Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Stay (If You Wanna Dance): Babak Baharu Perjalanan Muzik Myles Smith


SELEPAS menamatkan jelajah dunia bersama Ed Sheeran, penyanyi-penulis lagu berbakat dari UK, Myles Smith kini kembali dengan single segar berjudul Stay (If You Wanna Dance).

Lagu ini hadir sebagai sebuah anthem penuh semangat yang menambah lagi warna dalam tahun penuh kejayaan buat Myles, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai salah satu suara baharu paling menarik dalam muzik British.

Single ini dilancarkan dengan penuh hype selepas teaser awalnya menjadi bualan ramai. Dibantu oleh sokongan bintang global seperti Ed Sheeran dan Alex Warren, Myles berkongsi sedikit sedutan lagu tersebut di media sosial, sambil mendedahkan bahawa ia ditulis hanya dua hari selepas persembahannya di Copenhagen.

Menurut Myles, 27, inspirasi di sebalik lagu ini datang daripada pengalaman peribadinya sendiri yang penuh refleksi. Baginya, muzik bukan sekadar hiburan tetapi juga ruang untuk menyampaikan mesej yang lebih mendalam.

“Lagu ini tentang melepaskan diri daripada kitaran hidup yang membuatkan dunia terasa lebih kecil daripada yang sebenarnya. Pada asasnya adalah soal hubungan, kebebasan, dan memilih untuk hidup pada saat ini,” kata Myles tentang karya terbarunya.

Dengan setiap langkah, Myles terus memperlihatkan sisi berani dalam seni muziknya.  Stay (If You Wanna Dance) menjadi bukti evolusi kreatifnya, sekali gus membuka jalan untuk musim yang lebih menarik menjelang pelancaran album debutnya yang kini sangat dinantikan.

Dari Stargazing ke Pentas Dunia

Sepanjang tahun ini sahaja, Myles telah membuat persembahan di hadapan lebih 100,000 penonton menerusi siri konsert solo yang sold-out di UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Amerika Utara, termasuk satu slot istimewa di Glastonbury yang penuh sesak.

Pada Mei lalu, dia meraih penghargaan berprestij Ivor Novello Award untuk kategori Most Performed Work. Tidak cukup dengan itu, minggu ini Myles turut diumumkan sebagai artis sokongan utama untuk jelajah Ed Sheeran di Amerika Syarikat pada musim panas 2026.

Tahun 2024 juga mencatatkan detik penting dalam kerjayanya. Daripada memenangi anugerah BRITs Rising Star, dinobatkan sebagai BBC Introducing Artist of the Year, hingga tersenarai dalam BBC Sound of 2025, perjalanan Myles ibarat roket yang terus meluncur laju.

Single breakthrough, Stargazing, muncul sebagai lagu UK paling besar di pentas global tahun tersebut. Lagu itu bertahan 29 minggu dalam carta Billboard Hot 100 dan kini hampir mencecah satu bilion strim di Spotify.

Malah, sebelum Oktober tahun ini, katalog keseluruhan muzik Myles dijangka mencapai 3 bilion strim. Stargazing sudah pun menjadi sebuah moden klasik, mendominasi carta radio di Amerika Syarikat, UK, Kanada, Jerman, New Zealand, Belanda, Sweden, Belgium, dan Switzerland.

Penampilannya di BRIT Awards 2025 juga mencuri perhatian. Bukan sekadar persembahan dan kemenangannya, tetapi ucapan penerimaan anugerah yang lantang.

Myles menyeru kerajaan untuk memberikan lebih sokongan kepada seni dan memastikan generasi akan datang mendapat akses kepada peluang kreatif, sebuah mesej advokasi dan ketahanan yang selari dengan jiwa muziknya.

Perjalanan Myles bermula di Luton, di mana dia sudah belajar bermain gitar dan piano sejak usia 12 tahun. Dari persembahan kecil di pub dan sesi open-mic, muziknya mula menembusi dunia digital.

Cover jujur seperti Sweater Weather dan I Found membuka jalan kepada karya asli seperti Solo dan My Home, sebelum akhirnya Myles menandatangani kontrak dengan RCA, label di bawah Sony, pada 2023.

Kini, dengan kejujuran penceritaan dan melodi yang menyentuh hati, Myles Smith sudah pun menjadi salah satu nama baharu paling mempesonakan dalam muzik UK. Dan daripada setiap pencapaian, jelas bahawa perjalanan luar biasa ini baru sahaja bermula. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments