Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Destinasi ‘Cool Down’ Paling Dicari: Semporna, Kuala Terengganu & Tioman Tersenarai di Agoda


CUACA panas melampau tak menghalang rakyat Malaysia daripada terus merancang percutian, malah jadi alasan kukuh untuk larikan diri daripada bahang kota.

Menurut
data terkini dari platform pelancongan digital Agoda, tiga destinasi pantai tempatan mencatat lonjakan carian tertinggi untuk musim panas kali ini ialah Semporna, Kuala Terengganu dan Pulau Tioman.

Carian
untuk destinasi-destinasiberbayu lautmeningkat sebanyak 35 peratus (%) berbanding tahun lalu, khususnya bagi tempoh tempahan antara Jun hingga Ogos 2025.

Rata-rata
pelancong tempatan mencari suasana yang lebih segar dan santai, jauh daripada udara panas dan kesesakan bandar. Bila cuaca membahang, ramai yang rindu hembusan angin laut dan deruan ombak.

T
iga lokasi tumpuan utama yang sedang trending di Agoda

1. Semporna -
Keindahan Dasar Laut & Vila Atas Air
Peningkatan carian: +38%

Terkenal
dengan air sejernih kristal dan vila terapung yang ikonik, Semporna memang pilihan ideal untuk yang mahukan 'cool down' yang sebenar. Bukan setakat selfie, tapi selam terus bawah laut.

Nikmati
pengalaman menyelam skuba di Sipadan, snorkel di Mabul dan Kapalai, atau sekadar bersantai atas bot layar dengan pemandangan matahari terbenam.

Letak
telefon, tinggalkan notifikasi dan tenggelam dalam dunia karang yang menakjubkan.

2. Kuala Terengganu - Santai Pesisir Pantai, Kaya Budaya
Peningkatan carian: +37%

Di
sinilah gabungan pesona tradisi dan keindahan pantai bertemu. Pengunjung boleh menyusuri pantai Batu Buruk, meneguk air kelapa segar, dan menikmati angin sepoi-sepoi Laut China Selatan sambil mendengar alunan muzik tradisional atau menyaksikan pembuatan bot di kampung nelayan.

Kuala Terengganu juga
semakin digemari kerana suasana damai dan vibes ‘cuti balik kampung’ yang menyamankan. Satu tempat, dua dunia - rehat fizikal dan recharge jiwa.

3.
Pulau Tioman - Redup, Rimba & Air Terjun Semula Jadi
Peningkatan carian: +27%

Pulau
yang terletak di luar pesisir Pahang ini kekal menjadi kegemaran pelancong yang sukakan kehijauan. Ramai memilih resort yang tersembunyi di rimba, ditemani bunyi alam dan pemandangan laut yang terbentang.

Nak
lebih ‘cool’? Teroka Air Terjun Asah atau lalui trek hutan menuju ke pantai-pantai terpencil. Tioman bukan sekadar pantai, ia terapi alam yang menyeluruh.

Lebih
Daripada Sekadar Percutian Biasa

Menurut
Pengarah Negara Malaysia Agoda, Fabian Teja, trend ini menunjukkan betapa warga tempatan semakin menghargai pengalaman yang memberikan keseimbangan antara fizikal dan mental.

“Pantai bukan sekadar tempat bercuti tetapi ia ruang untuk nafas semula. Dengan pelbagai pilihan dan tawaran hebat, Agoda bantu pelancong cari tempat terbaik untuk ‘reset’,” katanya.

Dengan
lebih 6 juta pilihan penginapan di seluruh dunia, Agoda terus menjadi platform utama untuk mencari tempat menginap, dari resort sejuk berangin, kolam infiniti yang tenang, hingga bilik menghadap laut yang menenangkan.

Jadi,
kalau anda tengah fikir nak lari sekejap dari cuaca membahang, mungkin ini masa terbaik. Buka Agoda.com atau aplikasi mudah alih, dan mulakan langkah pertama ke arah percutian yang lebih tenang, lebih sejuk, lebih chill. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments