Hot Posts

6/recent/ticker-posts

'A Culinary Celebration’: Sentuhan Istimewa Dari Dapur Element Kuala Lumpur


BERSEMPENA International Chefs Day, Element by Westin Kuala Lumpur memperkenalkan menu tiga hidangan eksklusif bertemakan ‘A Culinary Celebration’ di TRACE Restaurant & Bar, destinasi makan dengan pemandangan langit Kuala Lumpur yang memukau.

Menawarkan
pengalaman menjamu selera untuk masa terhad, menu ini diraikan sebagai penghargaan kepada pasukan kulinari Element Kuala Lumpur atas kejayaan mereka di Culinaire Malaysia 2025, salah satu pertandingan kulinari paling berprestij di rantau ini.

Menu
ini tersedia dari 11 Oktober hingga 9 November 2025, setiap Sabtu dan Ahad (12.30 tengah hari – 3 petang), menjadikan ia peluang istimewa untuk menikmati hasil kerja penuh dedikasi dari dapur bertaraf anugerah.

Keaslian
dan Inovasi Bertemu di Pinggan

Menu
khas ini menampilkan tiga ciptaan pemenang anugerah yang mencuri perhatian juri di Culinaire Malaysia 2025.

  • Bulgogi Glazed Beef Loin with Spinach-Infused Mousse oleh Chef de Partie Eirfan Mifzhal (Pingat Perak)
  • Pan-Seared Salmon with Layered Saffron Potato oleh Commis Anisa Samson (Pingat Gangsa)
  • Smoked Glazed Duck à la Pistachio oleh Commis Danish Aqasha (Sijil Diploma).

Setiap hidangan ini dihasilkan oleh chef muda berbakat dengan bimbingan pasukan kulinari kanan Element Kuala Lumpur, memperlihatkan kreativiti dan teknik moden yang memukau.

Pengalaman
A Culinary Celebration dimulakan dengan Crustacean Bisque Soup iaitu campuran berkrim hasil gabungan udang karang, udang, ketam dan stok ikan, dihidangkan bersama roti panas dan mentega.

Untuk
hidangan utama, tetamu boleh memilih antara tiga sajian berbeza yang masing-masing menonjolkan kreativiti chef muda Element Kuala Lumpur.

Pilihan
pertama ialah Beef Loin, diinspirasikan daripada Beef Wellington klasik tetapi diberi sentuhan moden dengan mousse bayam dan kentang pistachio berlapis.

Seterusnya
, Salmon panggang bersalut kentang saffron keemasan dihidangkan bersama tart Parmesan hitam berisi mousse udang karang, kombinasi unik yang menyatukan rasa laut dan aroma mewah.

Akhir
sekali, Itik salai dari Bidor, Perak disajikan bersama beri segar berglaz yang menyeimbangkan rasa salai dan kekacang dengan sempurna.

Sebagai
penutup, Ferrero Brûlée Entremets hadir dengan kombinasi beri segar, vanilla crumble dan salted caramel gelato, manisan yang menjadi kemuncak kepada pengalaman makan yang penuh cita rasa.

Pengurus
Besar Element Kuala Lumpur, Mandy Ooi, berkongsi rasa bangga terhadap pasukan kulinari mereka.

“Chef muda kami benar-benar membuatkan kami berbangga dengan bakat dan semangat mereka. Menu istimewa ini adalah cara kami memberi ruang kepada mereka untuk bersinar, sambil menghargai pasukan pengurusan kulinari atas bimbingan dan sokongan berterusan mereka, ujarnya.

‘A Culinary Celebration’
bukan sekadar menu, tetapi satu pengalaman yang meraikan kreativiti dan semangat pasukan kulinari muda Element Kuala Lumpur, membuktikan bahawa seni masakan adalah hasil gabungan bakat, inspirasi dan dedikasi - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments