HBO Max Januari: Siri Baharu, Filem Hebat & K-Drama Eksklusif Menanti Anda


JANUARI ini, HBO Max membawa penonton kepada barisan tayangan menarik yang pasti memikat setiap peminat hiburan.

Daripada siri original Max seperti The Pitt musim kedua yang menampilkan pemenang Emmy Noah Wyle, hingga HBO Originals seperti A Knight of the Seven Kingdoms dan Industry musim keempat, pilihan kandungan untuk bulan ini penuh variasi dan berkualiti.

Bagi penggemar filem, jangan lepaskan peluang menonton filem yang mendapat pujian kritikal One Battle After Another, menampilkan Leonardo DiCaprio dan Sean Penn, eksklusif di HBO Max.

Bagi peminat K-Entertainment, HBO Max kini menampilkan hub bertema TVING yang menempatkan tayangan eksklusif TVING Originals serta kandungan terpilih daripada CJ ENM dan TVING.

Antaranya termasuk Dear X, Villains, dan episod terbaharu, The Judge Returns, yang menampilkan Ji Sung sebagai Lee Han-young. Dalam siri ini, seorang hakim korup mati secara tidak adil dan kembali ke masa lalu untuk memperbetulkan kesilapannya, menjanjikan kisah yang penuh dramatik dan menegangkan.

Filem

Jurassic World Rebirth:  Tayangan perdana pada 9 Januari dan turut disiarkan di HBO pada 10 Januari jam 9 malam (waktu Malaysia).
Trust: Tayangan Perdana 16 Januari
All the Devils Are Here: Tayangan Perdana 23 Januari
Smurfs (2025): Tayangan Perdana 30 Januari dan turut ditayangkan di HBO pada 31 Januari jam 9 malam (waktu Malaysia).

Siries

• Episod terbaharu Talking Tom Heroes: Suddenly Super: Tayangan Perdana 8 & 29 Januari
The Pitt musim kedua (Max Original): Tayangan Perdana 9 Januari.
Industry musim keempat (HBO Original): Tayangan Perdana 12 Januari dan turut disiarkan di HBO jam 10 pagi waktu Malaysia.
Ponies: Tayangan Perdana 15 Januari
• Episod terbaharu Tiny Toons Looniversity musim kedua:  Tayangan Perdana 15 & 22 Januari
A Knight of the Seven Kingdoms (HBO Original): Tayangan Perdana 19 Januari dan turut disiarkan di HBO jam 10 malam waktu Malaysia.

Selain itu, penonton juga boleh menonton episod baharu The Judge Returns setiap Jumaat dan Sabtu, serta episod penutup Villains dan Amadeus masing-masing pada 8 dan 18 Januari.

Reality Series

• ID’s The Cult Behind the Killer: The Andrea Yates Story: Tayangan Perdana 7 Januari
• Food Network’s Wildcard Kitchen musim kedua: Tayangan Perdana 12 Januari
• Discovery’s Ed Stafford’s Rite of Passage: Tayangan Perdana 20 Januari
• ID’s The Curious Case of… musim kedua: Tayangan Perdana 27 Januari

Dengan pilihan tayangan yang luas dan pelbagai, Januari ini menjadi bulan yang sempurna untuk penonton HBO Max menikmati hiburan pelbagai genre. Daripada drama dan filem berkualiti tinggi hingga siri realiti dan animasi yang menyeronokkan.

Sama ada penggemar K-Entertainment, filem Hollywood, atau siri original Max dan HBO, penonton pasti akan menemui sesuatu yang menarik untuk dinikmati sepanjang bulan ini.

HBO Max sekali lagi membuktikan komitmen mereka sebagai destinasi utama bagi pengalaman streaming premium yang tidak boleh dilepaskan.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments