Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tertidur Di Royal Box Wimbledon, Hugh Grant Viral Satu Dunia


AKTOR terkenal British, Hugh Grant kembali mencuri perhatian dunia sehingga viral dan menjadi perbualan hangat internet global.

Kali
ini bukan kerana lakonan romantiknya yang ikonik, sebaliknya gara-gara dia tertidur Royal Box Wimbledon semasa perlawanan suku akhir antara Novak Djokovic dan Flavio Cobolli baru-baru ini.

Lebih
mencuit hati, insiden itu berlaku ketika bintang beruia 64 tahun itu duduk hanya beberapa kerusi di belakang Queen Camilla, menambahkan lagi elementak dijangkadalam suasana tersebut.

Kamera
siaran langsungmenangkapmomen tersebut, dan seperti dijangka, klip itu segera tersebar luas di media sosial, mencetuskan gelombang jenaka, meme dan reaksi lucu seluruh dunia.

Ramai
netizen berseloroh bahawa mereka sanggup beratur sejak subuh demi tiket Wimbledon, tetapi Hugh Grant yang berada di tempat paling eksklusif itu, dengan tenang mengambil peluang melelapkan mata.

Grant
hadir ke acara tersebut bersama isterinya, Anna Elisabet Eberstein, dalam penampilan formal lengkap dengan sut dan kaca mata hitam.

P
ada awalnya dia dilihat berbual mesra bersama tetamu kehormat lain, namun kemudiannya kelihatan tidak dapat menahan rasa mengantuk, kemungkinan disebabkan cuaca panas terik musim panas London yang memenatkan.

Walaupun
ada suara-suara yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'seperti tidak menghargai keistimewaan Royal Box', kebanyakan reaksi berpihak kepada sisi ringan dan jenaka dari situasi tersebut.


Hugh Grant, yang
selama ini dikenali dengan watak-watak gentleman yang bersahaja, seolah-olah meneruskan persona itu di dunia nyata cuma dalam versi santai di tengah perlawanan tenis paling berprestij.

Momen
itu kini disifatkan sebagai salah satu detik paling 'unexpectedly iconic' di Wimbledon 2025, di tengah formaliti dan protokol acara, Hugh Grant berjaya mencipta detik yang terasa sangat real dan relatable di mana elemen kemanusiaan yang ringkas boleh menjadi sorotan utama.

Hugh Grant
seperti biasa, tanpa perlu berbuat apa-apa pun, berjaya mencipta satu lagi momen ikonik dalam kerjayanya, kali ini bukan di layar perak, tetapi di Royal Box Wimbledon. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments