MARVEL Studios kini bersedia membuka lembaran baharu dalam MCU apabila filem The Fantastic Four: First Steps bakal menjengah pawagam seluruh dunia dalam tempoh sebulan lagi.
Menerusi trailer akhir yang baru sahaja dilancarkan, penonton diberi gambaran awal tentang pengembaraan empat adiwira ikonik Marvel, Mr. Fantastic, Invisible Woman, Human Torch dan The Thing bersama robot H.E.R.B.I.E., penjelajah galaksi Silver Surfer serta makhluk kosmik pemakan planet, Galactus.
Dengan latar dunia retro-futuristik era 1960-an yang penuh warna dan gaya, filem ini akan membawa penonton menyelami kisah asal Marvel’s First Family dengan sentuhan visual dan naratif yang segar.
Disertai barisan pelakon hebat seperti Pedro Pascal sebagai Reed Richards/Mister Fantastic, Vanessa Kirby (Sue Storm/Invisible Woman), Ebon Moss-Bachrach (Ben Grimm/The Thing) dan Joseph Quinn (Johnny Storm/Human Torch), filem ini menjanjikan gabungan aksi, drama keluarga dan konflik berskala kosmik.
Turut membintangi filem ini ialah Paul Walter Hauser, Natasha Lyonne dan Sarah Niles.
Kali ini, mereka bukan sahaja berdepan cabaran mempertahankan Bumi, tetapi juga terpaksa mengimbangi peranan sebagai penyelamat dunia dan kekuatan sebagai sebuah keluarga.
Segalanya memuncak apabila mereka bertembung dengan Galactus, dewa angkasa yang lapar untuk menelan seluruh planet, dibantu oleh utusan misterinya, Silver Surfer lakonan Julia Garner. Jika ancaman Galactus belum cukup menakutkan, konflik ini menjadi lebih peribadi daripada yang mereka sangka.
The Fantastic Four: First Steps diarahkan oleh Matt Shakman, diterbitkan oleh Kevin Feige, serta diterajui secara eksekutif oleh Louis D’Esposito, Grant Curtis dan Tim Lewis.
Bersedia untuk menyaksikan langkah pertama Fantastic Four dalam MCU versi baharu yang lebih bertenaga dan berani. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments