Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Genshin Impact ‘Version Luna II’ Bawa Pemain Ke Dunia Miliastra Wonderland Mulai 22 Oktober


JENAMA hiburan global HoYoverse mengumumkan pelancaran rasmi Genshin Impact Version 'Luna II' atau Song of the Welkin Moon: Reprise - An Elegy for Faded Moonlight pada 22 Oktober ini.

Kemaskini ini menandakan era baharu untuk para pemain dengan pengenalan sistem UGC (User-Generated Content) pertama dalam permainan Miliastra Wonderland.

Sistem ini membolehkan pemain mencipta, meneroka dan bermain ratusan Stage penuh kreativiti serta cabaran, satu dunia yang dibina khas untuk mereka yang sukakan eksplorasi tanpa batas.

Dalam versi kali ini, watak-watak popular seperti Varka dan Arlecchino turut kembali untuk menentang ancaman di Nod-Krai, manakala Nefer debut sebagai watak boleh dimainkan dengan gaya serangan Lunar-Bloom yang penuh kuasa.

Dunia Baharu, Kebebasan Tanpa Batas

Pemain yang sudah menamatkan Archon Quest Prologue: The Outlander Who Caught the Wind boleh terus masuk ke Miliastra Wonderland, menikmati pelbagai mod seperti party games, PvP battles, cabaran pengembaraan dan banyak lagi.

Mereka boleh bekerjasama, bersaing atau bermain solo menyelesaikan teka-teki kompleks sambil menaik taraf kemahiran melalui sistem pencapaian dan papan kedudukan.

Watak pemain di dunia ini dikenali sebagai Manekins, avatar yang boleh diubah suai sepenuhnya daripada gaya rambut dan wajah hingga aksesori dan pakaian.

Pemain bebas mencipta gaya tersendiri atau memilih set siap sedia, dengan ganjaran menarik menanti menerusi acara dalam permainan.

Mereka yang lebih kreatif pula boleh jadi Craftsperson dalam sistem Miliastra Sandbox, di mana pemain bebas mereka cipta Stage sendiri menggunakan alat penyuntingan lengkap yang disediakan.

HoYoverse turut menawarkan tutorial rasmi, forum khas dan ganjaran eksklusif untuk ciptaan terbaik, menjadikan komuniti pemain lebih aktif dan dinamik.

Kembalinya Wira Lama & Kuasa Baharu Nefer

Selain dunia baharu, versi ini turut menampilkan bab Archon Quest yang meneruskan kisah ancaman musuh Rerir, Rächer of Solnari. Namun, kali ini pemain dibantu oleh Grand Master Varka, serta sekutu tidak disangka dari kumpulan Fatui Harbingers seperti The Knave dan The Marionette.


Watak baharu Nefer dari Curatorium of Secrets akan membantu dengan maklumat penting tentang Rerir sambil menjadi watak 5-bintang Dendro Catalyst yang membawa mekanik pertarungan baharu berasaskan Lunar-Bloom damage.

Pemain yang menamatkan Archon Quest dalam versi ini turut menerima 560 Primogems percuma, selain ganjaran lain seperti kad nama eksklusif, Ascendant Gleam state, dan peluang menjemput Collei melalui acara bermusim di Sumeru.

Dalam separuh pertama kemaskini ini, Event Wishes menampilkan Nefer dan Furina, sementara separuh kedua membawa semula Arlecchino dan Zhongli.

Genshin Impact Version 'Luna II' akan dilancarkan 22 Oktober ini dengan fungsi cross-progression dan Co-Op, boleh dimainkan di PlayStation, Xbox, PC, Android dan iOS. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments