Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sulalat’Us Salatin 2.0: Naskhah Agung Melayu Dihidupkan Semula di Pentas DBP


SELEPAS kejayaan pementasan sulung di Melaka pada Disember tahun lalu, teater muzikal Sulalat’Us Salatin bakal kembali menemui penonton pada 31 Oktober hingga 2 November ini.

Pementasan
kali ini bakal berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, dengan dua sesi setiap hari iaitu jam 3 petang dan 8.30 malam.

Karya
terbitan oleh CTRA Production dan Persatuan Bintang Timur ini dipentaskan semula sebagai salah satu pengisian budaya dalam kalendar Kepengerusian ASEAN 2025, di mana Malaysia menjadi tuan rumah.

Menurut
penerbitnya, Siti Rohayah Atan, pementasan semula ini diadakan bagi memenuhi permintaan ramai yang tidak berkesempatan menyaksikannya pada pementasan terdahulu.

“Saya percaya langkah yang diambil ini akan memberi peluang lebih luas kepada khalayak terutamanya generasi muda untuk sama-sama menyaksikan pementasan tentang cerita bangsa Melayu ini," katanya.

Tambahnya
, pementasan seperti ini merupakan medium yang efektif untuk memperkenalkan karya sastera agung kepada generasi baharu agar sejarah dan jati diri bangsa terus diingati.

Menghidupkan
Sejarah Bangsa

Diarahkan
oleh Zaifri Husin, Sulalat’Us Salatin membawa penonton menyelusuri kemaharajaan maritim Melayu, dari legenda Raja Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman kegemilangan Melaka.

Antara
kisah yang diangkat termasuklah pengembaraan Raja Suran ke dasar lautan, dongeng Kuda Semberani, kisah Wan Empuk dan Wan Malini yang huma mereka berbuah emas, Waadat Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana, serta detik kejatuhan Empayar Melaka.



Menariknya, naskhah ini tidak hanya menampilkan jalan cerita penuh makna tetapi turut diserikan dengan 11 buah lagu termasuk Raja Yang Bermula, Bunga Singapura, Melaka Bumi Melayu, Tujuh Syarat Ledang dan Bangkit Dari Luka.

Muzikal Sulalat’Us Salatin 2.0 dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Adam Lee, Zaidi Omar, Mubarak Majid, Zera Hariz, Rosli Rahman Adam, Raja Azrey Kamaruzaman, Alina Hassan, Serra Kamal, Sahronizam Noor, A. Aris Kadir dan ramai lagi.

Pementasan
yang diadakan secara kerjasama dengan DBP dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka itu dijangka akan ditonton 3,000 orang.

P
astinya peluang terbaik untuk menyaksikan karya warisan Melayu dihidupkan semula dengan sentuhan moden dan tenaga pelakon berkaliberTiket  boleh didapati menerusi https://www.ilassotickets.com dengan harga RM20, RM40 dan RM60.

Trivia
Menarik

  • Muzikal Sulalat’Us Salatin pertama kali dipentaskan pada 19–21 Disember 2024 di Panggung Seni JKKN Melaka.
  • Skrip asal ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim, dengan A. Aris Kadir sebagai pengarah tari.
  • Sulalat’Us Salatin 2.0 membariskan nama-nama besar dalam pementasan teater tanah air seperti Kamarul AR, Mubarak Majid, Zaidi Omar, Rosli Rahman Adam, Ijat Ashari, Eyzendy Aziz, Aris Kadir dan Raja Azrey Raja Kamaruzaman.
  • Pelakon Nabila Huda bakal membawakan watak ikonik Puteri Gunung Ledang.
  • Muzikal ini menampilkan 11 buah lagu yang menghidupkan setiap babak dan jalan cerita.
  • Karya ini telah diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 2012, dan kini terdapat 32 salinan naskhah di seluruh dunia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments