Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nevermore Academy Kini di Malaysia: Pintu Misteri Terbuka di Sunway Pyramid


AWAN kelabu yang menyimpan seribu satu rahsia bakal menyelubungi Lembah Klang, dan untuk yang berani, inilah masanya menyahut panggilan gelap itu.

Bermula
1 hingga 17 Ogos 2025, Nevermore Academy: Malaysia Campus akan dibuka secara rasmi di Sunway Pyramid.

Sama
ada anda seorang Outcast atau Normie, semua dijemput hadir ke sesi orientasi yang menjanjikan pengalaman luar biasa.

Cuma
satu pesanan, datang hanya jika anda berani.
Tarikh: 1 - 17 Ogos 2025
Lokasi: LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid
Waktu Operasi: 1 Ogos: 4 petang hingga 10 malam dan 2-17 Ogos: 10 pagi hingga 10 malam

Dalam
suasana suram yang ikonik seperti dalam siri Wednesday, pengunjung akan melalui beberapa stesen pengalaman interaktif yang diinspirasikan oleh dunia Nevermore.

Bersedialah
untuk masuk ke dunia Nightshade Library yang penuh misteri, di mana misi rahsia sedang menanti untuk dipecahkan.

Tangan
anda pula akan diuji dalam kelas Alchemy & Transmutation, tempat untuk mereka yang berani bermain dengan unsurKemudian, luahkan sisi artistik yang sedikit gelap dalam Elemental Botany, di mana anda boleh hasilkan karya botani dengan sentuhan macabre tersendiri.

Jika
anda fikir bilik asrama Wednesday dan Enid adalah tempat berehat, fikir semula. Di sana, sebuah teka-teki perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda boleh keluar.

Lengkapkan
semua tugasan orientasi dan buktikan anda layak. Hadiah misteri menanti (terhad setiap hari, siapa cepat dia dapat).

Dan
siapa tahu, jika anda berada di lokasi dan masa yang tepat, anda mungkin akan terlihatanggota badan tertentu’ yang sedang bersiar-siar bawah cahaya matahari di sekitar Sunway Pyramid, atau mungkin juga sedang merayau-rayau di Lembah Klang.

Sebagai
kemuncak, musim kedua siri Wednesday akan mula ditayangkan dalam dua bahagian pada 6 Ogos dan 3 September, eksklusif di Netflix. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments