SHERATON Hotels & Resorts, salah satu jenama unggul di bawah portfolio global Marriott Bonvoy, kini membuka lembaran baharu di Malaysia dengan kehadiran Sheraton Johor Bahru, hotel moden yang menandakan kemasukan rasmi jenama ini ke bandar yang penuh tenaga dan sedang berkembang pesat di selatan negara.
Hotel Sheraton pertama di Johor Bahru ini menandakan era baharu buat jenama ikonik tersebut, menampilkan rekaan kontemporari yang elegan dengan 345 bilik serba moden.
Ia turut menawarkan pengalaman berteraskan komuniti di mana tetamu bukan sekadar menginap, tetapi turut merasai rasa 'keterikatan' dan hubungan manusia yang menjadi tunjang baharu identiti Sheraton di seluruh dunia.
Terletak di lokasi strategik berhampiran Woodlands Checkpoint di Lebuhraya Tambak Johor–Singapura, hotel ini berada di persimpangan penting antara budaya, perdagangan dan kesalinghubungan serantau.
Dari sini, tetamu boleh menikmati akses mudah ke beberapa mercu tanda utama bandar seperti Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Kuil Cina Lama Johor Bahru, serta suasana meriah di Bazaar Karat Night Market.
Bagi keluarga dan pengembara kasual, destinasi popular seperti Legoland Malaysia dan Johor Premium Outlets juga berada tidak jauh.
Terletak kira-kira 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Sheraton Johor Bahru menjadi pintu masuk ideal untuk pengembara tempatan dan antarabangsa yang mencari keseimbangan antara keselesaan moden, kemudahan, dan kehangatan budaya tempatan.
Naib Presiden Wilayah Malaysia & Indonesia, Marriott International, Ramesh Jackson berkata pelancaran Sheraton Johor Bahru membawa semangat baharu kepada jenama ini, mencerminkan evolusi Sheraton dalam mencipta pengalaman tetamu yang lebih peribadi dan inklusif.
“Pembukaan Sheraton Johor Bahru merupakan momen bermakna buat kami dengan memperkenalkan rekaan inovatif dan falsafah komuniti yang menjadi identiti baharu jenama ini ke destinasi utama di Malaysia.
“Dengan lokasinya yang strategik serta pendekatan rekaan yang teliti, Sheraton Johor Bahru bukan sekadar tempat bermalam. Ia adalah tempat untuk berhubung, berehat dan merasa belonging,” jelasnya.
Keseimbangan Gaya, Keselesaan dan Kebersamaan
- Lobi Sheraton Johor Bahru mencerminkan transformasi baharu jenama Sheraton. Ruang terbuka yang bukan sekadar tempat pertemuan, tetapi pusat interaksi yang hidup dengan suasana hangat dan mesra.
- Hotel ini menempatkan 345 bilik dan suite elegan, menawarkan pelbagai pilihan penginapan untuk pengembara moden. Antara yang menonjol ialah Family Room dan Family Suite, direka khusus untuk keluarga yang ingin menikmati masa bersama dalam suasana selesa.
- Turut menawarkan pengalaman kulinari pelbagai citarasa, daripada sajian tempatan hingga antarabangsa dalam suasana santai dan bersahaja.
- Di wilayah selatan, Sheraton Johor Bahru dikenali sebagai lokasi pilihan untuk pelbagai acara berprestij. Dengan lapan ruang serba guna termasuk Grand Ballroom yang mampu menampung sehingga 1,400 tetamu, hotel ini menyediakan suasana ideal untuk segala jenis majlis, daripada mesyuarat perniagaan hingga perkahwinan penuh elegan.
- Tetamu boleh mengekalkan rutin kecergasan di Sheraton Fitness Center yang lengkap dengan peralatan moden, atau bersantai di kolam renang luar sambil menikmati pemandangan bandar.
- Bagi keluarga, kolam kanak-kanak terbesar di Johor Bahru menjadi tarikan utama. Manakala pengunjung yang gemar berbelanja boleh terus ke SKS City Mall yang bersambung dengan hotel, menempatkan pelbagai kedai, restoran dan hiburan.
Sheraton Johor Bahru bukan sekadar simbol kemewahan moden, tetapi juga cerminan evolusi baharu dalam dunia hospitaliti. Ia menandakan bagaimana rekaan, komuniti dan pengalaman boleh bersatu untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna. Ruang yang membuatkan setiap tetamu benar-benar berasa diterima dan berada di tempat sendiri. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments