PELAKON veteran, Charlie Nu'man meninggal dunia di kediaman anaknya di Sri Rampai, Wangsa Maju sekitar jam 8 malam Rabu.
Charlie atau nama sebenarnya, Nu'man Mohd Salleh, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun selepas seminggu disahkan menghidap kanser usus tahap empat.
Difahamkan jenazah Charlie akan disempurnakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati dan akan dikebumikan di Raudhatul Sakinah Taman Selaseh, Batu Caves selepas Zuhur.
Sebelum ini, keadaan Allahyarham dilaporkan kritikal dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Selepas dibenarkan keluar dari hospital pada 9 Oktober lalu, Charlie hanya terlantar dan tidak lagi mampu bertutur.
Di sebalik perjalanan hidup yang penuh liku, Allahyarham pernah melalui dua perkahwinan dan masing-masing berakhir dengan perceraian. Hasil perkahwinan pertama dikurniakan tiga cahaya mata dan enam lagi daripada perkahwinan kedua.
ARTIKEL LAIN:
0 Comments