APABILA pihak berkuasa tempatan tunduk pada rasuah, ruang itu pantas diambil alih oleh para perompak yang haus kuasa.
Dari situlah tercetusnya pertarungan sengit demi keadilan dalam
The Murky Stream, siri Korea terbaharu yang bakal menemui penonton pada 26 September, hanya di Disney+ Hotstar.
Mengambil latar era Joseon abad ke-16, ketika Sungai Gyeong yang kini dikenali sebagai Sungai Han menjadi nadi perdagangan, kuasa, dan kerakusan tanpa kawalan, kisah ini merungkai bagaimana keadilan menjadi taruhan dalam dunia yang penuh penindasan.
Di tengah gelora itu, muncul Siyul, seorang bekas bangsawan muda yang pernah bercita-cita menggapai kehormatan tentera, tetapi kini terjerumus menjadi buruan dan penguat kuasa kumpulan samseng, keras akibat pengkhianatan yang pernah ditelan.
Dalam masa yang sama, sahabat Ketika kecilnya, Jung Chun, telah berjaya mencapai apa yang pernah diimpikan Siyul, seorang pegawai beruniform yang menjaga undang-undang.
Di antara mereka berdiri Choi Eun, seorang pedagang wanita yang tajam akal dan berani, cuba bertahan dalam dunia yang sarat dengan kerakusan sambil mencari peluang untuk melawan.
Nasib mempertemukan mereka bertiga yang pada mulanya terpisah oleh takdir, tetapi akhirnya disatukan oleh tujuan sama, menggugat kuasa-kuasa besar yang menindas golongan lemah.
Kesetiaan, Pengkhianatan & Pertarungan
The Murky Stream menjanjikan sebuah drama penuh ketegangan tentang kesetiaan, pemberontakan, dan perjuangan untuk merampas kembali keadilan dalam dunia yang seakan hilang pedoman.
Menampilkan barisan pelakon hebat, siri ini dibintangi oleh Rowoon sebagai Jang Siyul, penguat kuasa samseng yang dihantui masa lalu; Shin Yeeun sebagai Choi Eun, pedagang berwawasan yang tidak mudah dipatahkan; dan Park Seoham sebagai Jung Chun, pegawai muda yang baru dilantik di balai polis tempatan.
Kekuatan jalan cerita
The Murky Stream lahir daripada sentuhan penulis Chun Sungil dan pengarah berpengalaman Choo Changmin, dua nama besar dalam dunia drama sejarah Korea yang terkenal dengan karya penuh jiwa dan intensiti.
Siri ini juga menjadi tambahan terbaharu dalam senarai panjang Korean Originals yang semakin mewarnai platform Disney+ Hotstar, sekali gus menjanjikan pengalaman tontonan yang sarat emosi, penuh aksi, dan dekat dengan jiwa penonton.
Bersiaplah untuk hanyut dalam dunia penuh konflik, persahabatan, dan pengorbanan kerana
The Murky Stream bakal mula distrim pada 26 September, hanya di Disney+ Hotstar.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments