Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Naked-Eye 3D, VR & AR: Ramai Masih Keliru Tentang Teknologi Immersive

| KREDIT FOTO: Space & Time Cube

Oleh: SORAYA AFNAN

BILA sebut tentang teknologi immersive, ramai membayangkan headset VR yang berat atau cermin mata 3D klasik. Tidak kurang juga yang keliru antara istilah seperti VR, AR, hologram, dan naked-eye 3D. Semua kedengaran futuristik, tetapi sebenarnya pendekatan dan cara ia berfungsi berbeza antara satu sama lain.

Teknologi-teknologi ini membentuk cara baharu kita menikmati visual hari ini di mana bukan sekadar menonton di skrin, tetapi merasai kehadiran visual itu dalam ruang sekeliling.

VR, AR, 3D: Sama Tapi Tak Serupa

Selama ini, Virtual Reality (VR) sering dianggap sebagai simbol utama teknologi immersive. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, naked-eye 3D dan augmented reality (AR) mula muncul dengan cara yang lebih terbuka, membolehkan pengguna menikmati visual tiga dimensi tanpa perlu memakai headset atau alat khas.

Inilah punca kekeliruan. Semuanya dikaitkan dengan perkataan 'immersive', tetapi sebenarnya memberikan pengalaman yang berbeza.

  • VR (Virtual Reality)
    Membawa pengguna masuk ke dunia maya sepenuhnya melalui headset yang menutup pandangan dunia sebenar.

  • AR (Augmented Reality)
    Menambah elemen digital ke dunia nyata, biasanya melalui telefon pintar atau cermin khas.

  • Naked-eye 3D
    Membolehkan mata kita melihat ilusi tiga dimensi secara langsung tanpa skrin tambahan atau alat pemapar dengan memanipulasi perspektif, bayangan dan cahaya dalam ruang sebenar.

Naked-Eye 3D: Bila 3D Terpapar Terus Depan Mata

Naked-eye 3D bukan lagi teknologi asing dalam dunia visual moden. Billboard digital di Times Square New York atau Shibuya Crossing Tokyo telah lama menggunakan teknik ini untuk menghasilkan visual ikonik yang seolah-olah melangkaui skrin dan wujud di hadapan kita.

Apa yang berbeza sekarang, teknologi ini tidak lagi terhad kepada papan iklan luar. Ia mula digunakan dalam pameran seni, bilik immersive dan ruang hiburan yang membenarkan pengunjung berada secara fizikal di dalam visual tiga dimensi itu sendiri.

Contohnya, Space & Time Cube di Kuala Lumpur membawa teknologi naked-eye 3D ke dalam ruang tertutup. Di sini, pengunjung melangkah masuk ke dalam bilik yang penuh dengan visual tiga dimensi tanpa perlu memakai headset atau alat bantuan visual.

Immersive Tanpa Headset: Bagaimana Ia Berfungsi?

Perkara paling membezakan naked-eye 3D daripada VR ialah pengalaman berlaku secara terus di depan mata, bukan dalam skrin tertutup. Visual dipancarkan ke dinding, lantai atau ruang di sekeliling, mencipta ilusi yang boleh dilihat dari pelbagai sudut, seolah-olah objek itu betul-betul wujud di hadapan anda.

Pengalaman naked-eye 3D lebih sosial, satu bilik boleh dikongsi oleh ramai orang dalam masa yang sama, berbeza dengan VR yang lebih bersifat individu.

Selain itu, ramai pengunjung boleh bergerak bebas di dalam ruang immersive ini dan menikmati visual yang berubah-ubah mengikut sudut pandang dan pergerakan mereka.

Kenapa Ramai Masih Keliru?

Kekeliruan berlaku kerana semua teknologi ini menggunakan istilah serupa seperti 'immersive', '3D', dan 'interactive'. Hakikatnya, immersive bukan hanya satu jenis teknologi atau peranti.

  • VR immersive kerana anda sepenuhnya berada dalam dunia digital.
  • AR immersive kerana ia menambah visual maya ke atas dunia sebenar.
  • Naked-eye 3D immersive kerana ia menjadikan dunia sebenar dipenuhi visual tiga dimensi yang dilihat secara fizikal.

Namun pada akhirnya, perbezaannya terletak pada bagaimana pengguna mengalami visual itu, sama ada melalui skrin, ruang sebenar atau gabungan kedua-duanya.

Jadi, apakah pilihan terbaik dan sesuai? Pilihan teknologi immersive bergantung kepada jenis pengalaman yang dicari.

  • Jika ingin masuk ke dunia digital sepenuhnya, VR adalah pilihan terbaik.
  • Jika mahu gabungkan dunia nyata dengan elemen maya, AR lebih sesuai.
  • Jika ingin melihat visual 3D hidup dalam ruang sebenar tanpa alat tambahan, naked-eye 3D menawarkan pengalaman tersebut.

Teknologi visual kini semakin luas dan tidak lagi terhad kepada VR sahaja. Naked-eye 3D membuka peluang baharu untuk menikmati visual 3D secara fizikal, sambil AR dan VR terus berkembang dalam bidang masing-masing.

Apa yang penting, kita faham bahawa immersive bukan sekadar tentang alat apa yang dipakai, tetapi bagaimana teknologi itu membolehkan kita rasa hadir, terlibat dan terpesona dalam pengalaman visual yang dicipta.

Jika anda ingin merasai sendiri bagaimana naked-eye 3D berfungsi dalam ruang sebenar, anda boleh cuba pengalaman ini di Space & Time Cube, Lot 10 Kuala Lumpur, salah satu lokasi yang kini menampilkan teknologi visual seperti ini untuk pengunjung. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments