Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Taylor Swift: Di Sebalik Tirai The Eras Tour, Kini di Disney+


SELEPAS kejayaan luar biasa album terbaharunya The Life of a Showgirl, yang mencatat lebih 4 juta jualan di Amerika Syarikat dan dianggap antara pelancaran terbesar dalam sejarah muzik moden, Taylor Swift kini bersedia menyambut satu lagi detik besar dalam kariernya.

Kali
ini, bintang pemenang 14 anugerah Grammy itu kembali ke Disney+ dengan dua projek baharu yang menjanjikan akses paling eksklusif ke dunia di sebalik kejayaan fenomena The Eras Tour.

Mulai
12 Disember nanti, peminat boleh menantikan dua tayangan utama: siri dokumentari enam episod Taylor Swift | The Eras Tour | The End of an Era, dan filem konsert penuh Taylor Swift | The Eras Tour | The Final Show, kedua-duanya hanya di Disney+.

Di
Sebalik Tabir Fenomena Global

Taylor Swift | The Eras Tour | The End of an Era
membawa penonton menyelami sisi peribadi Taylor ketika jelajah yang memecah rekod itu mencipta tajuk utama di seluruh dunia.

Melalui
enam episod yang penuh emosi dan inspirasi, siri ini mendokumentasikan proses kreatif, cabaran, dan detik-detik yang membentuk pengalaman luar biasa di sebalik tirai The Eras Tour.

Menariknya
, dokumentari ini bukan hanya tentang Taylor, ia juga menonjolkan individu penting di sekelilingnya seperti Gracie Abrams, Sabrina Carpenter, Ed Sheeran, dan Florence Welch. Mereka berkongsi kisah, kenangan dan perspektif tersendiri tentang bagaimana perjalanan ini menjadi fenomena budaya pop global.

Dua
episod baharu akan ditayangkan setiap minggu bermula 12 Disember, memberi ruang kepada penonton untuk benar-benar menikmati setiap bab dalam kisah ini.

Konsert
Penutup Yang Dinanti

Selain
siri dokumentari tersebut, Taylor Swift | The Eras Tour | The Final Show turut akan debut di Disney+ pada tarikh yang sama.

Dirakam
secara eksklusif di Vancouver, Kanada, filem konsert ini menampilkan persembahan penuh daripada konsert terakhir jelajah bersejarah itu.

Menariknya
, ia turut memuatkan keseluruhan set lagu daripada album The Tortured Poets Department, yang hanya ditambah ke dalam senarai persembahan selepas pelancaran albumnya pada tahun 2024.

Bagi
peminat yang tidak berpeluang menonton bintang berusia 36 tahun itu secara langsung, inilah peluang untuk merasai setiap detik magisnya. Dari tenaga di atas pentas hinggalah ke momen peribadi yang hanya dapat dirasai melalui pandangan kamera yang intim dan sinematografi mengagumkan.

Pasukan
Di Sebalik Karya

Siri
dokumentari The End of an Era diarahkan oleh Don Argott bersama pengarah bersama Sheena M. Joyce, dan diterbitkan oleh Object & Animal.

S
ementara filem konsert The Final Show diarahkan oleh Glenn Weiss dan diterbitkan oleh Taylor Swift Productions dengan kerjasama Silent House Productions.

Dengan
dua projek baharu ini, Taylor Swift bukan sekadar menutup tirai The Eras Tour, tetapi dia merakam sejarah tersendiri dalam kerjaya seninya.

Sebuah
bab penutup yang diraikan bukan dengan kesedihan, tetapi dengan rasa cinta dan keajaiban yang hanya mampu dihidupkan oleh seorang bintang bernama Taylor Swift.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments