Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pop-Up Periuk Nasi Gergasi MR D.I.Y. di Bukit Bintang Curi Tumpuan Ramai

Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. (tengah), dan Elaine Ho, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. (keempat dari kiri), di majlis pelancaran pop-up pertama peruncit itu, iaitu ‘Periuk Nasi Gergasi’

BAGAIMANA jika anda boleh melangkah masuk ke dalam sebuah periuk nasi? MR D.I.Y. menjemput rakyat Malaysia melakukan perkara tersebut melalui kedai pop-up periuk nasi gergasi yang pertama seumpamanya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur – sebahagian daripada inisiatif terbaharu di seluruh negara, 'Kini, Produk MR D.I.Y. Tahan Lebih Lama.'

Pengalaman imersif yang lengkap dengan efek 'wap', alunan muzik meriah serta aktiviti mesra keluarga, merupakan cara kreatif MR D.I.Y. menghidupkan janji kualitinya.

Periuk nasi setinggi 16 kaki ini bukan sekadar gimik visual. Ia hadir lengkap dengan efek wap, muzik meriah dan aktiviti mesra keluarga yang membuatkan pengunjung rasa seolah-olah berada dalam dunia fantasi.

Semua ini adalah simbol bagaimana produk MR D.I.Y. membawa keselesaan dan kebolehpercayaan ke dalam kehidupan harian. Lebih menarik, produk mereka telah diperakui oleh badan berkredibiliti seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk kelengkapan air, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk piawaian kualiti dan keselamatan, Sijil Pematuhan Piawaian Keselamatan Mainan Eropah (COC EN71) bagi keselamatan mainan serta MCMC bagi peralatan multimedia.

Pensijilan ini menegaskan komitmen MR D.I.Y. untuk menyediakan produk yang lebih selamat, lebih tahan lama, dan mematuhi piawaian tertinggi.

Steamie, maskot panda & kejutan eksklusif

Bermula 1 hingga 12 Oktober 2025, pop-up unik ini bakal menghiburkan pengunjung dengan pelbagai tarikan. Daripada barangan eksklusif, diskaun istimewa, hinggalah peluang untuk membawa pulang plushie edisi terhad.

MR D.I.Y. turut memeriahkan pelancaran dengan persembahan tarian maskot PANDAi, sambil memperkenalkan trio plushie comel BUDDiY iaitu Steamie (periuk nasi), Sizzy (seterika), dan A-Ha! (mentol lampu).

Beg silang PANDAi yang dijual pada harga RM25.90 juga ditawarkan hanya di pop-up ini, manakala pengunjung yang berbelanja RM25 ke atas berpeluang menerima plushie BUDDiY secara percuma.

Pendek kata, acara ini adalah gabungan membeli belah, hiburan dan koleksi edisi khas yang sukar dilepaskan.


Menurut Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, acara ini adalah bukti bahawa jenama tersebut sentiasa mencari cara baharu untuk berhubung dengan pelanggan.

“Selama lebih 20 tahun, rakyat Malaysia telah mempercayai kami untuk menyediakan kualiti pada harga mampu milik. Hari ini, kami membuktikan produk kami bukan sahaja murah, tapi direka untuk tahan lebih lama. Inilah cara kami memberi nilai lebih daripada janji ‘Always Low Prices’,” katanya.

Inisiatif ‘Kini, Produk MR D.I.Y. Tahan Lebih Lama’ kini diperluas ke lebih 1,500 cawangan seluruh negara dengan promosi khas untuk produk terpilih.

Sama ada anda mahu swafoto dengan periuk nasi gergasi Steamie, mengumpul beg silang PANDAi, atau sekadar menikmati pengalaman unik di tengah kota, pop-up ini pastinya akan jadi perbualan hangat.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke kedai pop-up MR D.I.Y. di Fahrenheit88, Bukit Bintang dari 1 hingga 12 Oktober 2025. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments