JABATAN Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah menafikan dakwaan bahawa seorang individu bukan warganegara telah dilantik sebagai Pengarah Produksi di stesen tersebut.
Dalam satu kenyataan rasmi pada Khamis, RTM Sabah menegaskan bahawa tuduhan melibatkan pelantikan individu tersebut yang didakwa berstatus bukan warganegara adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Dakwaan itu mula tular selepas seorang penggiat seni tempatan Sabah, memuat naik hantaran di akaun media sosial miliknya pada 5 Julai 2025, mendakwa kononnya RTM Sabah melantik individu terbabit ke jawatan penting dalam organisasi.
RTM Sabah turut menegaskan bahawa mereka tidak pernah menyalurkan sebarang bentuk dana atau peruntukan kepada individu yang dinamakan dalam tuduhan tersebut.
Bagi menangani penyebaran maklumat palsu ini, pihak RTM Sabah telah mengambil langkah tegas dengan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya.
RTM Sabah dalam kenyataan sama turut menegaskan komitmen mereka untuk mengekalkan integriti dalam setiap pelantikan jawatan dan pengurusan sumber manusia, selain tidak akan berkompromi terhadap sebarang tuduhan palsu yang mencemarkan reputasi jabatan dan petugasnya. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments