Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Acha Septriasa Kini Ibu Tunggal, Sah Bercerai Sejak Mei Lalu


TIADA siapa yang mengimpikan pengakhiran dalam sebuah perkahwinan yang dibina atas cinta. Namun kadang-kadang, takdir memberi jalan berbeza dan begitulah yang berlaku kepada pelakon Indonesia, Acha Septriasa.

Selepas
hampir sembilan tahun bergelar isteri, Acha sah bercerai dengan suaminya, Vicky Kharisma, seorang jurutera teknologi maklumat.

Pasangan
ini rasmi bercerai sejak Mei lalu menerusi keputusan Mahkamah Agama Jakarta Pusat, selepas Vicky tidak hadir ke perbicaraan meskipun telah dipanggil secara sah.

Menurut
laporan media tempatan yang memetik dokumen rasmi mahkamah, keputusan tersebut dijatuhkan secara verstek (tanpa kehadiran pihak suami) pada 19 Mei 2025, dengan lafaz talak satu ba’in shughra.

Acha
, atau nama penuhnya Jelita Septriasa IR Sagitta Ahimsha, turut diminta membayar jumlah sekitar RM600 sebagai wang tebus talak.

Pergolakan Berpanjangan


Berdasarkan
salinan keputusan yang diperoleh daripada Direktori Putusan Mahkamah Agung Republik Indonesia, Acha memfailkan permohonan cerai pada Disember 2024 selepas mereka dilaporkan tidak lagi tinggal sebumbung sejak setahun sebelumnya.

Kemelut
rumah tangga Acha dan Vicky dikatakan bermula sekitar 2021, diiringi pertengkaran yang kerap hingga Vicky didakwa telah melafazkan talak sebanyak lima kali sebelum ini.

Pasangan
ini mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2016 dan menetap di Sydney, Australia sejak awal perkahwinan. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Bridgia Kalina Kharisma yang kini berusia 7 tahun.

Dalam
perkembangan lain, Acha kini kembali aktif dalam dunia lakonan termasuk membintangi filem Rahasia Perempuan Gila dan Qodrat 2Meski kini memegang status ibu tunggal, namun Acha tetap kelihatan tenang dan positif dalam melalui fasa baharu hidupnya- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments