Arwaafood dan JK Biscuits antara peniaga yang bijak dan kreatif menggunakan kelebihan platform Shopee untuk meningkatkan jualan | FOTO: Shopee |
DALAM dunia e-dagang yang semakin berkembang pesat di Malaysia, penjual tempatan kini tampil lebih bijak dan inovatif. Bukan sekadar bersaing harga, tetapi bijak memanfaatkan alat digital untuk mencipta nilai sebenar.
Melalui Shopee, peniaga seperti Arwaafood, JK Biscuits dan Hollywood MotorSport berjaya memperkenalkan pendekatan jualan yang kreatif dan berimpak, daripada penceritaan autentik hingga ke demonstrasi produk secara langsung.
Misalnya dengan menggunakan Shopee Live, penjual boleh berinteraksi secara langsung dengan pembeli, manakala Shopee Video pula untuk mempamer dan menerangkan produk, serta Shopee Affiliates sebagai dorongan penemuan produk, dan label ‘Lagi Murah’ untuk menunjukkan nilai yang berdaya saing.
Dengan menggabungkan ciri-ciri ini mengikut kesesuaian jenama dan matlamat, mereka bukan sahaja membina jualan tetapi juga membina kepercayaan, keterlihatan dan komuniti.
Arwaafood tawan pasaran makanan segera dengan gaya tersendiri
Arwaafood merupakan antara contoh terbaik bagaimana peniaga tempatan boleh menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran moden.
Diasaskan oleh Hadi Kaderi, Nizar Mustafa, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa, jenama ini menjual makanan segera bebas bahan pengawet yang berasaskan resipi tradisional.
Dengan menggunakan Shopee Live dan Shopee Video secara aktif, mereka tidak sekadar menjual produk, tetapi membina keyakinan pengguna melalui kandungan real-time termasuk sesi mukbang dan demonstrasi produk oleh pempengaruh dan Shopee Affiliates.
Kandungan sebegini membolehkan pembeli melihat sendiri rupa bentuk, saiz, dan tekstur produk sebelum membeli.
Strategi ini membuahkan hasil apabila Shopee Live Arwaafood mencecah lebih 660,000 tontonan dalam masa tiga bulan, dan pesanan meningkat sebanyak 144 peratus (%) semasa kempen Shopee 5.5 baru-baru ini.
Pakej produk Arwaafood yang disusun khas dan kandungan kreatif turut mendorong lebih 40% pesanan datang dari Shopee Affiliates.
Menurut Hadi Kaderi, hubungan erat dengan komuniti turut mempengaruhi strategi promosi Arwaafood.
“Pelanggan kami bijak, mereka menanti hari kempen dan baucar. Kami perhati bahawa mereka akan ‘top-up’ produk kami semasa waktu ini, jadi kami buat pakej untuk beri lebih nilai,” katanya yang cuba menyesuaikan masa promosi mengikut tingkah laku pembeli.
JK Biscuits: Jual buah segar melalui Shopee Live
Sementara itu, JK Biscuits yang beroperasi di Bidor, Perak membuktikan bahawa produk segar juga boleh dipasarkan secara efektif dalam talian.
Diasaskan oleh Madam Lai Nyuk Ling, JK Biscuits menjual jambu batu dan buah naga segar yang dibungkus rapi dan dihantar terus kepada pembeli.
Apa yang menarik, Madam Lai menggunakan Shopee Live untuk menunjukkan secara langsung bagaimana buah dipotong dan dibungkus, sekali gus memberi keyakinan kepada pelanggan tentang kesegaran dan kualiti produknya.
Walaupun perniagaan bermula dengan gerai buah kecil-kecilan, hasil daripada strategi itu, dia berjaya mencatat jualan harian sehingga RM4,000 dan mendapat pelanggan setia dari seluruh negara.
Kejayaan Madam Lai turut memberi inspirasi kepada komuniti setempatnya untuk meneroka dunia e-dagang, membuktikan bahawa penjual hasil tani tradisional juga boleh menggunakan teknologi digital untuk membina kepercayaan dan berhubung secara bermakna dengan pengguna moden.
Hollywood MotorSport: Bawa kepakaran ke platform dalam talian
Dalam kategori automotif, Hollywood MotorSport yang menjual alat ganti motosikal pula menggunakan kandungan Shopee Live dan Shopee Video untuk menyampaikan maklumat teknikal dengan lebih mudah difahami oleh pelanggan.
Semasa sesi live, pelanggan boleh mengajukan soalan terus kepada pasukan mereka, yang kemudian akan memberi tunjuk ajar secara real-time. Di Shopee Video pula, mereka menghasilkan video panduan pemasangan, demo penggunaan, serta tips penjagaan produk.
Menurut Pengarah Hollywood MotorSport, Simon Tan, sejak dahulu mereka amat menitikberatkan layanan peribadi kepada pelanggan di kedai fizikal, dan turut tawarkan pengalaman sama kepada lebih ramai pelanggan dalam talian.
“Shopee membantu kami berkembang melangkaui trafik fizikal melalui pemasaran affiliate, data, dan interaksi masa nyata. Kini, kami mencipta perkembangan baharu tanpa perlu mengorbankan operasi sedia ada kami di kedai fizikal,” katanya.
Kini, satu daripada lima pesanan bulanan mereka datang daripada Shopee Affiliate, dan kadar interaksi pengguna terhadap kandungan video mereka meningkat sehingga 10 kali ganda.
Ia bukan sahaja memacu jualan, malah turut mengukuhkan reputasi Hollywood MotorSport sebagai kedai pakar yang dipercayai untuk keperluan automotif.
Shopee sokong jualan bijak
Di sebalik semua kisah kejayaan itu ialah komitmen Shopee untuk memperkasa peniaga tempatan dengan alat dan data perniagaan yang mereka perlukan untuk mengadaptasi ke landskap e-dagang yang berubah-ubah ini.
Menurut Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, kata Tan Ming Kit, peniaga tempatan kini semakin matang dan tidak bergantung semata-mata kepada perang Harga, sebaliknya, mereka lebih fokus kepada penciptaan nilai dan interaksi bermakna bersama pelanggan.
“Mereka tidak hanya bersaing dari segi harga, tetapi menumpukan kepada nilai sebenar melalui inovasi dan penglibatan yang tulen.
"Kami menyokong mereka dengan data dan alat untuk merancang pendekatan tersendiri, membina hubungan jangka panjang dan berkembang secara berterusan lalu membentuk ekosistem e-dagang yang lebih sihat untuk semua,” katanya.
Sama ada Arwaafood yang berkongsi kisah di sebalik ramuan semula jadi mereka, JK Biscuits yang membawa pengalaman membeli buah secara langsung ke dalam talian, atau Hollywood MotorSport yang memberi panduan langkah demi langkah tentang produk automotif, para peniaga ini menunjukkan bahawa nilai bukan sekadar nombor. Ia tentang pendekatan inovatif yang membina hubungan bermakna dengan setiap transaksi. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments