TIRAI 2026 dibuka dengan barisan tontonan yang menjanjikan pengalaman sinematik, emosi dan pengembaraan tanpa henti di Disney+. Dari dunia futuristik penuh teknologi, kisah misteri berbahaya, sehinggalah drama dan animasi yang dinanti-nantikan, bulan Januari ini hadir dengan variasi kandungan yang memenuhi selera penonton pelbagai peringkat usia.
Antara yang mencuri perhatian ialah kemunculan filem berskala besar, siri baharu yang berani, serta kesinambungan musim terbaharu bagi judul kegemaran ramai.
Berikut ialah sorotan utama kandungan yang bakal mengisi senarai tontonan Disney+ sepanjang Januari 2026.
Tron: Ares
Tayangan Perdana: 7 Januari
Pelakon: Jared Leto, Greta Lee, Evan Peters, Hasan Minhaj, Jodie Turner-Smith, Arturo Castro, Cameron Monaghan, Gillian Anderson, Jeff Bridges
Filem ini mengisahkan Ares, sebuah program canggih yang dihantar dari dunia digital ke dunia nyata dalam misi berbahaya. Peristiwa ini menandakan pertemuan pertama manusia dengan makhluk A.I., sekali gus mencetuskan persoalan besar tentang masa depan teknologi dan kemanusiaan.
The Beauty
Tayangan Perdana: 21 Januari
Pelakon: Evan Peters, Anthony Ramos, Jeremy Pope, Ashton Kutcher, Rebecca Hall
Siri
The Beauty tampil dengan naratif yang berani dan mengganggu emosi. Evan Peters dan Anthony Ramos mengetuai kisah dua ejen FBI yang menyiasat kes misteri di Paris, sebelum menemui kewujudan virus yang mampu mengubah manusia biasa menjadi simbol kesempurnaan fizikal.
Namun, keindahan itu hadir dengan harga yang mengerikan. Siasatan mereka membawa kepada seorang bilionair teknologi berpengaruh yang mencipta dadah revolusioner bernama The Beauty, dan sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi empayarnya.
Ketika wabak itu merebak merentasi Paris, Venice, Rome dan New York, masa depan manusia berada di ambang perubahan yang tidak terduga.
Medalist Season 2
Tayangan Perdana: 25 Januari
Pelakon: Natsumi Haruse, Takeo Ōtsuka, Emiri Katō, Ami Koshimizu, Manabu Muraji, Kana Ichinose, Yuma Uchida, Makoto Koichi, Hina Kino
Bagi peminat animasi dan kisah inspirasi,
Medalist Season 2 yang bakal ditayangkan pada 25 Januari kembali menyentuh emosi.
Siri ini mengikuti perjalanan Tsukasa Akeuraji, seorang bekas atlet luncur ais yang menemui semangat baharu apabila bertemu Inori Yuitsuka, gadis muda yang berazam menembusi dunia figure skating. Hubungan mentor dan atlet ini berkembang menjadi kisah tentang kepercayaan, disiplin dan impian untuk mencipta seorang juara.
Wonder Man
Tayangan Perdana: 28 Januari
Pelakon: Yahya Abdul-Mateen II, Ben Kingsley, Arian Moayed, X Mayo, Zlatko Burić, Olivia Thirlby, Byron Bowers
Menutup senarai tayangan utama bulan ini ialah
Wonder Man pada 28 Januari, sebuah siri yang menyelami dunia hiburan dari sudut yang lebih realistik.
Yahya Abdul-Mateen II membawa watak Simon Williams, seorang pelakon Hollywood yang bergelut mencari tempat dalam industri. Pertemuannya dengan Trevor Slattery membuka peluang luar biasa apabila seorang pengarah legenda ingin menghidupkan semula filem adiwira
Wonder Man.
Siri ini memberi gambaran di sebalik tabir industri hiburan, memperlihatkan perjuangan, persaingan dan harapan yang sering tersembunyi daripada mata penonton.
Selain judul utama, Disney+ turut menyajikan kesinambungan siri popular seperti
High Potential Musim 2 (7 Januari),
9-1-1 Musim 9 (9 Januari),
Percy Jackson and the Olympians Musim 2 (7 Januari), serta
Grey’s Anatomy Musim 22 (Januari) yang terus mengikat emosi peminat setia.
Kandungan kanak-kanak dan keluarga turut diperkaya dengan siri seperti
Cat’s Eye (2 Januari),
Spidey and His Amazing Friends Musim 4 (10 Januari),
The Tale of Silyan (10 Januari), serta dokumentari pengembaraan
Pole to Pole with Will Smith (14 Januari) yang membawa penonton merentas dunia.
Dengan gabungan aksi futuristik, drama penuh suspens, kisah inspirasi dan hiburan keluarga, Disney+ menjadikan Januari 2026 sebagai permulaan tahun yang padat dengan cerita menarik.
Sama ada untuk tontonan santai atau maraton hujung minggu, platform ini menawarkan sesuatu untuk setiap jenis penonton.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments