yang berkhidmat untuk masyarakat, pemandu yang mengejar impian, atau pemuzik yang membawa inspirasi, semangat kental itulah yang menjadikan kita semua istimewa. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments