Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Siri TV Harry Potter Terbitan HBO Kini Dalam Pembikinan

Penggambaran siri Harry Potter sudah bermula | KREDIT FOTO: Aidan Monaghan/HBO/HBO Max

SIRI televisyen Harry Potter versi HBO Original akhirnya memulakan fasa penggambaran di Warner Bros. Studios Leavesden, United Kingdom (UK), lokasi ikonik yang pernah menjadi latar penggambaran filem-filem asal francais tersebut.

Siri yang sangat dinanti-nantikan ini dijadualkan tayangannya pada tahun 2027 menerusi HBO dan HBO Max, termasuk di pasaran baharu yang bakal dilancarkan seperti Jerman, Itali dan UK.

Antara pelakon baharu yang diumumkan termasuk Rory Wilmot sebagai Neville Longbottom, Amos Kitson (Dudley Dursley), Louise Brealey (Madam Rolanda Hooch), dan Anton Lesser (Garrick Ollivander).

Bukan itu sahaja, nama-nama besar dalam industri turut menyertai produksi ini sebagai ketua jabatan teknikal dan kreatif.

Antaranya Adriano Goldman (Pengarah Fotografi), Cate Hall (Pereka Gaya Rambut & Solekan), Paul Herbert (Penyelaras Aksi Lagak Ngeri), Mark Holt (Penyelia Kesan Khas), Mara LePere-Schloop (Pereka Produksi) dan Naomi Moore (Penghias Set).

Diikuti John Nolan (Penyelia Reka Bentuk Kesan Makhluk), Alexis Wajsbrot (Penyelia Kesan Visual), dan Dom Sidoli (Penerbit Kesan Visual). Holly Waddington yang sebelum ini telah diumumkan akan berperanan sebagai Pereka Kostum.

Siri ini ditulis dan diterbitkan oleh Francesca Gardiner. Mark Mylod pula bertindak selaku penerbit eksekutif dan akan mengarahkan beberapa episod utama. Projek ini merupakan kerjasama antara HBO, Brontë Film and TV serta Warner Bros. Television.

Rory Wilmot, Amos Kitson, Louise Brealey dan Anton Lesser | KREDIT FOTO: Aidan Monaghan/HBO/HBO Max


J.K. Rowling, pencipta asal dunia sihir Harry Potter, turut terlibat sebagai penerbit eksekutif bersama Neil Blair dan Ruth Kenley-Letts dari Brontë Film and TV, serta David Heyman dari Heyday Films.

Sementara menantikan kemunculan siri ini, peminat boleh kembali menyelusuri dunia sihir Hogwarts dengan menonton semula koleksi filem lengkap Harry Potter di HBO Max. Langgan sekarang di www.hbomax.com- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:


Post a Comment

0 Comments