Isetan KLCC kini kembali dengan suasana lebih segar, moden, dan membuka lembaran baharu dalam dunia retail. Hari ini, gedung ikonik dari Jepun ini secara rasmi dibuka semula di Suria KLCC dengan wajah baharu yang serba transformasi.
Bertemakan 'Centred Around You', ruang beli-belah ini kini direka untuk menepati cita rasa dan gaya hidup pengguna masa kini yang lebih dinamik dan berbeza.
Selepas melalui proses pengubahsuaian besar-besaran, Isetan KLCC tampil dengan enam tingkat baharu yang dipenuhi pengalaman sensori menyeluruh. Bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi ruang untuk diteroka, diekspresi, dan dinikmati.
Ruang yang dibuka semula ini bukan sekadar ‘facelift’ tetapi ia satu perubahan menyeluruh tentang makna membeli-belah di Isetan.
Daripada cara kita berpakaian, makan, berinteraksi hingga gaya hidup yang lebih peribadi, semuanya diambil kira dalam perancangan semula gedung ini.
Era Baharu Retail: Bukan Lagi Sekadar Produk
Setiap tingkat di Isetan kini dibahagikan mengikut zon gaya hidup tersendiri dan memberi nafas baharu kepada pengalaman membeli-belah.
Rasai kesegaran daripada koleksi bermusim terbaru, pelancaran edisi terhad, sehinggalah produk inovatif terkini.
Temui ruang untuk ekspresi diri menerusi seleksi fesyen, haruman, dan produk kecantikan yang dikurasi untuk meraikan keunikan setiap individu.
Nikmati suasana mesra dengan ruang yang selesa untuk membeli-belah, menjamu selera, dan menghabiskan masa berkualiti bersama orang tersayang.
Paling istimewa, di tengah setiap tingkat ada ‘stage’, sebuah pentas konsep yang menjadi platform pop-up untuk jenama-jenama baharu, kolaborasi artisan, serta aktiviti eksklusif.
Menerusi inisiatif ‘Always New @ Stage’, pengunjung bakal disajikan dengan kejutan-kejutan seperti pelancaran istimewa, bengkel interaktif dan produk eksklusif peringkat global yang pertama kali ditampilkan.
Kembali dengan Semangat Baru
Pembukaan semula Isetan KLCC bukan sekadar ‘come back’ tetapi ini adalah satu bentuk reinvention. Dengan kurasi rapi, sentuhan budaya rentas sempadan dan inovasi yang disemat di setiap sudut, Isetan mengajak semua untuk alami retail dengan cara baharu yang lebih peribadi, lebih relevan, dan penuh penemuan.
Sama ada anda sedang mencari haruman ikonik untuk dijadikan signature, inspirasi untuk gaya hidup sihat, atau wardrobe yang mencerminkan identiti sebenar anda, semuanya bermula di sini. Isetan KLCC kembali, dan kali ini, semuanya tentang anda. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments