BIGO Live kini memburu bakat vokal paling hebat menerusi pelancaran pertandingan digital, ‘BIGO The Four! Battle for Glory’, iaitu sebuah pertarungan suara secara langsung yang menjanjikan aksi mendebarkan, persembahan bertenaga dan semangat juang tinggi dalam format masa nyata.
Pertandingan ini berlangsung selama tiga bulan dan terbuka kepada peserta dari seluruh Malaysia. Pendaftaran telah dibuka sejak 19 Mei dan akan ditutup pada 16 Jun 2025.
Melalui pertandingan ini, pengguna berpeluang menyaksikan sebuah pertandingan vokal dalam talian yang menampilkan persembahan secara langsung, cabaran mingguan dan peluang untuk menyerlahkan bakat masing-masing ke peringkat global.
Setiap minggu, sekumpulan penyanyi berbakat akan berentap secara langsung di atas pentas maya, menampilkan kebolehan vokal mereka untuk mara ke peringkat seterusnya. Matlamat utama mereka adalah untuk menempah tempat ke Grand Finale Stage.
Empat peserta terbaik setiap minggu akan dipilih sebagai ‘The Four’, namun kedudukan mereka bukanlah jaminan. Mereka perlu memberikan persembahan terbaik pada setiap minggu atau berdepan cabaran daripada peserta lain yang digelar ‘The Challengers’, yang bersedia merampas tempat mereka dalam kelompok empat terbaik.
Menariknya, sepanjang pertandingan ini berlangsung, semua peserta akan dibimbing oleh dua jurulatih vokal selebriti terkenal iaitu Sarah Ismail dan Pengiran Khairul Qayyum.
Mereka akan memberikan tunjuk ajar profesional untuk membantu para peserta memaksimumkan potensi dan kemampuan vokal masing-masing.
Bigo Live menyediakan platform untuk semua orang menikmati interaksi masa nyata dan hiburan inovatif dalam persekitaran digital yang selamat dan terjamin.
Menurut wakil rasmi Bigo Live Malaysia, pertandingan ini merupakan usaha untuk menyerlahkan bakat vokal luar biasa yang ada di Malaysia, di samping memperkukuhkan semangat komuniti serta kreativiti menerusi penstriman langsung.
Mereka menyatakan bahawa matlamat utama adalah untuk menyediakan pentas global kepada para pencipta kandungan agar dapat mengekspresikan kreativiti, bakat dan minat mereka, selain menjangkau peminat baharu dari seluruh dunia.
Justeru itu, semua pencipta dan pengguna dari Malaysia dialu-alukan untuk menyertai pertandingan bakat yang unik ini.
Hadiah menarik
‘BIGO The Four! Battle for Glory’ bukan sahaja membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang ingin menunjukkan kehebatan vokal mereka, malah menjanjikan perjalanan yang menyeronokkan, mencabar dan penuh ganjaran.
Sepanjang tempoh pertandingan, para peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk wang tunai, BIGO Beans, trofi dan barangan eksklusif yang turut diberikan kepada peminat.
Pemenang utama pertandingan ini akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 bersama barangan rasmi daripada Bigo Live.
Platform Bigo Live yang interaktif dan imersif telah menjadi ruang penting yang menyatukan ratusan ribu pengguna dalam sesi penstriman serta membantu ramai pencipta kandungan untuk melonjak ke tahap seterusnya.
Ramai antara mereka berjaya mengembangkan pengaruh mereka secara global dan menjana pendapatan melalui sistem hadiah maya yang disediakan oleh platform ini.
Pertandingan ini meraikan kepelbagaian bakat dalam komuniti dan terbuka kepada semua hos, pengguna serta orang awam yang menetap di Malaysia.
Mereka yang berminat boleh menyertai dengan menyertai acara uji bakat di Livehouse, dicalonkan oleh Agensi atau Family, mencalonkan diri sendiri melalui laman web rasmi Bigo Live, atau menghantar video penyertaan di media sosial menggunakan tanda pagar rasmi iaitu #The4Battle dan #bigolivemy.
Segala maklumat terkini seperti jadual pertandingan, peraturan dan hadiah boleh diakses terus menerusi aplikasi Bigo Live. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments