SEORANG lelaki yang dizalimi dan dipersalahkan atas jenayah yang tidak dilakukannya bersiap untuk membalas dendam dalam The Manipulated, drama aksi Korea baharu bersiri dua belas episod yang akan debut pada 5 November secara eksklusif di Disney+ Hotstar.Taejoong, seorang lelaki berdedikasi dan berhati mulia, bekerja tanpa mengenal penat demi mencapai impiannya. Dikelilingi oleh rakan dan keluarga yang penyayang, hidupnya kelihatan sempurna sehinggalah sifat baik hatinya menjadi punca kejatuhan dirinya.
Secara tiba-tiba ditangkap atas tuduhan rogol dan pembunuhan seorang wanita yang tidak pernah ditemuinya, Taejoong kehilangan segala yang dicintainya apabila dihukum penjara seumur hidup.
Hidupnya bagai jasad tanpa jiwa, Taejoong melalui hari-hari dalam kekaburan sehingga bertemu seorang banduan baharu dengan kisah yang mengejutkan menyerupai ceritanya, memberitahu bahawa ada pihak di luar sana yang menjerat orang tidak bersalah.
Digerakkan oleh kemarahan yang tidak terkawal atas semua kehilangan yang dilaluinya, Taejoong bersumpah untuk mencari mereka yang bertanggungjawab dan memastikan mereka menerima balasan.
Barisan pelakon menampilkan Ji Changwook sebagai mangsa yang disabitkan salah, Park Taejoong, dan Doh Kyungsoo sebagai An Yohan.
Siri ini ditulis oleh penulis skrip terkenal Korea, Oh Sangho, dan diarahkan oleh Park Sinwoo serta Kim Changjoo.
The Manipulated adalah APAC Original terkini yang diumumkan untuk tayangan di Disney+ Hotstar. Drama ini akan debut dengan tayangan empat episod pertama bermula 5 November, diikuti dua episod setiap minggu sehingga penutup yang mendebarkan pada 3 Disember.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments