Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Singapore Oceanarium di Resorts World Sentosa Umum Pembukaan rasmi Pada 24 Julai


RESORT World Sentosa (RWS) secara rasmi mengumumkan Singapore Oceanarium, destinasi marin bertaraf dunia akan dibuka kepada orang ramai bermula 24 Julai 2025, selepas majlis perasmian tertutup pada 23 Julai.

Ini adalah peluang pertama untuk pengunjung merasai pengalaman marin unik yang menggabungkan penceritaan imersif, sains marin dan aktiviti bermakna bagi memupuk pengetahuan, rasa cinta dan tindakan positif terhadap lautan.

Sempena pembukaan rasmi, Singapore Oceanarium bakal mengadakan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan istimewa, bengkel interaktif, pameran seni, pembentangan dan banyak lagi, menampilkan bakat tempatan.

Aktiviti-aktiviti ini direka khas untuk pengunjung pelbagai usia bagi meneroka peranan masing-masing dalam melindungi lautan.

Selain sambutan pembukaan, Oceanarium juga memperkenalkan program awam berasaskan pemeliharaan lautan yang boleh menjadi sebahagian daripada lawatan harian pengunjung.

Musim Penuh Cerita dan Penemuan

Antara sorotan utama sambutan pembukaan ialah Minggu Penyelidikan & Pembelajaran, berlangsung dari 25 hingga 27 Julai 2025 di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Singapore Oceanarium.

Program ini disusun khas untuk individu yang berminat dalam pemeliharaan lautan, dan menampilkan pelbagai sesi menarik seperti ceramah oleh pakar, bengkel interaktif serta pameran khas yang dikendalikan oleh rakan institusi dan pakar oceanarium bagi mengetengahkan penyelidikan semasa dan memperkasa pengetahuan tentang lautan.

Antara tumpuan utama ialah Pameran Hidupan Laut, yang memperlihatkan keindahan biodiversiti marin. Pameran ini dihasilkan bersama Universiti Nasional Singapura (NUS), Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC), serta memaparkan koleksi unik Muzium Sejarah Alam Lee Kong Chian dan kerjasama Makmal Hidup (Living Laboratory) RWS-NUS.

Galeri foto Ties That Bind, hasil karya dua jurugambar Singapura bertaraf antarabangsa iaitu Toh Xing Jie dan Michael Aw pula memberi gambaran visual yang menyentuh emosi tentang hubungan antara manusia dan lautan.

Berlangsung di zon Spirit of Exploration, galeri ini turut meraikan semangat SG60 dan mengetengahkan spesies marin tempatan yang memperkaya biodiversiti laut Singapura.

Pengalaman Yang Menyentuh Jiwa & Menggerakkan Tindakan

Singapore Oceanarium turut memperkenalkan rangkaian program mendalam yang menggalakkan pemahaman sains marin dan pemeliharaan lautan.

| KREDIT FOTO: Singapore Oceanarium, Resorts World Sentosa

KREDIT FOTO: Singapore Oceanarium, Resorts World Sentosa

Program Singapore Oceanarium Insider Experience menawarkan peluang eksklusif di sebalik tabir bersama pakar oceanarium untuk melihat bagaimana habitat marin dipelihara dan bagaimana kesejahteraan haiwan dijaga setiap hari.

Sementara Bengkel Fossilist yang dijalankan di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran, adalah program interaktif tentang fosil, termasuk aktiviti ekskavasi di mana peserta boleh menemui dan membawa pulang 'penemuan' mereka sendiri. Direka khas untuk keluarga dan dewasa.

Lawatan Edukasi: Kenali Haiwan & Ekosistem

Sebagai sebahagian daripada perjalanan pembelajaran yang menyeluruh, Singapore Oceanarium turut menawarkan pengalaman edukasi yang membawa pengunjung lebih dekat dengan pelbagai spesies marin dan ekosistem unik.

Melalui sesi interaktif ini, pengunjung bukan sahaja dapat mengenali haiwan-haiwan menakjubkan dengan lebih dekat, tetapi juga memahami peranan penting mereka dalam menjaga keseimbangan lautan.

● Kenali Haiwan: Obor-obor Laut
Lawatan ke Makmal Akuaris untuk melihat sendiri penjagaan & pembiakan obor-obor, termasuk sesi memberi makan secara langsung.

● Kenali Haiwan: Batu Karang
Fokus kepada pentingnya batu karang sebagai ‘arkitek hidup’ terumbu, termasuk demonstrasi propagasi karang.

● Lautan dalam Fokus: Menyelami Jurang Laut Dalam
Memperkenalkan spesies laut dalam dan memberi akses ke kawasan penjagaan haiwan laut dalam yang jarang ditemui.

Mulai 23 Julai 2025, pengunjung boleh memuat turun aplikasi mudah alih Singapore Oceanarium, yang menawarkan pengalaman interaktif melalui AR dan VR, pembelian tiket, pendaftaran sukarelawan serta akses kandungan eksklusif.

Tiket juga membolehkan laluan keutamaan ke oceanarium serta akses percuma ke Pier Adventure (bernilai S$10, kira-kira RM33) sehingga 31 Ogos 2025, laluan jaring tergantung yang menawarkan pandangan unik dari atas replika kapal layar Arab abad ke-9, Jewel of Muscat.

Lebih menarik, pengunjung boleh membuat ikrar interaktif, menyatakan komitmen mereka untuk melindungi lautan. Ikrar ini dipaparkan secara masa nyata di papan digital dinamik dan dihantar ke e-mel dalam bentuk kad digital peribadi sebagai peringatan bermakna.

KREDIT FOTO: Singapore Oceanarium, Resorts World Sentosa

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Resorts World Sentosa, Lee Shi Ruh, Singapore Oceanarium mewakili hasil kerja bertahun-tahun yang penuh dedikasi oleh pasukannya yang didorong oleh semangat, penyelidikan mendalam dan komitmen terhadap inovasi.

“Dengan pembukaan ini, kami mengalu-alukan kehadiran para pengunjung ke ruang transformatif di mana sains bertemu keajaiban, dan setiap pertemuan menyalakan rasa ingin tahu, kasih sayang, serta tindakan untuk lautan.

"Daripada penceritaan imersif hingga habitat yang mengagumkan, Singapore Oceanarium mencerminkan visi kami sebagai sebuah institut lautan terunggul yang memperkukuh pemahaman tentang planet biru kita dan memupuk komitmen jangka panjang terhadap perlindungannya.”

Tiket ke Singapore Oceanarium kini boleh dibeli di www.singaporeoceanarium.com . Para pengunjung digalakkan untuk membuat tempahan awal bagi menyertai sambutan pembukaan serta menerokai pelbagai pemasangan, bengkel dan sesi ceramah pemuliharaan yang menarik sepanjang tempoh pelancaran. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments